Kecil, Kompak, Bersaiz Tapak Tangan & Boleh dibawa di dalam POKET sahaja??
DASHING Anytime EDT yang
terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di
bawa ke mana sahaja. Bentuknya direka khas untuk poket anda seperti kad kredit
yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja.
Inilah pewangi terbaru daripada Dashing, dengan 4 jenis yang bakal membuatkan anda rasa, mana 1 saya nak letak dalam poket ni??
Rekaan pek DASHING Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa
kini hadir dalam empat variasi unik – Cool, Active, Hattrick and Ultimate Kick.
Untuk yang biasa memakai Dashing, 2 bauan ini mungkin tidak lagi asing bagi anda
1. Cool
· Haruman maskulin ini merupakan takrifan
identiti dan daya penarik. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan
menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai
nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool”
secara semulajadi dari dalam dirimu.
p/s : Baunya lebih kuat dan lebih lama.
2. Active
· Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari
kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului
dengan semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan
Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.
Taukah anda yang korang boleh memenangi percutian ke Manchester menyaksikan perlawanan Manchester City pada 2018 dengan hanya membeli Dashing ANYTIME EDT terbaru ini??
p/s : Hattrick ANYTIME EDT bau dia lebih lembut dan natural
1. Ultimate
Kick
Wangian dicipta untuk jaguh,
menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki
moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan
dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga,
vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.
2. Hattrick
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick
menyemarakkan
semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan
unik kesegaran epal
sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.
Dijual pada harga RM7.00, DASHING Anytime EDT 18 ml boleh didapati di
semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh Malaysia.
Jadi manakah pewangi Dashing pilihan anda untuk memikat hati si-dia?? Saya?? Tentunya saya memilih ANYTIME EDT versi Manchester sebab isteri lebih suka... hehehe...
1 Pengkritik:
Sangat comel saiz botol-botol ni.. senang nak simpan
Post a Comment