Showing posts with label Ilmu - Iman - Amal. Show all posts
Showing posts with label Ilmu - Iman - Amal. Show all posts
"Orang cakap, HISAP ROKOK ni cool"

"Euuwwww, Sorry! Kotor & Busuk Adalah, Bila dekat jer bau hangit. Bukak mulut jer bau longkang. Gigi??? Astaghfirullahala'dzim."

"Jadi, cool ke hisap rokok ni? So you fikir yer. Memang taklah! So, Jangan Hisap Rokok"

Source : X.FM ads by Liyana Jasmay

The above, 1 of the ads by X.FM, a message dedicated to all of the smokers, that, Smoking Kills.


Katakan #taknak pada rokok, merokok mahupun cerut. Reason??? There is a hell lot of reason y you, yup!!! You!!! Smokers out there to stop, and do something else than smoking.

Let us see, 9 more facts beside the picture above about cigarette/smoking or in Bahasa Malaysia, 9 Fakta tentang rokok dan beberapa infographic yang perlu anda tahu and know about smoking.
Assalammualaikum, Salam sejahtera Dan Salam 1 Malaysia

Tup Tap Tup Tap, Akhirnya kita semua dah tiba ke bulan yang sungguh mulia ini terutamanya bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia mahupun di Malaysia, Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, teman/saya/aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh Umat Islam, muslimin dan juga muslimat


Biasanya orang letak gambo nak ucapkan selamat berposa ngan gambo ada ketupat la, masjid la, anak bulan la... Haaa.. Kali ni nak wat 1 kelainan ngan letak gambo yang special sikit... Hahaha... Kepada yang tentunya xdapat nak posa penuh, takpe, nanti ganti posa naa.. :P

Kepada yang tak tau or lum lagi baca niat nak puasa, disertakan sekali dalam gambo ni... Or kalo nak jugak dalam Bahasa Melayu dan tulisan Jawi, here are for all of you

  Lafaz niat ringkas:

  نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى 

Niatnya: 

Sahaja aku puasa Ramadan kerana Allah Taala.

Lafaz niat lengkap:  

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Niatnya:

Sahaja aku puas...a esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.  

Lafaz niat sebulan: 

  نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Niatnya: 

Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.
Tentu ada antara anda semua yang tertanya-tanya dan mungkin timbul juga persoalan tentang solat jamak dan qasar. Jom kita tengok dalam entri kali ini...


Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kepada umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambil kira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.

Apakah itu solat Qasar dan Jamak??? Jom kita tengok....

Turunnya keimanan itu, bukan alasan untuk bersedih.


Iman sifatnya Yazid wa yanqus. Yazid berasal dari perkataan zada bermaksud tambah. Yanqus  berasal dari perkataan Naqasa bermaksud berkurang. Iman itu sifatnya bertambah dan berkurang, naik dan turun.
 
Itulah dia resminya kita. Hamba Allah SWT. 
Ada masa terjatuh juga. Ada masa tersungkur juga. 

Dan bila jatuh dan tersungkur itu, jiwa akan sedih meronta-ronta.  click untuk baca selanjutnya...

Hadith Pilihan (Dipetik From Email I Receive)


Doa Akhir N Awal Tahun

 Disini, saya ingin mengambil kesempatan sempena dah nak masuk tahun baru kalendar islam, maal hijrah 1432 lebih dikenali sebagai awal muharram, mengucapkan selamat menyambut maal hijrah kepada semua umat islam di seluruh dunia.

Hereby, i want to take this given time to wish to all the muslims in the worlds especially in Malaysia and never forget to read the End and Starting of the new year of Islamic Calendar and Wishing all Maal Hijrah 1432 or known as Early Muharram.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zu lhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" 


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.




Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 



Kata - Kata Hikmah Seorang Lelaki

Mereka cendekiawan, mereka sasterawan tersohor, mereka juga pejuang bangsa, dan mereka mempunyai falsafah hidup yang menjadi ikutan.
" Orang yang berjuang selalunya menghadapi dua kemungkinan ; hilang atau terbilang " 
 Keris Mas

Selanjutnya klik untuk ketahui...

pesanan nabi sebelum tidur
Click to read more...
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.'

Mukjizatnya Azan

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah: 


1.)Dia bekerja denganTuhan. .jadi 'kilang 'manusia.Tiap- tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.)Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka  hati tapi,cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.)Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis..Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Solat Sunat Hajat

Solat sunat hajat ini dilaksanakan apabila kita berhajat atau mengingini sesuatu perkara,permintaan atau hajat agar terlaksana.


Rukunnya tetap seperti solat-solat lain. Solat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bilangan rakaatnya ialah sekurang-kurangnya 2 dan ada juga pendapat yang menyebut bilangan rakaatnya sehingga 12 rakaat sepertimana ya di sebut di dalam kitab Dzaakirin karangan Imam Al Ghazali, bahwa Rasulullah s.a.w. menerangkan :


"Engkau solatlah dua belas rakaat siang atau malam, dan setiap dua rakaat bacalah Tasyahud (Tahiyat dengan dua kalimah syahadat). Ketika engkau duduk yang terakhir dalam solat itu panjatkanlah puja puji kepada Allah Ta'ala, lalau salawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan kemudian bacalah takbir lalu sujud. Di dalam sujud itu bacalah olehmu: Surah Al Fatihah 7 kali, Ayat Al Kursi 7 kali, Surah Al Ikhlas 7 kali, dan lanjutkanlah dengan tahlil 10 kali".


Cara-cara untuk mengerjakan solat ini ialah seperti berikut:-


Berniat dengan lafaz niatnya:


"Usolli Sunnatal Hajaati Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akhbar "

Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala"


-Rakaat pertama membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafirun


-Rakaat keduamembaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas


-Pada rakaat yang terakhir sebelum memberi salam,



+ Bersujudlah dan bertakbir,


+ Kemudian membaca surah Al-Faatihah sebanyak 7 kali,


+ Diikuti dengan ayat kursi sebanyak 7 kali,


+ Dan diikuti juga dengan laailahaillallahu wahdahu la syarika lahu,lahul mulku walahul hamdu wahuwa 'ala kulli syai in qadir ertinya:


"Tidak ada Tuhan selain Allah sendiri-Nya saja, tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya lah kekuasaan dan miliknya segala puji. Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala-galanya"sebanyak 10 kali



+ Diikuti dengan Allahumma inni as aluka bima'aqidil 'awwi min 'arsyika wa muntahar rahmati min kitaabika wabismikalla'zhima wawajhikal 'a'la wakalimaatikat tammati an naqdhiya haajatiertinya:


" Wahai Ya Allah bahawasanya aku memohon akan engkau dengan keteguhan ikatan daripada Arasy Engkau dan rahmat dari kitab/hukum engkau, dan dengan nama engkau yang terapung dan wajah engkau yang maha tinggi dan kalimat-kalimat engkau yang maha sempurna, bahawa engkau penuhilah hajatku "



+ Dan diiakhiri dengan meminta apa-apa hajat dengan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.yang terakhir


Akhirinya dengan terus memberi salam.




Solat Sunat Istikharah.

Istikharah ertinya meminta orang lain memilih sesuatu yang terbaik untuk seseorang. Jadi solat ini adalah solat yang khusus bagi orang yang mengalami masalah berkaitan kekeliruan, terlalu takut pada risiko, tidak tahu hendak memilih, dan kurang jelas tentang baik buruk sesuatu perkara, sering gelisah dan resah,dan sebagainya. Sekiranya kita tergolong di dalam golongan yang telah disebutkan tadi, maka bermohonlah kepada Allah swt supaya Allah menolong kita dalam menangani masalah tersebut.

Manusia akan keliru apabila terpaksa berhadapan dengan pilihan yang pelbagai, sedangkan dia terpaksa memilih hanya salah satu daripadanya sepertimana yang telah dijelaskan oleh Allah swt di dalam firmanNya:

Ertinya: Manusia itu diciptakan mempunyai perasaan gelisah dan keliru dan tidak sabar.Apabila ditimpa kesusahan dia keluh kesah,apabila dianugerahkan kebaikan dia menjadi sombong,kecuali orang yang solat dan tetap melakukan solat.

Sepertimana yang disebut di dalam ayat di atas, dapatlah difahami bahawasanya Allah swt telah memberi petunjuk dalam menghilangkan kegelisahan dengan cara solat berterusan, sama ada solat fardu ataupun solat sunat.

Maka solat itikharah ini adalah solat khusus yang disyariatkan untuk membantu manusia dalam menyelesaikan sebarang masalah. Apabila kita perlu memilih,kita mestilah memantapkan pilihan kita dengan meminta bantuan dan petunjuk dari Allah swt seperti mana yang sering kita ucapkan pada setiap hari di dalam solat kita :

”hanya kepadaMu aku menyembah,hanya kepadaMu aku meminta pertolongan” (al-Fatihah:5).

Seseorang yang menghadapi sesuatu masalah yang bersifat mudah, tetapi dia merasa masih ragu-ragu untuk memilih yang sebaiknya, maka di sunatkan mengerjakan solat sunat ini. Solat ini boleh dilakukan di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang.

Cara mengerjakan solat sunat ini pula adalah seperti berikut:-berniat dengan lafaz niatnya:

"usalli sunnatal istikharati rak'ataini lillahita'ala"
Sahaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bacaan surah-surah selepas al-faatihah boleh dipilih seadanya

Bacaan Selepas Solat : -



Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.