Showing posts with label Travel & Pengembaraan. Show all posts
Showing posts with label Travel & Pengembaraan. Show all posts
Pada sabtu lepas, 2 November 2019, berkesempatan mendapat pengalaman sebagai seorang ayah ke event yang jarang diketahui ramai, iaitu International BabyWearing Week 2019


Bertempat di The School, Jaya One, 1 majlis yang agak menarik juga untuk dihadiri, minggu antarabangsa bagi menyokong pemakai-pemakai pendokong bayi di badan.

Sepanjang perjalanan yang bermula dari jam 9.30 pagi sehingga ke lewat petang jam 5.

Sebenarnya pelbagai lagi yang menarik untuk disaksikan, tetapi kerana kekangan masa, saya hanya sempat menghadiri sesi pagi hingga tengah hari, namun bagi saya, ianya amat bermakna dan berguna untuk seorang ayah dengan ceramah dan perkongsian dari panel² yang berwibawa dan juga ada perkongsian cara membuat sabun tau!

Kalau korang nak tengok lebih lanjut, boleh tengok ringkasan video yang teman buat sepanjang perjalanan majlis yang sempat dihadiri.


Selain itu, ada juga gerai-gerai jualan kecil yang dibuka khas untuk pendokong majlis ini serta untuk para penaja. 

Sesi pagi jam 10.15 pagi dimulakan dengan perkongsian cara dan helah macam mana untuk mereka yang menggunakan pendokong badan bayi dan juga cara yang sepatutnya kita pakai untuk memberi keselesaan bukan sahaja kepada ibu atau ayah yang membawanya, malah untuk bayi juga.

Selepas sesi perkongsian oleh Elvinna Shah, perkongsian seterusnya oleh Child Passenger Safety Malaysia tentang undang-undang kerusi keselamatan untuk kanak-kanak yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2020.


Satu perkongsian yang agak menarik yang perlu saya kongsikan seperti dibawah :

1. Maksimum kerusi keselamatan kanak-kanak yang ditanggung insurans dan dibenarkan hanya 2 sahaja.
2. Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang ketiga adalah dibawah tanggungan sendiri jika berlaku sebarang kemalangan.
3. Kedudukan sebenar yang sepatutnya diamalkan untuk kanak-kanak bawah 2 tahun adalah dengan mukanya menghadap ke kerusi.
4. Anak yang paling bongsu diberikan keutamaan untuk duduk didepan sekali, manakalah yang dibelakang sepatutnya untuk anak yang seterusnya.
5. Buat masa ni, tiada penguatkuasaan yang tegas untuk cara-cara pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak, namun, apa yang ingin JPJ dan Polis lihat adalah pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak akan menjadi wajib untuk mereka yang mempunyai anak-anak dibawah umur 6 tahun.
6. Untuk geografi Malaysia, kerusi keselamtan kanak-kanak dari eropah adalah yang paling sesuai keranan Malaysia mengadaptasi dan menggunakan undang-undang seperti di eropah.

Perkongsian seterusnya adalah sesuai untuk ibu-ibu mengandung tentang cara yang bagus untuk melahirkan anak dan bagaimana untuk melaluinya dengan keadaan dan emosi yang tenang.

Sesi pagi diakhiri dengan cara membuat sabun oleh Lembah Barakah Organic Orchad.

Di sesi petang pula, kita ada jadual seperti dibawah

Namun, kekangan masa membatasi untuk saya menghadiri sesi sepanjang hari. Tapi apa yang dapat disimpulkan, ianya 1 majlis yang agak menarik lebih-lebih lagi untuk saya sebagai seorang bapa.

Apa pun, saya menantikan untuk majlis yang sama pada tahun hadapan dan berharap lebih menarik lagi perancangan yang akan dikongsikan dan juga perjalanan majlis yang menarik.

Oh ya, tak lupa juga, ada sesi percubaan memakai pendokong bayi tau yang disediakan di sudut belakang pentas untuk mereka yang ingin mencuba, dan membelinya untuk anak-anak mereka.

Terima kasih dicuapkan kepada The Asian Parent atas jemputan ini dan eden dapat menang 500 point wei!
Pernah dengar Bukit Batu Putih atau Cape Rachado?

Bagi seorang hikers, atau pendaki, nama ini pasti tidak asing bagi mereka tapi bagi mereka yang baru berjinak dengan dunia bukit dan gunung, Bukit Batu Putih bolehla dijadikan sebagai salah satu tempat pendakian yang perlu anda pangkah dalam pilihan bukit yang ada di Semenanjung Malaysia bukan hanya kerana pemandangan yang cantik, tetapi jarak perjalanan ke puncak yang singkat. Senang kata, singkat tetapi cantik

Antara soalan yang akan anda tanya tak kisahla bagi mereka yang baru berjinak, dah lama berjinak atau baru nak pergi mendakinya, dimanakah Bukit Batu Putih?

Apa yang anda dapat apabila Dodgeball @ Bola Beracun digabungkan bersama PaintBall dan juga aktiviti memanah??

Bagi peminat sukan lasak, sukan paintball, sukan dodgeball dan memanah, anda perlu mencubanya!

Archery Tag
Lokasi : PJ Palms Sports Center (Indoor)
Tahap Kesukaran : Beginner to Master Class
Bayaran : RM 35/seorang (Isnin - Jumaat) & RM 40/seorang (Sabtu & Ahad)
Waktu Operasi : 8 pagi - 1 pagi
Minima Pemain : 6 hingga 14 orang pemain

p/s : Pemain ke-15 dan seterusnya bermain dengan percuma @

Pasti anda tertanya-tanya... Apakah permainan ini??? Bagaimana ianya dimainkan?? Apakah mod permainan yang ada dan paling terakhir anda akan tanya, bagaimana untuk menempah bermain bersama kami!

Sebagai Marshall Archerty Tag atau lebih dikenali di Malaysia sebagai ATAG, berikut apa yang anda semua akan tahu dan alaminya sendiri.
Lokasi : Kampung Sungai Guar, Guar Perahu, Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Tahap Kesukaran : 3 Bintang



Untuk peminat sukan tegar dan yang baru ingin menceburi sukan mendaki bukit atau gunung, Froghill atau Bukit Katak bolehla dijadikan salah 1 destinasi pendakian dengan pemandangan yang cantik serta sebagai latihan kecergasan ringan-ringan je disebabkan laluan yang tidak terlalu sukar seperti bukit yang lain. 

Macam mana nak pergi ke Bukit Katak @ Froghill??

Anda semua masih ingat lagi review makanan di Warung Otak-otak Che Wan???

Tapi kali ini teman akan bawa anda bersarapan bersama di Hai Peng Kopitiam, antara Kopitiam yang terkenal di bandar Chukai, Kemaman ini.
Sarapan Pagi
Untuk mereka yang ingin sarapan pagi, tersedia 2 pilihan nasi lemak, nasi lemak ikan masin & nasi lemak sambal. Oh ya, karipapnye juga sedap. Memang Terbaik!

Selain menyediakan resipi sarapan tradisi orang Melayu, tak lupa juga minuman kopi di pagi hari seperti Au Liat yang dipilih ibu teman
Dengan harga yang berpatutan dan pilihan makanan, minuman dan tak lupa juga roti bakar di pagi hari, membuatkan Kopitiam ini sentiasa penuh di kala sarapan pagi datang. Menunggu giliran untuk duduk itu suatu kebiasaan.

Jom tengok pilihan makanan lain yang teman dan keluarga teman bersarapan sebelum ke Felda Neram 1 menghadiri majlis perkahwinan rakan teman.
Tour Guide kata ianya Cendol paling sedap antara 2 cendol yang terdapat berdekatan Jalan ChowRasta di Pulau Pinang, tapi adakah ianya betul???

Ketika sesi Journalistic Experience Trip ke Penang tajaan MAS Airlines & PayPal, teman sempat bersama² ngan beberapa blogger & wartawan yang turut sama hadir merasai keenakan makanan jalanan or in englishnya depa sebut Street Food.
Berdekatan Jalan Chowrasta yang juga antara tempak terkenal jeruk di Pulau Pinang or Penang in englishnya terdapat 2 gerai yang menjual chendol. CHENDOL ya. bukan CENDOL. Bahasa kampung ok. Ini makanan jalanan.
Do you think this is the Best Street Food for now??? Here what i have to said about that
Location : Bukit Bendera @ Penang Hill
Date : 11 Jun 2011
Tajuk Perjalanan : Cuti² pas abis study 5 tahun kat USM Kampus Kejuruteraan

Haaa... Dah lama baru nak hupdate kannnn... Jom tengok perjalanan teman menaiki Bukit Bendera... Sapa lom g lagi, moh le reramai kita p ea... Nak hike pun leh, nak nek gondola pun leh... ehhh.. Silap... Nek trem yer rakan² pembaca sekalian... Setelah almost 5 tahun belajar kat USM Engineering, baru je dapat naik Bukit Bendera, tu pun nasib pak usu teman nak p berjalan kat Pulau n naik tempat ni tau... Sedih kan... hehehehe...

Pintu masuk ke keretapi bukit bendera


Nak tengok lagi banyak??? N apa ada kat atas Bukit Bendera ni sampai ramai sangat yang beraturnye??? Tapi sebelum tu, FYI, keretapi Bukit Bendera ini sudah dibaikpulih dan boleh dinaik semula ye... Sebelum ni, tremnya amat perlahan (Bak kata driver tren ni r) n kali ni, dalam masa xkurang dari 15 minit, anda sudah boleh berada di puncaknye.

N dikenakan bayaran tau, xingat bape harganya... So janganlah lupe untuk membawa MyKad anda bersama²... Oh ya.. Pic² yang disnap ni hanya menggunakan kamera Lumix Panasonic FX55 je... Time tu xde lagi Nikon D90 dalam family ku.
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.