by
11/24/2019 09:34:00 PM
1 Pengkritik
Mari Dengar
Pengalaman Seorang Ayah
Review
Story Of A Young Boy
Pada 17 November yang lalu, bertempat di Sunway Medical Center, Bandar Sunway, saya sempat menyertai satu sesi perkongsian yang agak berguna juga sebagai seorang ayah, dan juga kami suami isteri.
Since boleh bawak isteri dan anak-anak, kami ambil kesempatan ini untuk join dan dengar sesi perkongsian yang menarik dan agak kena jugakla dengan perangai anak-anak kami ni.
Dengan kakak yang makan macam nak tak nak je, pastu ada 1 tajuk ni yang agak menarik gak, bagaimana nak keluarkan potensi diri yang terbaik untuk anak kita. So nak tau apa yang ingin saya kongsikan?
Jom tengok antara gambar dan ilmu yang boleh saya kongsikan sepanjang pengalaman saya menyertai sesi perkongsian yang penuh ilmu ni. Oh ya, pendaftaran untuk ke sesi ilmu ni hanya RM20 je, dan sebenarnya dah berlangsung sejak 2-3 tahun lepas, cuma sambutannya yang kurang memberangsangkan membuatkan penyertaan sesi lepas tak semenarik sesi tahun ini,
Program yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 2 petang ni sebenarnya ada diselitkan juga dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang lukisan tercantik yang terpilih dari sekolah-sekolah tertentu seperti Real Kids dan lain² yang diberi nama "Mini Picassos Appreciation Ceremony". Siap dapat hadiah plaque berupa bekas lukisan dan anak patung dari Nippon Paint!
Ya, korang dengar dengan betul, Nippon Paint taja program ni dan siap ada booth khas kalau korang tangkap gambar dan kongsi di media sosial berserta hashtag yang diberi, korang akan dapat barangan istimewa dari Nippon Paint seperti tabung, penutup muka dan buku cerita yang sesuai untuk anak-anak ni tau!
Oh ya, tapi gambar di atas ni kami tak dapatla anak patung Blobby Nippon Paint tu. Kalau la dapat, mesti hepi adik beradik dua orang ni.
Sesi dimulakan dengan ucapan oleh ucapan pendahuluan daripada Datin Wong Meng Lee, Assistant General Manager - Marketing Nippon Paint (M) Sdn. Bhd. dan diteruskan dengan penyampaian hadiah pertama untuk kumpulan pertama pemenang peraduan lukisan antara tadika.
Sesi perkongsian pertama dimulakan oleh Dr. Cham Weng Tarng (Consultant Paediatrician) dengan tajuk "Mengurus 5 Penyakit Umum Yang Selalu Dihadapai oleh Kanak-kanak"
Antara ilmu yang ingin saya kongsi dari sesi ini adalah tentang penyakit HFMD, demam, infeksi influenza, demam denggi dan cirit-birit.
1. Punca sakit ni boleh terjadi.
2. Bagaimana nak cegah.
3. Apa peranan ibu-bapa untuk mengelaknya?
Korang boleh tengok pada kompilasi gambar di bawah.
Sesi perkongsian seterusnya agak menarik, iaitu "How to Handle Picky Eaters - What Parents Can Do" atau dalam bahasa melayunya, bagaimana sebagai ibu-bapa, cara untuk kita mengawal anak yang memilih dalam pemakanan mereka. Sesi ini dikongsi oleh Dietician Manager, Celeste Lau.
Daripada saya cerita panjang lebar, jom kita kongsi dengan gambar la, so lebih terang, lebih mudah untuk difahami.
P/S : Makanan tengah-hari yang dihidangkan sedap wei! Tak rugi kalau join RM20 je, dapat ilmu, makan tengah-hari free lak tu.
Sesi petang disambung dengan tajuk kepentingan pengudaraan yang bagus "Why is Indoor Air Wellness Important?" dan juga bagaimana nak keluarkan potensi yang terbaik dalam diri anak-anak (How to Bring Out the Best Potential in Your Child".
Dan sesi diakhiri dengan penyampaian Top 20 pertandingan lukisan antara tadika terpilih.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada The Parenthood Magazine kerana sudi menjemput seorang ayah yang mentah ini untuk menghadiri sesi ilmu dan perkongsian yang amat bermakna dan bagus sekali!
Tolonglah jemput saya lagi untuk sesi lain.. Setiap ilmu itu berharga wooooo!
1 Pengkritik:
Saya memang suka pergi event macam ni.. Boleh dengar sharing session from other guys
Post a Comment