The Foreigner - A Must Watch Movie!

by 9/28/2017 11:46:00 PM 0 Pengkritik
Sponsor : Golden Screen Cinemas
Tarikh : 27 September 2017
Tayangan Malaysia : 30 September 2017
Lokasi : GSC One Utama
Genre : Thriller / Action
Rating : ★★★

Never Push A Good Man Too Far

Sebuah cerita yang boleh saya katakan wajib tonton di pawagam sebaik sahaja tayangannya di seluruh malaysia pada 30 September ini.

Mengisahkan seorang ayah yang secara tiba-tiba kehilangan anak perempuannya sekelip mata dalam 1 insiden letupan pengganas. Akibat kesedihan yang melampau diselangi dengan kisah silamnya, Quan bertekad untuk mencari dalang disebalik pengeboman yang mengorbankan anaknya.

Dari Kota London ke kota Ireland, dari mengacau komander perisikan UK sehingga mengganggu kehidupan timbalan perdana menteri Ireland, pelbagai cara dilakukan olehnya dalam misi mencari pengebom yang bertanggungjawab.

Dari seorang pemilik restoran masakan cina kepada tukang paip mampukah Quan mencari pengebom anaknya? Dan mampukah Quan menyelamatkan dirinya atau membunuh dirinya di akhir cerita??

Sebuah cerita yang tidak terlalu berat, tidak terlalu banyak cakap dan sangat santai serta penuh aksi dan anda akan selalu bercakap "Ughhh" "Wooo" "Wow!" "Aduhhh" dalam babak-babak tertentu. Penuh dengan penceritaan yang menarik, dari kisah silam Quan kepada cara bagaimana Quan mencari pengebom disebalik letupan itu.

Seawal penceritaan anda akan fikir seperti ni mesti biasa-biasa, tetapi babak dalam 5 minit kemudian terus membawa kepada aksi yang membuatkan si naga yang dahulunya tidur kembali terjaga. Boleh dikatakan tiada rasa bosan walau sekalipun sepanjang jalan cerita dari awal sehingga ke akhirnya. 

Nantikan 30 September ini dan saksikannya di pawagam berhampiran anda!

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.