Showing posts with label The Reviewer. Show all posts
Showing posts with label The Reviewer. Show all posts
Secara rasminya, Disney+ Hotstar strim secara langsung di Malaysia bermula 1 Jun 2021

Dengan pakej langganan RM54.90 untuk 3 bulan, pada saya, ianya amat berbaloi buat masa ini.

Sebelum kita cerita apa yang buat saya rasa berbaloi langgan, apa rancangan siri TV atau Filem pertama yang anda tonton seusai klik langgan?

Pilihan striman pertama saya ialah "THE MANDALORIAN".

Sebagai peminat quadrologi (Tak tau nak sebut sebat dah sampai siri ke8) Star Wars, tentunya siri yang pada awal pembukaan Disney Plus di Amerika pasti menjadi pilihan utama saya.

Baru je selesai menonton Episod 1, jalan cerita yang agak menarik walaupun permulaannya agak perlahan, tetapi diakhiri dengan suatu pengakhiran ke episod 2 yang makin menarik. Nak tau apa jadi? Korang kena tonton laaa.. Apa lagi!

 Siapa sini pernah main Chess atau kenal apa itu Chess?

Saya pasti generasi Z sekarang tak berapa kenal dengan permainan Chess atau Catur dalam bahasa melayunya.

Kini Netflix telah memuat naik satu rancangan bersiri yang agak menarik terutamanya kepada peminat catur sedunia mengisahkan perjalanan seorang perempuan bermain catur dengan penganalan pergerakan klasik dan juga pergerakan catur yang jarang didengari kecuali bagi mereka yang bermain catur dengan seriusnya.


Pada peminat catur, jom saya nak sharekan apa yang menarik pada episod pertama dan juga antara beberapa gerakan catur yang agak terkenal dalam dunia catur dimainkan.
Pernah makan Tomyam dekat sempadan negara Thailand?
Suka makan pulut nangka atau pulut mangga?

Pernah rasa Chatime? Tealive? atau pun Boba Tea?
Semuanya ada disini! Saya boleh yakinkan anda yang CHAPAYOM akan jadi 1 destinasi jalan-jalan cari makan yang anda akan datang, dan ulang semula untuk rasanya kembali!

Apa itu CHAPAYOM?

Kedai : CHAPAYOM
Lokasi : LG07, Central I-City Mall, 40000 Shah Alam, Malaysia

Waktu Perniagaan
10AM - 10PM (SETIAP HARI)
Disponsor Oleh : Micky Jan & CHAPAYOM

Makanan Patut Dicuba : Nangka Sticky Rice, Thai Imported Noodles & Thai Milk Red Tea

Chapayom yang asalnya dari Thailand dibuka oleh pemiliknya bernama Kelvin. Kebanyakkan menunya diambil secara terus dari negera jiran kita, Thailand.

Daripada kita bebel panjang, jomla kita tengok dan mana tau, nak jenguk merasa kesedapannya yang membuatkan saya bermandi peluh laaaa dan ini ringkasan yang saya boleh katakan tentang CHAPAYOM!

1. Rasa pulut yang seperti wajik masa kenduri kahwin
2. Rasa air teh susu setanding jenama besar lain
3. Rasa asli dari Thailand

Pernah makan kuah durian? Pernah rasa toppokki?

Pernah rasa 2 yang diatas dengan Chicken Chop??

Terima kasih kepada KIPLE beri kami peluang mencuba sesuatu yang baru, sesuatu yang boleh membuatkan anda rasa macam, sedapnyaaa... Nak cuba lah. Dan yang lebih menarik lagi, semuanya 

Jom tengok apa yang ingin kami kongsikan di OWEE By Sayang Manis

Lokasi : LG07, Jalan SS15 Courtyard, 47500 Subang

Waktu Perniagaan
10AM - 10PM (SETIAP HARI)
Disponsor Oleh : OWEE By Sayang Manis & KIPLE PAY

Makanan Patut Dicuba : Chicken Chop Durian Fiesta

Alkisah sebelum kita makan², OWEE by Sayang Manis merupakan cawangan kepada Sayang Manis yang terletak di Banting. Roy Lui dan rakannya membuka 1 lagi cawangan diberi nama OWEE di Subang Jaya

Antara makanan terkenal mereka yang selalu dipesan oleh pelanggan antaranya, Chicken Chop dengan Telur Masin a.k.a Chicken Chop with Salted Egg & juga Chicken Chop Durian Fiesta. Selain dari Chicken Chop, Owee juga menawarkan makanan seperti Laksa Noodles, dan juga pilihan nasi.

Rasanya cukup kut cerita panjang, mesti semua tertanya, apa yang menariknya dan Specialnya makanan di OWEE by Sayang Manis berbanding tempat lain??

1. Tempat yang agak tenang
2. Pilihan Menu Makanan
3. Harga yang berpatutan.

Jom kita makan!!!
Sponsor : GSC
Tarikh : 20 Februari 2017
Tayangan Sebenar : 22 Februari 2017
Lokasi : GSC 1 UTAMA
Genre : Crime / Drama
Rating : 4/5

Apa yang anda akan buat jika diberi 3 papan iklan?

Sinopsis

Mengisahkan Mildred, seorang ibu yang ternampak 3 papan iklan lama yang terbiar di sepanjang laluan ke bandar dan rumahnya. 

Dia cuba mencabar pihak berkuasa tempatan dengan membeli hak papan iklan demi percubaanya mencari jawapan siapa pembunuh anak perempuannya. Satu demi 1 kejadian yang tak diingini berlaku disebabkan papan iklan tersebut.

Mampukah Mildred mencari jawapannya?? Mampukah dia mencari siapa pembunuh anak perempuannya?



Apakah pendapat saya tentang cerita ini?
Sponsor : HUAWEI
Tarikh : 15 November 2017
Tayangan Sebenar : 16 November 2017
Lokasi : TGV KLCC
Genre : Adventure / Action
Rating : 4/5

P/S : NANTIKAN SEHINGGA AKHIR KERANA ADA 2 KREDIT TAMBAHAN DALAM PERKEMBANGAN CERITA INI NANTI

Terima kasih diucapkan kepada Huawei atas jemputan tayangan perdana Justice League yang amat ditunggu-tunggu untuk peminat adiwira ini.

Sinopsis

Apabila bumi berada dalam ancaman bahaya akibat 3 kotak kuasa yang boleh mengubah nasib penduduk bumi, 5 orang ditambah dengan 1 yang belum tentu pasti bangun dalam mempertahankan serta menyelamatkan umat manusia.

Kisah bermula dengan usaha Batman a.k.a Bruce Wayne dalam mencari sekumpulan pahlawan untuk dikumpul bersama mempertahankan bumi dari sejenis makhluk jahat yang menggelarkan diri mereka DARKSEID! 

Batman, Wonder Woman, Aquaman, The Flash & Cyborg dibantu oleh Alfred bersatu melawan anasir jahat dalam mempertahankan bumi daripada musnah.

Mampukah mereka dapat berkumpul menjadi 1 kumpulan Adiwira yang dipanggil Justice League? Adakah Superman akan muncul kembali memainkan watak penting dalam perkembangan cerita ini?

Semuanya akan terjawab dalam penceritaan lebih kurang 1jam 45minit.

Apakah pendapat saya tentang cerita ini??
Kecil, Kompak, Bersaiz Tapak Tangan & Boleh dibawa di dalam POKET sahaja??

DASHING Anytime EDT yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa ke mana sahaja. Bentuknya direka khas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja.  

Inilah pewangi terbaru daripada Dashing, dengan 4 jenis yang bakal membuatkan anda rasa, mana 1 saya nak letak dalam poket ni??

Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.
Sponsor : Golden Screen Cinemas
Tarikh : 27 September 2017
Tayangan Malaysia : 30 September 2017
Lokasi : GSC One Utama
Genre : Thriller / Action
Rating : ★★★

Never Push A Good Man Too Far

Sebuah cerita yang boleh saya katakan wajib tonton di pawagam sebaik sahaja tayangannya di seluruh malaysia pada 30 September ini.

Mengisahkan seorang ayah yang secara tiba-tiba kehilangan anak perempuannya sekelip mata dalam 1 insiden letupan pengganas. Akibat kesedihan yang melampau diselangi dengan kisah silamnya, Quan bertekad untuk mencari dalang disebalik pengeboman yang mengorbankan anaknya.

Dari Kota London ke kota Ireland, dari mengacau komander perisikan UK sehingga mengganggu kehidupan timbalan perdana menteri Ireland, pelbagai cara dilakukan olehnya dalam misi mencari pengebom yang bertanggungjawab.

Dari seorang pemilik restoran masakan cina kepada tukang paip mampukah Quan mencari pengebom anaknya? Dan mampukah Quan menyelamatkan dirinya atau membunuh dirinya di akhir cerita??

Sebuah cerita yang tidak terlalu berat, tidak terlalu banyak cakap dan sangat santai serta penuh aksi dan anda akan selalu bercakap "Ughhh" "Wooo" "Wow!" "Aduhhh" dalam babak-babak tertentu. Penuh dengan penceritaan yang menarik, dari kisah silam Quan kepada cara bagaimana Quan mencari pengebom disebalik letupan itu.

Seawal penceritaan anda akan fikir seperti ni mesti biasa-biasa, tetapi babak dalam 5 minit kemudian terus membawa kepada aksi yang membuatkan si naga yang dahulunya tidur kembali terjaga. Boleh dikatakan tiada rasa bosan walau sekalipun sepanjang jalan cerita dari awal sehingga ke akhirnya. 

Nantikan 30 September ini dan saksikannya di pawagam berhampiran anda!


Sponsor : Golden Screen Cinemas
Tarikh : 16 Januari 2017
Tayangan Sebenar : 19 Januari 2017
Lokasi : GSC MidValley
Genre : Thriller / Action
Rating : 3.5/5

Di mana ianya bermula, di situlah ianya akan berakhir jua

Kisahnya bermula dengan pengenalan bagaimana wabak T-Virus bermula dan siapa sebenarnya Alice, Red Queen, Dr. Isaac, Racoon City dan Umbrella Corp.

Bermula di White House, Alice yang terjaga mula mencari hala tuju sebenarnya dan babak dimulakan dengan sesi kejar-mengejar sebelum kebiasaanya Heroin tetap akan menang. Perjalanannya diberhentikan oleh The Red Queen yang memberinya tugas dalam menyelamatkan manusia sejagat dalam masa 48 jam.

Di perangkap oleh askar Umbrella Corp. dan akhirnya bertemu kembali dengan Dr. Isaac. Dr. Isaac asli atau tak itu akan berkembang dalam perjalanan cerita ini. Dalam usaha melepaskan diri dan mengejar masa, Alice berjaya meloloskan diri daripada Dr. Isaac dan bertemu semula dengan Claire dalam mempertahankan pertahanan terakhir manusia di Racoon City sebelum menghentam The Hive demi mencari sesuatu yang ditugaskan.

Apakah tugasan yang diberikan oleh The Red Queen dalam usaha menyelamatkan manusia sejagat dalam masa 48 jam?? Siapakah sebenarnya The Red Queen dan apakah tujuan sebenar Umbrella Corp.???

Semuanya akan terjawab dalam episod terakhir (Katanya lah... Tapi macam kemungkinan ada episod lain).

Pada saya, cerita ini agak banyak adegan kejut mengejut yang membuatkan saya terkejut secara tetiba dan sebab itulah saya tak main game Resident Evil (Mula-mula main dah terkejut raksasa muncul). Penuh aksi dan jalan ceritanya lebih baik daripada episod-episod sebelumnya dan juga tiket tayangan perdana yang agak menarik jika dilipatkan akan membentuk sebuah pistol.

Berbaloi untuk saksikannya di pawagam?? Bagi mereka yang mengikuti Resident Evil Movie dari yang pertama sehingga terkini, mungkin ini dapat membantu anda memahami pengakhiran dan permulaannya cerita ini dan bagi mereka yang baru pertama kali melihatnya, jika ianya mengikut selera anda, bagus, tapi jikalau tidak, itu pilihan anda.

Selamat menonton!
Kedai : Philtre Coffee
Lokasi : Jalan SS21/35, Damansara Utama

Waktu Perniagaan
8AM - 12AM (Ahad - Khamis)
8AM - 1AM (Jumaat - Sabtu)
Tutup Hari Isnin

Rating : ★★★☆☆
Cara Bayaran : Kiplekash Worth RM100 (2 Kupon RM50 hanya untuk RM70)

Pernahkah anda cuba tempat makan baru tetapi yang berbezanya, Pekedai bekerjasama dengan sebuah pembangun aplikasi yang masih baru lagi di Malaysia untuk membayar tanpa mengeluarkan wang dari dompet anda???

Jawapannya tentulah tidak! Sebelum saya pergi lebih jauh memperkenalkan aplikasi ini, marilah kita mencuba kafe baru, tempat makan baru dan suasana baru yang diperkenalkan bersama dengan aplikasi ini.

Apa yang menariknya tentang Philtre Coffee ini???

Tahukah anda Xiaomi Redmi Note 3 dengan kuasa SNAPDRAGON , Kamera Hadapan 5MP dan juga 16MP kamera belakang, pastinya gambar yang diambil setanding jenama telefon pintar yang lain?

Mari sini teman buktikan dengan beberapa gambar berdasarkan tema tertentu.
Xiaomi Redmi Note 3 "A Malaysian Pride : Perbadanan Putrajaya"
Sekarang, kita akan tengok pula bagaimana gambar yang berbeza mengikut tema pattern / tiles dan gambar depth of field.

Terima kasih diucapkan kepada Xiaomi Malaysia diatas peluang ini sebagai salah seorang daripada pengguna terawal set Antarabangsa Xiaomi Redmi Note 3 dengan bateri berkapasiti 4000mAh.

Tentu anda semua akan tertanya-tanya, sejauh mana kapasiti bateri 4000mAh?
Jom tengok selingan Timelapse yang ditangkap menggunakan Xiaomi Redmi Note 3 pada bateri 40%

p/s - Time lapse selama 37 saat hanya menggunakan kapasiti bateri kurang dari 5%

Tapi, percayakah yang sebagai pengguna pertama di Malaysia, Xiaomi Redmi Note 3 boleh bertahan selama hampir 5 HARI tanpa penggunaan yang terlalu berat manakala dengan penggunaan yang kerap, ianya boleh bertahan sehingga hampir 2 HARI!!

Tak Percaya?? Ini buktinya.

Carta penggunaan bateri dapat dilihat melalui kadar penggunaan
Jadi, apakah rahsianya sehingga bateri Xiaomi Redmi Note 3 boleh bertahan selama ini??

Redmi Note 3 - 4 Hari 9 Jam Ketahanan Bateri

1. Hanya menggunakan WiFi selepas jam 8 malam ke atas (YouTube, Facebook & Lain-lain)
2. Tiada penggunaan data sepanjang 12 jam waktu bekerja
3. 4 Hari 9 Jam tanpa cas semula dengan melayan video-video definisi tinggi di YouTube menggunakan WiFi
4. Baki bateri 3% (2 Jam 9 Minit masa kecemasan diberikan)


Apakah yang akan terjadi pula jikalau penggunaan yang kerap digunakan?

Kadar penggunaan bateri xiaomi redmi note 3 yang kerap
Redmi Note 3 - 1 Hari 14 Jam Ketahanan Bateri

1. Data internet dibuka sepanjang masa (Diselang-seli penggunaan WiFi di rumah)
2. Facebook, twitter, 9Gag, WebBrowser, Astro On The Go & kamera sepanjang hari bekerja.
3. Penggunaan WiFi untuk menonton video definisi tinggi
4. GPS diselang-seli kerana penggunaan Google Maps
5. Baki 3% dengan paparan masa kegunaan kecemasan 2 jam 9 minit


Jikalau anda seorang pengguna data internet, gamers yang tegar, ketahanan bateri sehingga hampir 2 hari pasti menjadi pilihan seisi keluarga. 

Dan jikalau anda bukan pengguna yang tegar, kurang menggunakan data sebaliknya menggunakan WiFi sahaja ketika pulang rumah, saya syorkan, Redmi Note 3 ini, perlu menjadi milik anda!

Ketahanan bateri sudah, apakah kelebihan lain yang terdapat pada Xiaomi Redmi Note 3 ni???

Ingin ketahui kelebihan lain, pastikan anda menunggu dan membaca post seterusnya kerana biar gambar berbicara!
Tahukah anda Honor 5X dapat bertahan selama 5 hari tanpa perlu dicas?

Tak percaya? Mungkin gambar, penerangan dan review yang seterusnya mampu membuatkan anda teruja dan seterusnya memilih untuk terus membeli dan menjadi pemilik Honor 5X.
Mungkin ada antara anda semua akan tertanya, bagaimana Honor 5X boleh bertahan selama ini?? Jom tengok dulu gambar dibawah dan saya akan menerangkan 1 persatu bagaimana Honor 5X mampu mencapai ketahanan bateri yang agak lama.
Sejarah ringkas penggunaan bateri boleh diketahui dan seperti di atas, baki penggunaan 9 jam dapat dilihat.
Jadi, apakah yang membuatkan Honor 5X untuk bertahan selama ini?? Jom tengok apa yang ingin saya huraikan kelebihan Honor 5X dan juga fungsi kamera yang agak menarik untuk seorang yang bergelar jurugambar seperti saya.
Anda peminat Honor & Huawei??

Tahukah anda Honor terbaru telah muncul dalam keluarga mereka yang dilahirkan dengan panggilan 
"Honor 5X"

Pasti anda semua tak tahu dan dengan rela hati, terpaksalah saya menyebarkan berita terbaru yang bakal membuatkan setiap pengguna telefon pintar ingin mencubanya dan lebih tepat lagi, memilikinya! 

Tetapi... Sebelum kita kenal lebih dekat lagi dan jatuh cinta padanya, jom tengok bagaimana rupa Honor 5X yang dilahirkan dengan wajah dan personaliti terbaru.

Harga : RM 899
Jenama : Honor 5X
Warna yang ditawarkan : Kelabu / Hitam / Emas
Jualan Seterusnya : 1 Mac 2106 (3:08 PM)
 


Suka??
Jom tengok apa yang ditawarkan oleh Honor pada rangkaian keluarga telefon pintar mereka yang terbaru


Nak tau banyak lagi kelebihan Honor 5X??? 
Nantikan review seterusnya mengisahkan Aku & Honor 5X

Untuk mereka yang ingin membeli Honor 5X, bolehla melayari link dibawah

Assalammualaikum to all readers, followers, commenters, haters (Do I Have 1??) and even observers (Either silent or not)

Have u ever heard of the google doodles before??? Never??? Than u should just try n see this 1st... Ya... one of the collection of Google Doodles that i have collected and post on my blog... Click here, and here...Google Doodles just move on from a still picture to an animation that amazed me... Wanna see them??? Just click on the images to view the animation...



Yaaaa... This is 3 out of 4 latest google doodles that has used animation... Awesome isn't it??? Well... just need to aware of what spawning around the google all day long... :D ... Do you aware on the latest google doodle animation where several woman like dancing forming Google words///... Ain't it awesome and brilliant!!!

Assalammualaikum, gud morning and hello everyone... Yaaa.. Today post will be in english yaww... 
Have all of you watched this TV Series yet??? What TV Series is it??? It's Game Of Thrones... Wanna Know More About it???

Here is the plot story for all of my readers and followers

Seven noble families fight for control of the mythical land of Westeros. Political and sexual intrigue abound. The primary families are the Stark, Lannister, and Baratheon families. Robert Baratheon, King of Westeros, asks his old friend Eddard Stark to serve as his chief advisor. Eddard, suspecting that his predecessor had been murdered, accepts so that he can investigate further. It turns out more than one family is plotting to take the throne. The Queen's family, the Lannisters, may be hatching a plot to take control. Across the sea, the last surviving members of the previously deposed ruling family, the Targaryens, are also plotting a return to power. The conflict between these families and others, including the Greyjoys, the Tullys, the Arryns, and the Tyrells, leads to war. Meanwhile, in the north, an ancient evil awakens. Amidst war and the political confusion, a brotherhood of misfits, The Night's Watch, is all that stands between the realms of men and the horrors beyond.

Ok... so that's the plot of the story... For all of you who like to see a series that is kinda mystical, and a little bit of like a quest and medievel story... Surely you should watch this TV series... Not a dissapointed for me at least for the moment until the latest 3rd episode... It just make me can't wait to see more of it...

Ok... Enough of the babbling... Let's see a sneak preview on the cast and character that will evolved in this story...
Plant Vs Zombies... Apa Tu??? Anda Semua Pernah Main Game Ni???


Mesti ramai antara anda yang pernah main game ni... Ho3... Game ni la yang buatkan saya jadi xbetul lepas abis exam... Ha3... Nak Tau Kisahnye???

Alkisahnye begini... Pas abis final exam sem 1, betul² pas maghrib, bukak la laptop yang bawak... even ader PC... tapi PC ni bukan untuk men game... so xketagih sangat r... N Suddenly... terjumpa 1 game kat laptop adikku ni... Plants Vs. Zombies... Aper tu???


Yaaa... sebuah game seperti pic di atas... yang membuatkan aku ketagih... Padahal esok sebenarnya nak balik, beg xkemas lagi... So try la game ni... And tanpa disangka la pulak... Aku main game ni sampai xsedar diri abiskan mission yang berlambak, puzzle game, mini games dan sebagainya... Dan sedar², Masyaallah!!! Dah pukul 4.30 pagi... ha3...

So, nasihat kepada anda semua... bermainlah dengan selamat... walaupun diriku ini seorang gamers, tapi bersara sementara, coz PC kat USM ni xle men game... So... janganlah ketagih main Plant Vs. Zombies ni... Even best... tapi berpada² yer sumer...
Article edited from http://kapansenget.blogspot.com/

Kasturi in the mean time is based on the facelifted Saga, and will be out in production on February next year 2011 with the name of Proton Saga FL. More info, click to read more...
Intense Debate Comment Or Default Blogspot Comment ???


BI Ver. - After a month using intense debate, what do all of you think about commenting using it??? is it more friendly, or the default blogspot comment is better??? response to me please... he3... just to know, which is better to use for commenting, the default blogspot, or using ID comment...

BM Ver. - Sebulan lebih dah rasanya guner ID, apa kata anda sumer??? adakah komen guner Intense debate lebih bagus n mesra pengguna??? Atau penggunaan komen asal blogspot lebih baik daripada guner ID komen??? pendapat, suara n pandangan anda diperlukan... mari sumbangkannya....

Article edited from http://kapansenget.blogspot.com/

Don't you guys or gals think that this proton pahlawan series concept car is tooooo, waaayyyy, absolutely coooolll for a proton cars?? Ohhh i hope it will be out to produce in this 5 years time so i can have it 1 in my car parking lot... for more info, click to read...


Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.