Showing posts with label Jalan² Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan² Cari Makan. Show all posts
Pernah makan Tomyam dekat sempadan negara Thailand?
Suka makan pulut nangka atau pulut mangga?

Pernah rasa Chatime? Tealive? atau pun Boba Tea?
Semuanya ada disini! Saya boleh yakinkan anda yang CHAPAYOM akan jadi 1 destinasi jalan-jalan cari makan yang anda akan datang, dan ulang semula untuk rasanya kembali!

Apa itu CHAPAYOM?

Kedai : CHAPAYOM
Lokasi : LG07, Central I-City Mall, 40000 Shah Alam, Malaysia

Waktu Perniagaan
10AM - 10PM (SETIAP HARI)
Disponsor Oleh : Micky Jan & CHAPAYOM

Makanan Patut Dicuba : Nangka Sticky Rice, Thai Imported Noodles & Thai Milk Red Tea

Chapayom yang asalnya dari Thailand dibuka oleh pemiliknya bernama Kelvin. Kebanyakkan menunya diambil secara terus dari negera jiran kita, Thailand.

Daripada kita bebel panjang, jomla kita tengok dan mana tau, nak jenguk merasa kesedapannya yang membuatkan saya bermandi peluh laaaa dan ini ringkasan yang saya boleh katakan tentang CHAPAYOM!

1. Rasa pulut yang seperti wajik masa kenduri kahwin
2. Rasa air teh susu setanding jenama besar lain
3. Rasa asli dari Thailand

Orang kata, kepulangan selalunya disambut dengan perubahan yang lebih menarik, dan ya, ianya berbaloi untuk kembali

Kenapa?? Sebab pertama kali kedatanganku ratingnya tidak berapa baik tetapi kali ini bagaimana??


Jom tengok post lama dan apa kataku untuk kali ke-2

Lokasi : Jalan SS21/35, Damansara Utama


Waktu Perniagaan
8AM - 12AM (Ahad - Khamis)
8AM - 1AM (Jumaat - Sabtu)
Tutup Hari Isnin

*Sesuai digunakan dengan KIPLE App
Rating : ★★★★☆

Kali ini, perubahan di dalam kedai itu sendiri, hiasan dalaman dan pilihan pada menu amat berbeza berbanding pengenalan pertamaku

Kedai : Alanna's kitchen
Lokasi : 8, Jalan Pandan Indah, 1/23D, Pandan Indah, Cheras
Waktu Perniagaan
11AM - 10.30PM (Setiap Hari)

Halal Certified
Kiple Certified
Website : http://alannaskitchen.my
Rating : ★★★★★

Ingin merasa makanan berasaskan arabic tetapi diubah dengan citarasa malaysia? Tempat yang dijamin halal dan setanding restoran 5 bintang? Dimasak oleh rakyat Malaysia sendiri?

Alanna's Kitchen ada jawapannya!

Terletak di satu sudut yang kalau siapa baru pertama kali datang pasti akan tertanya-tanya di manakah kedai makan ini? Tetapi jangan risau, gunakan sahaja Google Maps atau Waze dan anda pasti akan dibawa menuju jalan yang lurus.

Oh ya, Makanan-makanan ini dimasak sendiri oleh pemilik restoran, Madam Kiew dan jangan terkejut jikalau anda merasa setiap cebisan makanan yang saya akan tunjukkan!

5 menu makanan yang dihidangkan kepada kami dan tak lupa juga 4 kek yang cukup rasanya membuatkan kami terduduk kekenyangan tetapi bagaikan nak makan lagi! Tak percaya??? Jom cuba tengok rupa makanan yang dihidangkan kepada kami dan mungkin anda pasti akan terliur!

Kedai : Pickle & Fig
Lokasi : 26, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Taman Tun Dr Ismail, KL


Waktu Perniagaan
9AM - 11PM (Isnin - Ahad)

Rating : ★★★★☆

Jikalau anda penggemar makanan berasaskan Panini, Smoothies dan Sandwich, Pickle & Fig adalah antara salah 1 tempat yang perlu anda kunjungi sebagai "Harus Cuba" dalam senarai pangkah anda.

Kenapa "Harus Cuba"??

Memetik kata-kata pemilik muda Pickle & Fig, Ken yang berusia 28 tahun,


" Konsep makanan kami sebenarnya pada makanan seimbang untuk pilihan semua. Ianya dapat dilihat daripada menu yang ditawarkan oleh kami dari pilihan makanan berunsurkan sayuran kepada makanan yang berat dan kegemaran semua"

p/s - jangan lupa melihat berapa banyak kalori yang anda akan amik pada setiap menu pilhan anda yaa dan bayar menggunakan Kiple Pay tanpa perlu risau duit di dalam dompet anda semakin sikit.


Trivia : Tahukah anda kami antara yang pertama untuk mencuba menu makanan terbaru mereka ini??

Nak tengok apa yang ada dalam menu terbaru mereka??? Oh ya, selain Churros, anda pasti akan terliur dengan makanan yang anda bakal saksikan nanti....

Suka makan makanan berasaskan dan berupa seperti anda berada di Korea Selatan??

Dengan Kiple, impian anda bakal menjadi kenyataan. Bagaimana??

1. Download aplikasi "KIPLE" dengan menggunakan referral code "putra87"

*Kenapa guna referral code?? Sebabnya anda akan dapat RM10 dan saya juga akan dapat RM10. Berbaloi-baloi!

2. Beli "SPECIAL DEALS" seperti di bawah. (2 harga kupon pilihan)
* 2 Harga kupon yang ditawarkan, RM50 dan RM100 tetapi apa yang istimewanya, anda hanya perlu membayar sama ada RM38 atau RM75 seperti di atas.

Dah beli, mesti nak cuba dan pergi menjamu selera bukan? Apa menu yang ada? Di mana tempat yang menawarkan tawaran diskaun semenarik ini?

Jom baca apa yang ingin saya kongsikan tentang makanan, tempat dan aplikasi Kiple yang akan digunakan bersama.
Kedai : Philtre Coffee
Lokasi : Jalan SS21/35, Damansara Utama

Waktu Perniagaan
8AM - 12AM (Ahad - Khamis)
8AM - 1AM (Jumaat - Sabtu)
Tutup Hari Isnin

Rating : ★★★☆☆
Cara Bayaran : Kiplekash Worth RM100 (2 Kupon RM50 hanya untuk RM70)

Pernahkah anda cuba tempat makan baru tetapi yang berbezanya, Pekedai bekerjasama dengan sebuah pembangun aplikasi yang masih baru lagi di Malaysia untuk membayar tanpa mengeluarkan wang dari dompet anda???

Jawapannya tentulah tidak! Sebelum saya pergi lebih jauh memperkenalkan aplikasi ini, marilah kita mencuba kafe baru, tempat makan baru dan suasana baru yang diperkenalkan bersama dengan aplikasi ini.

Apa yang menariknya tentang Philtre Coffee ini???

Magnum : A Day Without Pleasure is A Day Lost

Cawangan Magnum : IOI City Mall Putrajaya
Tahap Kesedapan : 5 Bintang
Menu Utama : Aiskrim Magnum
Harga : RM8 (Coke Light) > RM77 (Magnum Crowne Jewel)

Suka aiskrim magnum?? Ingin cuba kelainan makan aiskrim Magnum di Magnum Cafe??
Tentunya ramai yang suke makan aiskrim terutamanya magnum, tetapi, ada apa dengan Magnum Cafe??
Magnum cafe setakat yang diketahui di Malaysia hanya ada di Mid Valley Megamall dan IOI City Mall Putrajaya dan teman berkesempatan mencubanya sendiri di bersama isteri tercinta akibat dah lama mengidam nak makan tetapi Line beratur yang panjang membantutkan perjalanan ke Magnum.

Sebenarnya, beratur panjang yang anda semua nampak tu untuk "Make My Magnum" dengan permulaan harga RM9.90, anda boleh pilih sendiri bagaimana aiskrim pilihan anda dicipta mengikut citarasa yang disediakan ataupun, boleh juga memilih 8 signature aiskrim seperti di bawah :

Langkah 1 : Pilih dari inti, perasa dan bagaiman anda mahu aiskrim itu dicelup
Langkah 2 : Taburkan dan hiaskan mengikut citarasa yang anda mahu
Signature Aiskrim 1 : Sweet Fantasy / Pop Attack / Black Forest / Golden Flower
Signature Aiskrim 2 : Super Goji / Fruity Loops / Recess / Cookie Monster

 Tetapi... Tahukah anda yang beratur itu hanyalah pembuka selera kepada apa yang anda bakal lihat, terliur dan rasa jikalau anda terlajak ke depan sedikit dan sebaliknya duduk di dalam untuk mecuba beberapa menu yang agak menarik dan menyedapkan lidah anda?

Nantikan rangkuman kedua Magnum Putrajaya dan kali ini teman akan bawa anda ke dalam merasai Aiskrim Magnum yang dibuat khas dalam pelbagai bentuk dan perisa serta harga yang ditawarkan dan juga video bagaimana "Make My Magnum" dibuat oleh pekerja Magnum IOI City Mall Putrajaya.

Selamat mecuba dan merasa, serta ingatlah, Aiskrim itu bukan hanya sedap di luaran, tetapi dalaman isinya yang perlu diterokai.
Kerana Azwan Ali, Habis Terkenal Teruih Me'Nate Di Mata Masyarakat Malaysia


Nama Restoran : Me'nate Steak Hub
Lokasi : 16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, Ampang, Selangor, Malaysia


Pilihan makanan : Dari semurah Pasta hingga yang paling mahal mencecah harga ribuan
Kepuasan : 9/10

Peringatan
Jangan anggap restoran ini seperti kedai makan western yang biasa anda selalu terjah kerana anda takkan percaya dengan harganya yang mungkin akan membuat anda mencari setiap pelosok poket seluar hinggalah ke celah-celah beg dompet untuk membayarnya. Pastikan anda mempunya fulus melebihi RM100 untuk makan disini berdua or selebihnya.

p/s : Air adalah percuma dan boleh diisi sebanyak mana sehingga kembung perut (Pastikan tiada sisa ditinggalkan atau anda bakal dikenakan bayaran)

Kebetulan hari tersebut adalah hari kelahiran ibuku, maka teman mencadangkan untuk makan di restoran yang hangat menjadi perbualan, gosip dan juga pergaduhan seantero alam maya sehinggakan yang mengrekemen tempat tersebut dipanggil dan dijemput untuk makan secara PERCUMA oleh pemiliknya

Nak tau menu makanan yang menjadi pilihan kami dan juga harga yang ditawarkan???

Tahukah anda, korang boleh pilih sendiri jenis daging keinginan hangpa semua dan juga harga sudah tersedia papar pada pilihan daging anda itu!!
Kalau anda bertandang ke Chukai, Kemaman, Terengganu, anda perlu singgah di restoran ini
Kebetulan teman ke Terengganu untuk menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan my ex-gf, maka dengan kesempatan bercuti bersama keluarga di Kemaman, seperti biasa, perut mesti lapar, maka mencari tempat makan terbaik & sedap itu semestinya!

So apa yang specialnya di Warung Otak-otak Che Wan???
Kalau nama pun Otak-otak, warungnya che Wan ini, maka semestinya Otak-otak yang menjadi tumpuan. Secara jujurnya, Otak-otak Che Wan yang diperbuat sepenuhnya daripada ikan tenggiri yang cepat habis kerana pelanggan yang mai tak putus-putus (Kecuali masa tutup je).

Sesuatu yang perlu anda cuba, dengan rasanya yang penuh rempah seperti jikalau anda pernah makan Otak-otak Kempas, tapi lebih sedap lagi otak-otak ini. Maaf orang Kempas. Tapi otak-otak ini lebih sedap rasanya.

So apa lagi yang ada di warung ini?? Takkanlah nama kedai gah tapi hanya hidangan otak-otak je kan???


Selain otak-otak yang sedap & terkenal, Warung Otak-otak Che Wan juga ada menjual Satar, Pais & makanan lain untuk dinikmati pelanggannya. Ini adalah antara yang terkenal menjadi pilihan pelanggan yang hadir untuk menjamu selera
Satar
Mengikut ibu n abahku yang pernah mai ke Ganu untuk makan, ada tempat lain yang lebih sedap Satarnya daripada sini. N for real, ini kali pertama aku makan Satar n didalamnya terdapat cili padi tapi bukan untuk semuanya. Hanya beberapa Satar sahaja antara 8 yang diberi.

Semestinya jikalau anda sudah berada di Terengganu, semestinya kopok lekor / Keropok Leko / Kepok Lekor menjadi antara makanan yang paling banyak dijumpai di tepi-tepi jalan.

Susah nak memastikan yang mana 1 kedai sedap, but i think la, untuk mendapatkan rasa keropok lekor yang lebih sedap tentunya di negeri asal buatannya.
Akhir sekali tentunya Pais, antara makanan yang turut dipesan pelanggan bersama dengan Otak-otak, tapi disebabkan bukan minat teman, maka tak merasa untuk makannya.

Maka sampai di sinilah sahaja Jalan-jalan cari makan untuk kali ini, nantikan pula post makanan seterusnya, especially isi cangkerang ketam yang terkenal di Chukai, Kemaman & juga Trip to terengganu terutamanya tempat-tempat yang teman kunjungi.

Sekian sahaja di sini, terima kasih kerana membaca, selamat makan sampai kenyang!
Once Upon A Time

There is a Legend tale of 5 JWEL in the modern times where lust, eager for the throne with 5 different plots and twists as thick and delicious as each creamy bites.

The depth and complexity of each royalty mirrors the intensely sophisticated taste of the JWEL royal ice cream.
(Source : www.facebook.com/jwelmy )

Maka, di sini bermulalah kisah 5 bangsawan dengan citarasa berbeza & tarikan rakyatnya yang berbilang rasa. Disinilah, kisah takhta JWEL bergelar Ice Cream terbaru oleh F&N di pasaran Malaysia!


Bertempat di The Curve pada 11 Januari 2015, 5 bangsawan telah turun menemui rakyat jelata untuk memilih rasa yang menawan hati mereka dan seterusnya dinobatkan sebagai Raja Negara JWEL!

Jadi, apa kisahnya 5 bangsawan ini?? Perisa apa yang menarik hati 5 bangsawan negara JWEL untuk bertanding berada di kedudukan teratas takhta pilihan hati rakyat??

Jom baca kisah seterusnya & nikmati, alami, serta kecapi rasa yang istimewa setiap 5 bangsawan yang berbeza!
Anda semua masih ingat lagi review makanan di Warung Otak-otak Che Wan???

Tapi kali ini teman akan bawa anda bersarapan bersama di Hai Peng Kopitiam, antara Kopitiam yang terkenal di bandar Chukai, Kemaman ini.
Sarapan Pagi
Untuk mereka yang ingin sarapan pagi, tersedia 2 pilihan nasi lemak, nasi lemak ikan masin & nasi lemak sambal. Oh ya, karipapnye juga sedap. Memang Terbaik!

Selain menyediakan resipi sarapan tradisi orang Melayu, tak lupa juga minuman kopi di pagi hari seperti Au Liat yang dipilih ibu teman
Dengan harga yang berpatutan dan pilihan makanan, minuman dan tak lupa juga roti bakar di pagi hari, membuatkan Kopitiam ini sentiasa penuh di kala sarapan pagi datang. Menunggu giliran untuk duduk itu suatu kebiasaan.

Jom tengok pilihan makanan lain yang teman dan keluarga teman bersarapan sebelum ke Felda Neram 1 menghadiri majlis perkahwinan rakan teman.
Tour Guide kata ianya Cendol paling sedap antara 2 cendol yang terdapat berdekatan Jalan ChowRasta di Pulau Pinang, tapi adakah ianya betul???

Ketika sesi Journalistic Experience Trip ke Penang tajaan MAS Airlines & PayPal, teman sempat bersama² ngan beberapa blogger & wartawan yang turut sama hadir merasai keenakan makanan jalanan or in englishnya depa sebut Street Food.
Berdekatan Jalan Chowrasta yang juga antara tempak terkenal jeruk di Pulau Pinang or Penang in englishnya terdapat 2 gerai yang menjual chendol. CHENDOL ya. bukan CENDOL. Bahasa kampung ok. Ini makanan jalanan.
Do you think this is the Best Street Food for now??? Here what i have to said about that
Alhamdulillah, & terima kasih kepada Kak Ruby sebab menjemput untuk bersama² ke "Food Review" Buffet Ramadhan & tak lupa juga kepada Palace of Golden Horses kerana menghulurkan tangan menjemput teman mencuba makanan antara yang terbaik untuk berbuka puasa sambil menderma.
Bertempat di Carousel International Coffeehouse di Palace of The Golden Horses, atau lebih dikenali sebagai Lambaian Desa, dengan bertemakan masakan tradisional melayu bertemankan pilihan hingga 250 pilihan untuk berbuka puasa, pastinya ia menjadi tempat terbaik untuk berbuka bersama keluarga.

Orang kata, sambil makan, sambil menderma 1 amalan mulia. Itulah yang cuba dilakukan oleh Palace of Golden Horses dengan menghulurkan tangan mereka ke Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri pada 17 Julai 2012 dengan menjemput mereka bersama² memeriahkan "Food Review" ditemani rakan media & bloggers bersempena bulan Ramadhan ini.

Tahukah anda, 3% daripada hasil jualan di hujung bulan ramadhan di Carousel International Coffehouse ini akan disumbangkan kepada Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri. Menarik bukan??? Sambil berbuka, sambil itu juga kita menderma & menghulurkan tangan kepada yang memerlukan.

Pilihan makanan dari Kerabu, Serunding & ulam tak lupa juga bubur lambuk. Makanan kegemaran ramai seperti Nasi Briyani & Ayam Percik dihidang bersama Patin Tempoyak & Daging Salai Masak Lemak Sri Pahang pasti membuatkan anda terliur di bulan puasa ini.
Yang membuatkan Lambaian Desa ini lebih menarik ialah "Warung" pelbagai menu pilihan oleh chef seperti Laksa Johor, Mee Rebus & Mee Kari Nyonya & juga popiah mengembalikan suasana makanan tradisional Malaysia.
Oh ya! Terdapat juga warung panggang yang menghidangkan hidangan seperti Kambing Bakar & satay serta warung sup seperti sup gear-box, gulai kawah, rojak, kurma & kuih-muih. Lebih menarik lagi, terdapat 5 menu yang diubah tiap hari mengikut selera berlainan seperti "Malam Selera Selatan", "Malam Selera Utara", Timur, Barat & Mines.
Sempena bulan² puasa ni, pasti banyak juadah yang jarang kita jumpa n pasti nak try walau sekali kan??? Jom tengok antara juadah makanan yang sempat di tangkap ketika sesi "Food Review" di Lambaian Desa
Anda suka makan??? Anda peminat makanan timur terutamanya keropok lekor atau orang ganu panggil kopok leko???

Mungkin, kopok leko ni boleh anda cuba. Baru sahaja teman cuba rasanya malam tadi
Destinasi???

Terletak di Presint 15 a.k.a Presint Diplomatik, diantara kedai farmasi dan juga Mydin Putrajaya.

Nama kedai tersebut??? - Leko Leko Putrajaya.

Didatangkan dengan 2 pilihan rasa, Black Pepper Leko & juga Leko Cheesy Mayo

Bagaimana rupa dan rasanya??? Jom lihat gambar di bawah dan ulasannya
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera & Hi All

Suke makan masakan cina muslim?? Suka makan dimsum or siu mai tapi nak yang halal punye??? Sekarang ni banyak kedai Cina Muslim yang tumbuh bagai cendawan di Malaysia menawarkan pelbagai jenis masakan cina yang halal untuk dimakan. Tapi untuk masakan Cina Muslim kali ni, teman ingin perkenalkan,

Restoran Haji Sharin Low di Bangi
Untuk makan kali ini di Restoran Masakan Cina Muslim Haji Sharin Low, ini adalah pilihan menu kami sekeluarga pada hari itu.

p/s - Dah makan sini beberapa kali and selalu menjadi pilihan abahku untuk makan ialah, itik

Thanks to @Churp2 for inviting me to taste the drink at Chatime just a day before the Hari Raya Haji Aidil Adha on 5th November 2011

So what is Chatime???

Chatime is franchised from Taiwan., aimed to be the most loved & respected Tea Company in the world. Using high-tech tea & coffee machines to make consistently high quality fresh tea and coffees.
Chatime provide customers with a variety of choices of tea & coffee, variety of fruit pump, and variety of toppings.

For those familiar with Cool Blocks, Chatime is almost the same as it and i would say i love to drink it. N now let see some of the choices drinks i tasted during that day with the RM20 voucher
Hazelnut Chocolate Milk Tea
Yaaa... I'm a hazelnut lover and it taste very nice and do you know that you can add any toppings just by adding RM1 either pearl or 2 other choices given?? Now let us see more of this loveable drinks that you should try it by yourself and the price it offers.

I would say the price is very reasonable and affordable
Thanks To @mek_t on the last fasting month for inviting us, churp² for a buka puasa treat at their restaurant. 
Anda peminat setia masakan Terengganu??? Ore Ganu makang ikang ramai² (Not a good ganuians slang)???
For those food lovers and especially, Terengganu's delicacies lovers, this is 1 place you should not miss it. Kenapa??? Tapi sebelum tu, jom kita tengok dulu di mana terletaknya restoran masakan Terengganu ini.

Address
 127, Jalan Kenari 23A, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor (N 03 02' 39.0' E101 37' 23.7")


Ok... Signboard pun dah nampak, GPS pun siap kasi, alamat pun dah ada... No tepon??? haaa... Ce cari sendiri... Skang kita lihat lak apa juadah yang disajikan kepada kami untuk berbuka puasa pada malam itu.
Yaaa.. Bertemu kembali kita dalam segmen lain pulak.. Asik² segmen tutorial... Mentang² le Malaysia skang dah blok banyak jenis filesharing... katenye piracy la kan... Ketepikan sume itu dulu... Jom kita meliurkan diri ngan melihat paparan pic yang mungkinlah membuatkan anda terliur... N komen teman mengenai tempat makan ini...

Bersamaan ngan 11 Jun 2011, teman telah p berjalan² pusing² Pulau Pinang... Maklumle... Insyaallah grad bulan 9 ni... So alang² hari dah nak terakhir kat Pulau Pinang (Termasuk tanah besar k), kami pun p le berjalan² ngan pakcik kami n her wife... Dan semestinya... kalo dah berjalan, xsah kalo xdisi perut ini ngan hidangan yang agak bleh tahan menyelerakan... Haaaa... Apa dia??? Jom tengok pic ni... Biar pic je jadi juadah santapan or orang putih kata... Teaser la....


Oh yaa.. pic di atas adalah selingan je... Coz pas teman p menyantap selera di kedai makan ini,, Kami p melantak doghoyan le pule... Haaa.. baru teman tau ada banyak jenis durian... Ingatkan D24 je... Rupenye ada macam anak sedara Nikon D series la pulak kann... Haaa... So kami pun try le D204... Well.. Sedap... Mana nak try??
The path way is along the road from Balik Pulau to Tanjung Bungah... From this road, you will encounter various kebun durian and durian stall to try on... Where is the durian sneak peak???


Ok... Enough of the teaser... Tau xsume orang suke makan doghoyan... Jom beralih kepada main topic... That is Laksa Janggus... Where it is located??? What so special about it??? N What does it have??? Here r my review...

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia

Kali ni, teman nak cerite skit pasal makan-makan d USM Kampus Kejuruteraan teman, ye laa... Teman pun dah nak abis blajo kat USM ni kan... So alang-alang dah nak abis blajo, pekata teman bitau pada sume yang baru nak masuk ke, dah lama masuk ke, xpun baru nak melambaikan tangan meninggalkan USM tercinta ni n yang dah masuk tapi xtau tempat makan ni...

FYI or sape yang xtau short form ni, For Your Information, tempat makan sekitar USM Kampus Kejuruteraan ni sangat banyak... N to all of the USM Engine students, antara tempat makan famous yang selalu dikunjungi adalah seperti berikut... p/s - This is the most famous food place yang dari dulu sampai sekarang, kalo sape masuk USM Engine xtau, hangpa p la ketuk kpala 10 kali ea...

  • Restoran Sasha
  • Restoran Omaq
  • Restoran Nuri
  • Restoran Mamak Riyas
  • Restoran Mamak Naseer
  • Kari Corner
  • KFC
  • Pizza Hut
Haaaa... Nape ade 2 fast food lak dalam list ni??? Hahaha.. Reason?? Sebabnye, 2 fast food ni je paling dekat skali ngan USM Engine, iaitu di bandar baru Parit Buntar. Selain dari kami mempunyai tempat makan yang agak n leh tahan sedap gak r, Pasar malam pun ade gak tau... Bile pasar malam dia??? N apa special kat pasar malam tu??? sat nooo.. teman cerite...

  • Pasar Malam Parit Buntar - Jumaat d pekan lama Parit Buntar. Berhampiran jam beso.
  • Pasar Malam Taman Pekaka - Ahad d tengah-tengah kawasan kat Taman Pekaka
Kalo nak tau lebih pasal pasar malam ni, ada penah diceritekan dalam post sebelum ni, tapi kat Taman Pekaka punye laa... Nak tau lebih lanjut??? Tengok ni...


Haaa... Link dah kasi, tempat dah kasi... Tapi tunggu!!! Ada banyak lagi tempat teman nak btau.. Tapi sebelum tu, tengok la teaser-teaser tempat makan kami ye... Siap ada pic tangkap kat KFC lagi ok!!!.



Pic ni adalah kenangan ketika Mathi belanja kami makan di KFC... TQ Mathi for the great moment together with PolymeROX



Dah terliur??? hahahah... Tunggu... Ada lagi pic nak disajikan untuk tatapan mata anda n wat lidah anda semua terliur sekejap... N tempat-tempat makan lain berdekatan ngan USM Engine.
Assalammualaikum, selamat malam semua (Coz type post ni time pagi² buta) n selamat menjadi burung hantu kepada owl² sekalian...

Sebelum kita mulakan topik kita pada hari ini, ingin la teman menanyekan kome² sume... Kome penah rase x, or nak disingkatkan ayat, pernah mentekedarah x ayam Uncle Bob??? Apa???!!!! Xpernah???!!!! Yang pernah tu mesti sudah terasa betapa sedapnya kan ayam ini... ok... Kepada yang belum merasakan kesedapannya, nah santapan pic gimana ghupenye ayam uncle bob ni...


Haaaa... Ade ghase terliur dok??? Idak??? Ye ke??? Cubele kome ghase dulu... untuk info lanjut mengenai ayam uncle bob ni... leh la try p usha² n jenguk² sebentar ke web rasminya... p/s - lokasi jualan pun ade tau...


Apa yang sebenarnye teman nak bebelkan padahal ngah siapkan tesis pada masa yg sama is....... 

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.