Showing posts with label Premiere Screening. Show all posts
Showing posts with label Premiere Screening. Show all posts
Tiket Sponsor : GSC
Tarikh : 21 JANUARI 2020
Tayangan Sebenar : 23 JANUARI 2020
Lokasi : HALL 5, GSC 1 UTAMA
Genre : AKSI, KOMEDI, PENYIASATAN
Rating : 4.5/5


Sinopsis

Bad Boys Mike dan Marcus kembali lagi buat kali terakhir yang akan melibatkan kerjaya mereka, kehidupan mereka dan juga kekeluargaan. Kali ini, mereka terpaksa bekerjasama dengan kumpulan AMMO yang ditubuhkan khas oleh Polis Miami untuk menjatuhkan dan seterusnya melumpuhkan operasi Armando Armas, ketua kartel dadah yang paling kejam di Miami.

Mampukah mereka menghadapi cabaran ini buat kali terakhir? Dan apa yang sebenarnya menyebabkan Mike digelar "Bulletproof Police"? Semuanya akan terjawab dalam "Bad Boys For Life".

Jom baca apa pulak pendapat saya tentang filem ini
Tiket Sponsor : WETIX
Tarikh : 10 MAC 2018
Tayangan Sebenar : 12 MAC 2018
Lokasi : GSC MIDVALLEY
Genre : AKSI
Rating : 3.5/5

Sinopsis Ringkas

Davis Okoye, seorang primatologist mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan George, seekor gorila yang bijak dan dibesarkan olehnya dari kecil lagi. Disebabkan 1 kajian sains yang huru hara mengubah pembesaran George menjadi seekor gorila yang mengganas, 1 demi 1 haiwan ganas yang berubah disebabkan kajian genetik yang huru hara sekaligus memusnahkan sebahagian kawasan amerika utara. Pasukan Okoye dengan bantuan seorang pakar genetik yang telah dibuang kerja bersama-sama membantu mendapatkan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit yang dihadapi George. Apa yang mereka lakukan bukan sahaja demi menyelamatkan daripada negaranya menjadi 1 medan peran yang luas, tetapi mengelakkan daripada menjadi 1 faktor yang boleh memusnahkan dunia ini.

 Cerita ini bermula dengan 1 ujikaji sains yang gagal, terhempas ke bumi seterusnya menjadikan 1 transformasi luar biasa pada George. Tapi apa yang mereka tak tau, ianya juga menjangkiti 2 lagi haiwan yang akan menjadi masalah di kemudian hari.

Lakonan The Rock a.k.a Dwayne Johnson yang memang sesuai dengan filem aksi menjadikan cerita ini lebih hidup. Kisah bekas unit khas tentera yang akhirnya menjadi pencinta haiwan dan membantu gorila-gorila yang ada untuk menyesuaikan diri antara 1 sama lain. Elemen kasih sayang, bahasa isyarat dan aksi yang tidak bosan kerana hampir sahaja babak itu nak jadi bosan, ia akan terselit babak gelak ketawa yang boleh menceriakan jalan cerita ini.

Kisah yang ingin disentuh, perjalanan cerita dan aksi² yang membuatkan saya berkata "WOOOOO" memang mendebarkan. Bayangkan, bila 3 haiwan yang berubah menjadi seperti raksasa, menghuru-harakan bandar anda. Sungguh mendebarkan.

Nak tau apa pengakhirannya? Apa akan jadi pada Okoye dan George? Berbaloi ke tengok cerita ni? Bagi saya, jikalau anda peminat The Rock dan aksi, cerita ini boleh dikatakan berbaloi la jugak untuk isi masa lapang sebab masih belum umphh lagi dan masih banyak lagi perlu dibuat untuk melawan aksi² Dwayne Johnson seperti dalam Fast & Furios.

Semuanya bergantung pada anda! Tengok dan komen apa kata anda? Best atau tak? Lain orang lain citarasa. Selamat menonton dan kongsi apa yang anda rasa tentang cerita ini jikalau sudah tengok.
Sponsor : GSC
Tarikh : 20 Februari 2017
Tayangan Sebenar : 22 Februari 2017
Lokasi : GSC 1 UTAMA
Genre : Crime / Drama
Rating : 4/5

Apa yang anda akan buat jika diberi 3 papan iklan?

Sinopsis

Mengisahkan Mildred, seorang ibu yang ternampak 3 papan iklan lama yang terbiar di sepanjang laluan ke bandar dan rumahnya. 

Dia cuba mencabar pihak berkuasa tempatan dengan membeli hak papan iklan demi percubaanya mencari jawapan siapa pembunuh anak perempuannya. Satu demi 1 kejadian yang tak diingini berlaku disebabkan papan iklan tersebut.

Mampukah Mildred mencari jawapannya?? Mampukah dia mencari siapa pembunuh anak perempuannya?



Apakah pendapat saya tentang cerita ini?
Tiket Sponsor : MONOLOQUE
Tarikh : 8 JANUARI 2018
Tayangan Sebenar : 11 Januari 2018
Lokasi : MMCineplex e@Curve
Genre : ROMANTIK / REMAJA
Rating : 4.5/5



Sinopsis Ringkas

Sebuah filem yang mengisahkan cinta antara Adil dan Vera yang awalnya tiada perasaan antara 1 sama lain tetapi kerana tugasan kolej, hubungan mereka mula menjadi rapat. Diketahui, Adil lakukan semua ini kerana ingin mendapatkan kembali Mel dan disebabkan hal ini, Vera mencadangkan untuk kumpulan buskers Aidil menyertai pertandingan Buskers di JB. Semakin lama mereka menghabiskan masa sesama, perasaan cinta mulai terbit. Mampukah mereka mengatasi kekuatan cinta atau ianya berakhir sahaja seperti berakhirnya pertandingan Buskers yang akan disertai?

Ketahuinya esok di pawagam!


Pendapatku tentang movie ini??
Sponsor : HUAWEI
Tarikh : 15 November 2017
Tayangan Sebenar : 16 November 2017
Lokasi : TGV KLCC
Genre : Adventure / Action
Rating : 4/5

P/S : NANTIKAN SEHINGGA AKHIR KERANA ADA 2 KREDIT TAMBAHAN DALAM PERKEMBANGAN CERITA INI NANTI

Terima kasih diucapkan kepada Huawei atas jemputan tayangan perdana Justice League yang amat ditunggu-tunggu untuk peminat adiwira ini.

Sinopsis

Apabila bumi berada dalam ancaman bahaya akibat 3 kotak kuasa yang boleh mengubah nasib penduduk bumi, 5 orang ditambah dengan 1 yang belum tentu pasti bangun dalam mempertahankan serta menyelamatkan umat manusia.

Kisah bermula dengan usaha Batman a.k.a Bruce Wayne dalam mencari sekumpulan pahlawan untuk dikumpul bersama mempertahankan bumi dari sejenis makhluk jahat yang menggelarkan diri mereka DARKSEID! 

Batman, Wonder Woman, Aquaman, The Flash & Cyborg dibantu oleh Alfred bersatu melawan anasir jahat dalam mempertahankan bumi daripada musnah.

Mampukah mereka dapat berkumpul menjadi 1 kumpulan Adiwira yang dipanggil Justice League? Adakah Superman akan muncul kembali memainkan watak penting dalam perkembangan cerita ini?

Semuanya akan terjawab dalam penceritaan lebih kurang 1jam 45minit.

Apakah pendapat saya tentang cerita ini??
Sponsor : Golden Screen Cinemas
Tarikh : 27 September 2017
Tayangan Malaysia : 30 September 2017
Lokasi : GSC One Utama
Genre : Thriller / Action
Rating : ★★★★★

Never Push A Good Man Too Far

Sebuah cerita yang boleh saya katakan wajib tonton di pawagam sebaik sahaja tayangannya di seluruh malaysia pada 30 September ini.

Mengisahkan seorang ayah yang secara tiba-tiba kehilangan anak perempuannya sekelip mata dalam 1 insiden letupan pengganas. Akibat kesedihan yang melampau diselangi dengan kisah silamnya, Quan bertekad untuk mencari dalang disebalik pengeboman yang mengorbankan anaknya.

Dari Kota London ke kota Ireland, dari mengacau komander perisikan UK sehingga mengganggu kehidupan timbalan perdana menteri Ireland, pelbagai cara dilakukan olehnya dalam misi mencari pengebom yang bertanggungjawab.

Dari seorang pemilik restoran masakan cina kepada tukang paip mampukah Quan mencari pengebom anaknya? Dan mampukah Quan menyelamatkan dirinya atau membunuh dirinya di akhir cerita??

Sebuah cerita yang tidak terlalu berat, tidak terlalu banyak cakap dan sangat santai serta penuh aksi dan anda akan selalu bercakap "Ughhh" "Wooo" "Wow!" "Aduhhh" dalam babak-babak tertentu. Penuh dengan penceritaan yang menarik, dari kisah silam Quan kepada cara bagaimana Quan mencari pengebom disebalik letupan itu.

Seawal penceritaan anda akan fikir seperti ni mesti biasa-biasa, tetapi babak dalam 5 minit kemudian terus membawa kepada aksi yang membuatkan si naga yang dahulunya tidur kembali terjaga. Boleh dikatakan tiada rasa bosan walau sekalipun sepanjang jalan cerita dari awal sehingga ke akhirnya. 

Nantikan 30 September ini dan saksikannya di pawagam berhampiran anda!

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.