LOCOA - Rawatan Pengurusan Osteoarthritis Terkini Di Malaysia Dan Yang Pertama Di Luar Jepun

by 10/15/2021 09:12:00 AM 9 Pengkritik

LOCOA® (Esflurbiprofen), produk terbaru keluaran Taisho Pharmaceutical, iaitu sejenis patch transdermal yang dihasilkan bagi membantu pesakit osteoarthritis meredakan kesakitan yang menjejaskan pergerakan dan aktiviti harian mereka.

Osteoarthritis?

sejenis penyakit sendi yang kerap dihidapi dan merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam kekurangupayaan global.

Apabila seseorang diagnose dengan penyakit osteoarthritis, berkemungkinan sakit rasa akan muncul dengan lebih kerap, justerunya langkah-langkah pencegahan awal perlu diambil walaupun tiada penawar bagi penyakit ini, namun kita dapat memperhatikan tahap rawatan telah dipertingkatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan manfaat telah diperolehi apabila memulakan rawatan di peringkat awal

Kata Ketua Pegawai Operasi HOE Pharmaceuticals, anak syarikat Taisho Pharmaceutical Group, Encik Tomoyuki Katsuta. 

LOCOA® yang dihasilkan di Jepun telah diluluskan sejak 2016 bertujuan memberi pelbagai pilihan kepada pesakit osteoarthritis dalam mengurangkan kesakitan secara lebih efektif.

Penyakit ini kerap dihidapi dalam golongan lelaki sebelum usia 45 tahun dan wanita selepas usia 45 tahun. Antara simptom yang biasa dialami oleh pesakit osteoarthritis termasuk sakit sendi, kekejangan sendi-sendi, bengkak, kehilangan fungsi, perubahan kepada rupa sendi, kekuatan sendi berkurangan, lutut berbunyi atau sakit apabila sekeliling sendi ditekan.

Matlamat utama rawatan osteoarthritis adalah untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan pada sendi dan menjaga fungsi sendi. Patch LOCOA® mengandungi perencat COX, ia sering digunakan dalam rawatan keradangan dan kesakitan yang disebabkan oleh osteoarthritis.


LOCOA® mempunyai penyerapan transdermal yang tinggi. LOCOA® terbukti memberi peningkatan analgesik yang tinggi.

Kini, pesakit osteoarthritis boleh memilih LOCOA®dalam membantu meredakan kesakitan selain daripada berehat, meregangkan badan, mengurangkan berat badan, terapi fizikal, terapi carakerja atau menggunakan alat sokongan mekanikal seperti pendakap lutut.

LOCOA® juga terbukti selamat berdasarkan kajian keselamatan rawatan jangka panjang yang dijalankan selama 52 minggu dan mempunyai Kesan Sampingan (ADR) yang minima. Pengguna LOCOA® hanya memerlukan satu patch harian kerana kesannya yang kekal sepanjang 24 jam.


Encik Tomoyuki Katsuta turut menambah, “Kami berharap agar pesakit yang menggunakan LOCOA® dapat meneruskan hidupan harian secara normal tanpa perlu menanggung banyak kesakitan”. Beliau juga menekankan pelancaran LOCOA® di Kuala Lumpur pada hari ini amat bersesuaian kerana Hari Arthritis Sedunia 2021 yang bakal disambut pada hari 12 Oktober 2021.

Pemilihan Malaysia oleh Taisho Pharmaceutical sebagai negara pertama di luar Jepun bagi memperkenalkan LOCOA® adalah merupakan langkah yang wajar. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas telah meningkat sejak tahun 1970an. Melihat kepada peningkatan tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kesihatan, Taisho Pharmaceutical yakin LOCOA® dapat memberi manfaat khususnya kepada populasi warga tua di Malaysia. 

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Dr. Suhail Sureh, Pakar Ortopedik dari Sunway Medical Centre dan turut disaksikan oleh Encik Tomoyuki Katsuta. LOCOA® kini boleh didapati di semua farmasi, klinik dan fasiliti kesihatan berdekatan anda. 


LOCOA® Patch


Indikasi


Melegakan kesakitan dan keradangan yang disebabkan oleh

Osteoarthritis (haus dan koyak arthritis) di mana sendi menjadi

sakit dan kaku


Bahan aktif


40mg Esflurbiprofen (SFP)

10cm x 14cm patch


Dos dan Penggunaan


Secara amnya, gunakan ubat di kawasan yang terjejas sekali

sehari

Tidak boleh digunakan lebih daripada 2 patch (80mg) setiap hari


Pembungkusan produk


Setiap pek mengandungi 7 patch

Setiap kotak mengandungi 10 pek = 70 patch


Arahan penggunaan / Cara aplikasi

Cara penggunaan

  • Buka bahagian tengah pelekat 

  • Letak di bahagian yang sakit dan buka sebelah bahagian pelekat 

  • Buka baki pelekat yang tinggal


Cara untuk mengeluarkan

  • Tarik secara perlahan pelekat di sepanjang kawasan kulit yang berkaitan sambil memegang kulit dengan tangan

  • Jangan tarik pelekat secara menegak bagi mengelakkan kerosakan pada kulit


KKLIU Reference Number: KKLIU 2358/2021

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

9 Pengkritik:

AyuArjuna BiGoshh said...

menarik ni esp utk mereka yg mmg ada sakit .osteoarthritis.boleh rekomen pd mereka yg memerlukan

Leezarewritten said...

Husband akk sejak masuk usia 40 ni kerap jugakla kne sakit2 sendi. Memang xdapt dinafikan memang kje yang dilakukan melibatkan kerja berat2. Tq sharing insyaallah try cuba produk ni pulak..

Ezna Khalili said...

Makin berumur, makin terdedah juga dengan penyakit ini. Moga boleh la beri kelegaan kepada mereka yang memerlukannya.

Bella Jamal said...

Memang bila dah berumur ni dah rasa sakit sana sini. Kdg2 tu masa menyapu sampah or buat keje mengemop teros sendi belakang rasa tergeliat. Bila gerak sakit. Nak kn try la Locoa ni. Tgk keberkesanan macam mana.

Nina Mirza said...

My parents selalu jugak sakit sendi. Nanti nak try bagi kat parents cuba. Harap berkesan melegakan kesakitan mereka alami

Sunshine Kelly said...

I m going to check this out for my mom coz she has Osteoarthritis

khai artzfar said...

bagus produk ni berguna utk yang ada simptom tu. btw untuk org yang kurang kalsium boleh pakai tak? sebab nampak fungsi mcm sama

Ruby said...

Sakit sendi ni susah nak cakap. Bila dia serang. Memang kelaut dalam mood harian kita. Bagus juga produk ni. Senang nak guna.

Edy said...

I dengar osteoarthritis memang menyakitkan,susah nak cari remedy, produk ini nampak bagus. Akan cuba belikan untuk ayah saya yang ada osteoartritis. Harap berkesan untuk dia. Terima kasih!

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.