LOCOA® (Esflurbiprofen), produk terbaru keluaran Taisho Pharmaceutical, iaitu sejenis patch transdermal yang dihasilkan bagi membantu pesakit osteoarthritis meredakan kesakitan yang menjejaskan pergerakan dan aktiviti harian mereka.
Apabila seseorang diagnose dengan penyakit osteoarthritis, berkemungkinan sakit rasa akan muncul dengan lebih kerap, justerunya langkah-langkah pencegahan awal perlu diambil walaupun tiada penawar bagi penyakit ini, namun kita dapat memperhatikan tahap rawatan telah dipertingkatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan manfaat telah diperolehi apabila memulakan rawatan di peringkat awal
Kata Ketua Pegawai Operasi HOE Pharmaceuticals, anak syarikat Taisho Pharmaceutical Group, Encik Tomoyuki Katsuta.
LOCOA® yang dihasilkan di Jepun telah diluluskan sejak 2016 bertujuan memberi pelbagai pilihan kepada pesakit osteoarthritis dalam mengurangkan kesakitan secara lebih efektif.
Penyakit ini kerap dihidapi dalam golongan lelaki sebelum usia 45 tahun dan wanita selepas usia 45 tahun. Antara simptom yang biasa dialami oleh pesakit osteoarthritis termasuk sakit sendi, kekejangan sendi-sendi, bengkak, kehilangan fungsi, perubahan kepada rupa sendi, kekuatan sendi berkurangan, lutut berbunyi atau sakit apabila sekeliling sendi ditekan.
Matlamat utama rawatan osteoarthritis adalah untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan pada sendi dan menjaga fungsi sendi. Patch LOCOA® mengandungi perencat COX, ia sering digunakan dalam rawatan keradangan dan kesakitan yang disebabkan oleh osteoarthritis.
LOCOA® mempunyai penyerapan transdermal yang tinggi. LOCOA® terbukti memberi peningkatan analgesik yang tinggi.
Kini, pesakit osteoarthritis boleh memilih LOCOA®dalam membantu meredakan kesakitan selain daripada berehat, meregangkan badan, mengurangkan berat badan, terapi fizikal, terapi carakerja atau menggunakan alat sokongan mekanikal seperti pendakap lutut.
LOCOA® juga terbukti selamat berdasarkan kajian keselamatan rawatan jangka panjang yang dijalankan selama 52 minggu dan mempunyai Kesan Sampingan (ADR) yang minima. Pengguna LOCOA® hanya memerlukan satu patch harian kerana kesannya yang kekal sepanjang 24 jam.
Encik Tomoyuki Katsuta turut menambah, “Kami berharap agar pesakit yang menggunakan LOCOA® dapat meneruskan hidupan harian secara normal tanpa perlu menanggung banyak kesakitan”. Beliau juga menekankan pelancaran LOCOA® di Kuala Lumpur pada hari ini amat bersesuaian kerana Hari Arthritis Sedunia 2021 yang bakal disambut pada hari 12 Oktober 2021.
Pemilihan Malaysia oleh Taisho Pharmaceutical sebagai negara pertama di luar Jepun bagi memperkenalkan LOCOA® adalah merupakan langkah yang wajar. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas telah meningkat sejak tahun 1970an. Melihat kepada peningkatan tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kesihatan, Taisho Pharmaceutical yakin LOCOA® dapat memberi manfaat khususnya kepada populasi warga tua di Malaysia.
KKLIU Reference Number: KKLIU 2358/2021
9 Pengkritik:
menarik ni esp utk mereka yg mmg ada sakit .osteoarthritis.boleh rekomen pd mereka yg memerlukan
Husband akk sejak masuk usia 40 ni kerap jugakla kne sakit2 sendi. Memang xdapt dinafikan memang kje yang dilakukan melibatkan kerja berat2. Tq sharing insyaallah try cuba produk ni pulak..
Makin berumur, makin terdedah juga dengan penyakit ini. Moga boleh la beri kelegaan kepada mereka yang memerlukannya.
Memang bila dah berumur ni dah rasa sakit sana sini. Kdg2 tu masa menyapu sampah or buat keje mengemop teros sendi belakang rasa tergeliat. Bila gerak sakit. Nak kn try la Locoa ni. Tgk keberkesanan macam mana.
My parents selalu jugak sakit sendi. Nanti nak try bagi kat parents cuba. Harap berkesan melegakan kesakitan mereka alami
I m going to check this out for my mom coz she has Osteoarthritis
bagus produk ni berguna utk yang ada simptom tu. btw untuk org yang kurang kalsium boleh pakai tak? sebab nampak fungsi mcm sama
Sakit sendi ni susah nak cakap. Bila dia serang. Memang kelaut dalam mood harian kita. Bagus juga produk ni. Senang nak guna.
I dengar osteoarthritis memang menyakitkan,susah nak cari remedy, produk ini nampak bagus. Akan cuba belikan untuk ayah saya yang ada osteoartritis. Harap berkesan untuk dia. Terima kasih!
Post a Comment