Tiket Sponsor : SAMSUNG
Tarikh : 20 DISEMBER 2019
Tayangan Sebenar : 19 DISEMBER 2019
Lokasi : ONYX HALL, MBO ATRIA SHOPPING GALLERY
Genre : AKSI, PENGEMBARAAN & FANTASI
Rating : 3.5/5
Sinopsis Ringkas
Angkatan penentangan yang masih tinggal berdepan sekali lagi dengan First Order yang kini diketuai oleh Kylo Ren. Sekali lagi Rey, Finn dan Poe Dameron meneruskan pengembaraan mereka. Dengan kuasa dan ilmu yang diwarisi dari generasi terdahulu, pertarungan terakhir saga ini bakal terjadi.
Secara ringkasnya, episod saga terakhir Star Wars ini tak adalah mengecewakan sangat. Agak memuaskan juga cuma betul kata para pengkritik, sepatutnya saga terakhir ini digarap dengan lebih baik lagi. Kenapa? Jom saya ringkaskan apa yang boleh dibuat untuk menjadikan Star Wars Saga terakhir ini lebih menarik dan faktor "WOW" yang akan membuatkan setiap peminat, penonton dan seluruhnya teruja untuk menyaksikan berulang-kali.
Tapi sebelum tu, ceritanya dimulakan dengan 1 suara yang pernah didengari di episod ke-3 yang sepatutnya watak itu sudah mati. Pencarian oleh Kylo Ren menemukan sebuah artifak lama SITH yang menunjukkan jalan ke sebuah planet yang hanya menjadi satu sejarah yang tak diketahui ramai kecuali para Jedi dan Sith.
Penemuan suara membuatkan perjalanan cerita menjadi semakin rancak dengan sejarah hidup Rey yang tak pernah diketahui dan salah-silah keluarganya.
Dari First Order, kepada Final order, tiada siapa yang ketahui bagaimana suara itu boleh hidup semula. Namun, dengan kuasa FORCE yang ada dalam diri, perjalanan menjadi semakin rumit dan Rey akhirnya mengetahui siapa dirinya dan salah-silah yang tidak sepatutnya diketahui.
Pertarungan dengan Kylo Ren di sebuah planet tempat Death Star jatuh untuk mencari artifak kedua dan terakhir mebuatkan rasa ingin tahu Rey. Seterusnya, perjalanan untuk memusnahkan the FINAL ORDER bermula dengan pihak penentang mendapat bantuan pengintip dalaman.
Apakah yang bakal terjadi pada pihak penentang? Mampukah kepercayaan yang diletakkan pada lando boleh mengubah hala tuju perjuangan mereka? mampukah Rey berhadapan dengan suara itu?
Semuanya akan terjawab dalam The Rise of Skywalker.
So jom kembali pada apa yang boleh diubah, jika ada remake untuk para peminat :
1. Perjalanan cerita bagaimana suara itu boleh kembali.
2. Scene lightsaber yang lebih banyak bukan antara Rey dan Kylo Ren, tetapi dengan suara itu juga.
3. Mana pergi lightsaber hijau Luke?
4. Kurangkan jalan cerita Rey dan Kylo Ren, dan jadikan tajuk sebagai lonjakkan jalan cerita.
5. Mudah sangat Final Order untuk kalah, patutnya jadikan dia lagi menarik dengan lebih aksi kemusnahan.
Tapi itu hanya cadangan saya je...
Apa pandangan korang semua?
1 Pengkritik:
Sudah tengok.. tak best la
Post a Comment