Pernah makan kuah durian? Pernah rasa toppokki?
Pernah rasa 2 yang diatas dengan Chicken Chop??
Terima kasih kepada KIPLE beri kami peluang mencuba sesuatu yang baru, sesuatu yang boleh membuatkan anda rasa macam, sedapnyaaa... Nak cuba lah. Dan yang lebih menarik lagi, semuanya
CASHLESS!!
Jom tengok apa yang ingin kami kongsikan di OWEE By Sayang Manis
Kedai : OWEE By Sayang Manis
Lokasi : LG07, Jalan SS15 Courtyard, 47500 Subang
Disponsor Oleh : OWEE By Sayang Manis & KIPLE PAY
Makanan Patut Dicuba : Chicken Chop Durian Fiesta
Alkisah sebelum kita makan², OWEE by Sayang Manis merupakan cawangan kepada Sayang Manis yang terletak di Banting. Roy Lui dan rakannya membuka 1 lagi cawangan diberi nama OWEE di Subang Jaya
Antara makanan terkenal mereka yang selalu dipesan oleh pelanggan antaranya, Chicken Chop dengan Telur Masin a.k.a Chicken Chop with Salted Egg & juga Chicken Chop Durian Fiesta. Selain dari Chicken Chop, Owee juga menawarkan makanan seperti Laksa Noodles, dan juga pilihan nasi.
Rasanya cukup kut cerita panjang, mesti semua tertanya, apa yang menariknya dan Specialnya makanan di OWEE by Sayang Manis berbanding tempat lain??
1. Tempat yang agak tenang
2. Pilihan Menu Makanan
3. Harga yang berpatutan.
Jom kita makan!!!
Antara Menu dari Roy Lui untuk kami ialah
Spaghetti Curry Katsu
Harga : RM12.50
Rasa : ★★★★☆
Spaghetti yang digabungkan dengan rasa kari Katsu dari Jepun. Rasa yang cukup sedap dan menu ini sebenarnya dibuat disebabkan terdapat pekerja dari Jepun yang bekerja di pejabat atasnya.
Tak pedas, seperti makan spaghetti tetapi cuma diolah kuahnya menjadi kari Katsu.
Laksa Noodles
Harga : RM8.90
Rasa : ★★★★☆
Pernah rasa Laksa Johor? Laksa Noodles yang dihidangkan ini hampir sama rasanya dengan laksa johor cuma yang membezakannya, ianya berada ditengah-tengah antara laksa biasa & laksa johor.
Bagi peminat laksa, anda boleh mencubanya. Tidak mempunyai bau sekuat laksa ikan yang biasa kita makan, tetapi sedap dan membuatkan selera bergolak.
Chicken Chop with Salted Egg
Harga : RM15.90
Rasa : ★★★★★
Dah rasa KFC Salted Egg?? Anda mesti rasa Chicken Chop dengan Salted Egg pulak!!
Bagi yang menantikan KFC, bolehla berarah ke OWEE sebagai ganti.
Rasa yang cukup menjilat jari, boleh memilih hidangan dengan nasi atau kentang mengikut pilihan citarasa anda. Anda pasti takkan kecewa dengannya!
Nak tau apa lagi yang dihidangkan kepada kami??? Nantikan Part 2 untuk sesuatu rasa yang berlainan!
20 Pengkritik:
Alamak! Sedapnya nampak makanan-makanan tu! bolehlah nanti cuba ke sini pulak. harga pun nampak berbaloi!
Nak rasa laksa Johor tu. Tapi yang Chicken chop tu tak nak ar. Tempat dining dia nampak menarik gak. Apa apa pun no harm drop by and try this place.
Alaaaaa...kenapa nampka macam sedap giler makanan tu semua..maybe boleh drop by nanti untuk experience sendiri kan...nice sharing..thanks adik
Chicken Chop Durian? Ok ke rasanya, hebatlah kalau boleh sesuaikan rasa durian tu. Btw, sangat sukakan kari Jepun. Spageti Kare Katsu tu nampak enak untuk dicuba. Harga pun semua nampak ok dan affordable. Potion ok tak dengan harganya?
Durian chicken chop?! Whattt haha that is a first. I would really love to try the salted egg chicken chop instead. Must be tasty. 😋
Tengok semua menu tu sangat sedap dan menarik lak tergoda kita nama kedai pun unik Owee by Sayang Manis heheh tak pernah terfikir nama kedai macam tu heheheeheh... Nanti boleh bawa kita ok..
kfc salted egg pun tak makan lagi
Alahaiiii.. Sedap lah pulak tengok chicken chop ni. Tak pernah jumpa lagi chicken chop salted egg. Apa pula rasa chicken chop durian yer.
harga yang ditawarkkan d sini agak murah dan berbaloi. boleh cuba datang makan kat sini satu ari nanti
Harga dia not bad, boleh lah gi cuba nanti. Sis sekarang ni tengah gila salted egg..apa2 yg ada salted egg sure sis suka...nanti nak cuba chic cop tu pulak
Best betul lah all the food photos u took and i am already drooling to the max especially thesalted egg.. grrrr
takcpernah pulak rasa topokki dan kuah durian dijadikan kuah kepada chicken chop ! Uniknsangat menu ni ! apa agak rasanya ye ? tengok gwmbar macam sedap pulak ! Heehe insyawllah kalau ada masa boleh datang makan kat sini
Wah, sangat teruja nak try Chicken Chop dengan Salted Egg. First time dengar ni. nampak macam sedap. unik la semua menu kat sini. nak ajak suami terjah restoren ni la
The Chicken Chop with Salted Egg looks so delicious, I love anything with salted egg, can't wait to try this out and price wise they are really resonable, waiting for your next post!
wahhhh nampak macam sedap je chicken chop tu... salted eggg dulu i pernah makan... i makan yang jenis pau inti salted egg memang delicious rasa creamy and masin tu tak sangat pun..... nampak macam menarik mungkin I nak singgah cuba chicken chop dia tu
The Laksa noodle look promising and tempting. The price is reasonable. Make me drooling now looking at the food. I want try chicken chop with salted egg.
Menariklah menu-menu dia..macam unik skit. Harga pun patut juga. Ada rezeki boleh datang sini :D
Oh my goodddd! the Chicken Chop with Salted Egg is so so tempting. Sedap giller and their price also reasonable for the portion that they served.
Harga dgn portion sangat berbaloi 😇😇
Post a Comment