Koleksi IDW Design : Rekabentuk Dalaman Dalam 1 Koleksi Buku

by 3/28/2021 07:58:00 PM 0 Pengkritik

Tahukah Anda dengan 1 buku koleksi dari IDW Design, IDEA rekabentuk dalaman rumah yang anda impikan selama ini bukan lagi khayalan!

 

Dengan ketebalan kulit keras, 421 muka surat, 200 panduan koleksi rumah mewah dan moden, berserta pelan lengkap, lukisan, dan panduan renovasi, semua dalam 1 pakej, ianya sangat memuaskan dan tak rugi untuk dimiliki.

Namun... Disebalik setiap kejayaan, pasti ada cabarannya.

CABARAN MEMBINA IDW

Bermula dengan syarikat pembinaan dan rekabentuk dalaman, IDW Design & Build diasaskan oleh Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah pada tahun 2007, ketika mereka masih berusia 21 tahun.

Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta.

Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang.

Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.

Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. 
Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupu terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.

TRAGEDI KEBAKARAN

Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api. 

Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.


FENOMENA COVID

Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah.

Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.

Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan. Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.


SERVIS EKSLUSIF DAN HARGA YANG PERLU DIBAYAR

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan.

Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.

Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik. Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.

Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.


P/S : Sesuatu kelainan yang dilakukan IDW melalu koleksi buku ini ialah penggunaan imbasan QR Code. Sesuatu yang unik, dan jarang dijumpai!


DAPATKAN "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN BOOK PERTAMA DI MALAYSIA SEKARANG!

RAYA PROMO RM 397 (HARGA ASAL: RM2897)
https://idw.design/idw-collection-design/

best interior design in malaysia 

house interior design in malaysia 

interior design in malaysia

interior design in selangor

interior design in shah alam

idw design & build

interior design kuala lumpur

interior design firm in malaysia

top interior design in malaysia

top interior design in selangor

top interior design in shah alam

home interior design

minimalist house design

modern house interior

boho room decor

bohemian decor

contemporary interior design

house interior design in selangor

aesthetic bedroom

living room design

bedroom interior design

free interior design

Interior design bumiputra

outdoor decor

famous interior designers

famous interior designers in malaysia

art deco interior design

3d room design

decoration design

interior design company in malaysia

interior design company in selangor

interior design company in shah alam

interior design near me

 

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.