Monday, May 21 2012 - 10 orang bloggers dengan jemputan daripada Nuffnang telah datang ke DELIcious, Marc Residence, Jalan Pinang, Kuala Lumpur untuk menyaksikan, pelancaran musik video Yuna yang dinamakan The Sparkle Project. Gabungan Samsung Galaxy Note + Yuna, buat pertama kalinya sebuah musik video dirakam sepenuhnya menggunakan telefon pintar yang diintegrasi dengan kanta kamera disambung bersama untuk mendapatkan kualiti yang lebih menarik.
2 bloggers teman tak tahu link blog depa, jadi, terjahlah 8 bloggers yang sempat, bukan sempat lagi, memang hadir untuk melihat ketinggian yuna (high heels) yang memang membuatkan kami terasa lebih rendah daripada biasa.
Isaac Tan | Cik Lily Putih | Rabiatul Adawiyah | Tony | Pen Merah | Nisa Kay | Ms. Sunshine a.k.a Kelly | Madammondoq |
Ianya 1 penghormatan untuk bersama-sama menghadiri majlis secara langsung, berdepan dengan Yuna dan mendengar kelunakan & vokal yang memang terbukti menyinar sehingga ke benua Ameria Syarikat. 2 lagu yang disampaikan secara langsung pada pelancaran hari itu (walaupun dah dengar nyanyi di Anugerah Juara Lagu) iaitu, Sparkle yang juga merupakan tajuk lagu untuk projeknya bersama Samsung dan juga lagu yang sedang meningkat naik, sama naiknya hubungannya dengan pelakon dan pengacara Qi Razali.
Disamping pelancaran rasmi musik video rasmi kepada artis dan juga para peminat yang dijemput, penyampaian hadiah kepada 6 orang pemenang yang terpilih daripada penghantaran penyertaan sama ada melalui video, ayat atau gambar yang boleh menjadi idea untuk video klip rasmi Sparkle. 6 buah Galaxy Note menjadi habuan 6 pemenang pada hari itu. Sangat menarik, tapi apakan dayanya, teman tidak menghantar pun sebarang penyertaan.
Jom tengok apa yang berlaku antara 10 bloggers yang hadir dalam menerjah bukan sahaja Yuna, mahupun pelancaran rasmi The Sparkle Project, tetapi tak dilupakan mengisi perut dengan makanan yang sedapnya boleh masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan.
Sementara itu, jom tangkap leleh dengan musik video Sparkle oleh Yuna

