Sebelum kita mulakan post ini, admin, selaku senior, super duper senior gamaknye yang dah setahun lebih bergraduasi di Kampus Kejuruteraan USM tercinta ingin mengambil kesempatan mengucapkan "Tahniah" kepada bakal pelajar baru yang akan mengikuti kursus Kejuruteraan Polimer di Kampus Kejuruteraan USM.
Oh ya, bagi mereka yang akan mengambil kursus kejuruteraan di USM, jangan terkejut jika anda tak berada di Pulau Pinang, pulau mutiara, tapi di tanah besar semenanjung yang dikelilingi pokok kelapa sawit & kampus yang sunyi sedikit berbanding di USM Induk.
Post ni didedicate atas permintaan pembaca blog ini, yang ingin tau apa peluang kerja untuk bakal graduasi kursus Polymer Engineering USM
Untuk mereka yang baru familiar dengan Polimer a.k.a Polymer in english,
Polimer = Ikatan panjang hasil gabungan 2 atau lebih rangkaian kimia yang bergabung menjadi polimer.
Polimer boleh dibahagikan kepada 5 cabang, bukan hanya getah & plastik, tetapi lateks & juga polimer komposit serta semikonduktor.
Semestinya kalau dah amik kos Polymer engineering anda mesti mahu meneruskan perjalanan menjadi seorang engineer jugak, tapi jangan terkejut if diceritakan yang ada antara senior yang bekerja lari dari bidang yang dipelajari. Nak tahu kenapa???
Jom tengok syarikat potensi & peluang pekerjaan yang mungkin ditawarkan dahulu sebelum tengok apa yang berlaku sebenarnya di dunia realiti
p/s - Ini cume sebahagian sahaja, selebihnya masih luas untuk diterokai di dunia luar sana


















