The Queen's Gambit - Bermain Chess di Netflix Edisi Scholar's Mate & Openings

by 11/01/2020 11:30:00 AM 17 Pengkritik

 Siapa sini pernah main Chess atau kenal apa itu Chess?

Saya pasti generasi Z sekarang tak berapa kenal dengan permainan Chess atau Catur dalam bahasa melayunya.

Kini Netflix telah memuat naik satu rancangan bersiri yang agak menarik terutamanya kepada peminat catur sedunia mengisahkan perjalanan seorang perempuan bermain catur dengan penganalan pergerakan klasik dan juga pergerakan catur yang jarang didengari kecuali bagi mereka yang bermain catur dengan seriusnya.


Pada peminat catur, jom saya nak sharekan apa yang menarik pada episod pertama dan juga antara beberapa gerakan catur yang agak terkenal dalam dunia catur dimainkan.

Sinopsis Ringkas

Mengisahkan Elizabeth Harmon, seorang perempuan yang telah menjadi anak yatim piatu akibat kehilangan ibunya dalam kemalangan jalan raya. Dia dimasukkan ke rumah anak yatim perempuan dan di nyahsucikan otaknya untuk menjadi seorang perempuan yang penuh beretika, bijak dan boleh di jadikan anak angkat kemudian hari.

Perjalanan caturnya bermula apabila secara tidak sengaja terserempak dengan encik Shaibel di dalam ruang bawah tanah ketika hendak membersihkan pemadam papan hitam.

Hari demi hari, dia akhirnya dijemput untuk bermain bersama dan bermulalah cerita Beth Harmon sebagai seorang pemain catur.

Kalau korang nak tau lebih lanjut cerita ni, bolehla tengok kat Netflix dengan tajuk "The Queen's Gambit".

Pastikan anda menyaksikan berseorangan atau telah 18 tahun ke atas kerana ia mengandungi unsur-unsur yang tak sesuai untuk dilihat oleh mereka yang dibawah umur.

Tanpa lengah masa, jom saya share antara pergerakan catur yang pertama kali diajar oleh Encik Shaibel kepada Beth Harmon dalam episod pertama TV siri ini.

Bagi peminat catur, korang mungkin dah kenal pergerakan ini, tapi mereka yang baru, saya kongsikan serba sedikit langkah yang anda semua boleh belajar.

The Scholar's Mate

*Pergerakan ini hanya memerlukan sekurang-kurangnya 4 langkah sahaja untuk mematikan pergerakan pihak lawan 
Sumber : Chesskid.com

Pergerakan ini lebih mudah dilakukan jikalau anda bermain pada catur putih iaitu anda akan melakukan pergerakan catur yang pertama, kemudian baru pergerakan catur hitam.

1. Gerakkan catur askar di petak E2 ke petak E4
2. Jikalau pihak lawan meniru langkah yang sama iaitu menggerakkan caturnya di E7 ke E5.
3. Lakukan langkah seterunya dengan menggerakkan Bishop di F1 ke C4
4. Jikalau pihak lawan mengeluarkan kuda di B8 ke C6.
5. Gerakkan Queen di D1 ke H5.
6. Sekali lagi jikalau pihak lawan mengeluarkan kuda di G8 ke F6 untuk menghalang pergerakkan Queen di H5.
7 Disinilah bermulanya pergerakan yang akan menamatkan permainan yang lebih dikenali sebagai The Scholar's Mate iaitu Queen bergerak ke petak F7.
8. Seterusnya ianya akan bergelar CHECKMATE!

Ringkasan pergerakan Catur

Catur Putih         Catur Hitam       
1. E4                          E5            
2. BC4                      NC6         
3. QH5                      NF6         
4. QXF7#          CHECKMATE

Pergerakan biasa untuk scholar's mate seperti di atas, tetapi, dalam cerita The Queen's Gambit, Scholar's Mate juga boleh terjadi apabila di pihak catur putih pada gerakan ke-3, menggerakkan Queen ke F3 berbanding kebiasaan iaitu ke H5.

Dan seterusnya jika pihak catur hitam menggerakkan Kudanya yang asalnya di NC6 ke D4, gerakan catur putih seterusnya akan menghasilkan juga The Scholar's Mate.

Selain itu, beberapa pergerakan Chess lain turun diajar dalam episod pertama ini antaranya :

1. Resign permainan awal dengan kehilangan Queen.
2. Pembukaan permainan untuk catur hitam.
3. The Levenfish Variation.
4. The Nadjorf Variation.
5. The Reti Opening.


The Sicilian Defense

Pergerakan ini dilakukan oleh catur hitam selepas pihak lawan di catur putih menggerakkan askarnya di E2 ke E4.

Catur hitam mengatur gerakan balas dengan menggerakkan askarnya di C7 ke C5.

Pembukaan permainan ini dikenali sebagai The Sicilian Defense.
Sumber : https://www.chess.com/openings/Sicilian-Defense

Selain itu, diperkenalkan juga beberapa buah buku yang boleh dibaca untuk belajar bermain Chess

1. Modern Chess Openings

So apa pendapat korang tentang perkongsian ini?

Nak tau lebih lanjut lagi pergerakan Catur yang mungkin korang belum pernah dengar ataupun peraturan catur yang jarang didengari kecuali semasa pertandingan?

Nantikan perkongsian saya seterusnya dalam edisi ke-2 sempena episod ke-2 The Queen's Gambit!

Korang leh gak saksikan sendiri permainan catur yang dimainkan di Netflix untuk lebih lanjut.

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

17 Pengkritik:

Cik Min said...

Macam best lak cte ni. Lamanya tak main chess dulu time sekolah memang masuk pertandingan chess haha..now nak suh main lupa dah laaa haha

Tekkaus said...

I saw this as well but little did I know that it has anything to do with Chess even though it is quite obvious. Thanks for sharing the chess moves as well. Like you have mentioned more and more of us are not really into playing chess.

Bae Roslan said...

dah lama tak main chess tapi masih ingat camna nak main hehe from your review cite ni macam best. nanti nak tengok la

Fadima Mooneira said...

Wow.....what an interesting drama series to binge-watch. I am a fan of chess game but lame x main. Maybe I should watch this drama to learn the art of chess game again. Thank you for sharing your review.

Decamellia said...

Last main chess zaman sekolah kut. Post ni buat nur terimbau kenangan zaman sekolah pulak. Ni kalau tengok cerita The Queens Gambit ni mesti membuak-buak rasa nak main balik chess

Rawlins GLAM said...

Rawlins ngah tunggu Rawlins betul-betul tenang dan free untuk layan series nie. Rawlins tak pandai main chess maka tak faham apa jenis2 langkah yang disebut. Itu adalah alasan kuat untuk belajar melalui series nie kan

Aerill Hassan said...

nampak macam best cerita ni. ada baca jugak review dkt twitter. nnti bolehlah layan. pasal chess kan, saya sebenarnya tak reti main hehe :)

iena eliena said...

sayaaaa.. ehh saya tak pandai main chess.. tapi selalu main masa kecik walaupun selalu kalah...
Macam mana di nyahsucikan otak tu? macam menarik je..okay boleh tengok nanti :)

Nadia Johari said...

Ramai cakap cerita ni best. Nad bab catur memnag tak pandaila.. Ajar la banyak mana pun.. Ahhahaa. Pening.. Tapi cerita ni mesti best ni.. Haishh kene langgan Netflix ni

Sis Lin said...

Chess laa permainan yang memang Sis belajar tapi tak pandai=pandai dari sekolah, lagi satu cepat bosan hahahaha.. geram pun yaa..
Tak tau plak Netflix ada cite game macam ni.. ni kalau Sis ko nengok, mau mulut je lebih kang hahahahah

Ummi said...

I've played chess. Not good enough to win a game, but I know the rules. This series looks cool. I love stories with a strong female lead.

Marina Bashah said...

Main catur ni kena banyak fikir strategi dan idea kan. Kalau beginner mesti main ikut buku kan?

LampuHijau said...

LH pernah nampak seorang player catur negeri. Masa tu umur baru 10 atau 12 macam tu. Dia dah ingat semua gerakan dah. Macam-macam gerakan dan ada yang LH dengar france apa tah. LH sendiri pun tak ingat

Rolling Grace said...

I used to participate in chess tournaments back in primary and secondary school days, your post helped me remember those good days!

Mawardi Yunus said...

saya bukan jenis minat sangat pada catur. tp macam menarik pulak cter ni. org kata org suka main catur ni jenis yg bijak n berstrategy

Wai Yee aka Rane said...

The Queen's Gambit is so hit lately! The actress is very pretty isn't she. I wanna watch it too

Ryan said...

dulu kat sekolah memang ada kelab catur... sekarang generasi rasanya tak pernah main pun

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.