Orang kata, kepulangan selalunya disambut dengan perubahan yang lebih menarik, dan ya, ianya berbaloi untuk kembali
Kenapa?? Sebab pertama kali kedatanganku ratingnya tidak berapa baik tetapi kali ini bagaimana??
Jom tengok post lama dan apa kataku untuk kali ke-2
Kedai : Philtre Coffee
Lokasi : Jalan SS21/35, Damansara Utama
Waktu Perniagaan
8AM - 12AM (Ahad - Khamis)
8AM - 1AM (Jumaat - Sabtu)
Kali ini, perubahan di dalam kedai itu sendiri, hiasan dalaman dan pilihan pada menu amat berbeza berbanding pengenalan pertamaku
Sebelum tu ingin saya mengucapkan terima kasih kepada en. Victor atas layanan terbaik untuk kami Kiple Squad mencuba menu-menu yang tersedia dan seterusnya berkongsi kepada rakan-rakan dan yang lain.
Maaf sebab terpaksa pulang awal dan tengok macam tiap sorang yang hadir dapat hadiah istimewa dari En. Victor. Bertuahnya korang!!!
Jom kita mulakan dengan menu makanan pertama yang dihidangkan kepada kami
Menu : Grilled Octopus Pamelo Salad
Harga : RM15
p/s - Saya makan sotong je sebab saya bukan peminat salad
Rating : ★★★☆☆
Untuk peminat salad, mungkin ini antara makanan yang patut anda cuba, tapi seperti saya yang jenis KARNIVOR, saya skip.. Maaf.
Sebelum kita teruskan dengan menu lain, jom saya perkenalkan antara menu kegemaran pilihan ramai yang agak laris jualannya dan saya akan rate dari No. 1 patut anda cuba sehingga pilihan seterusnya.
No.1 Menu Terlaris Patut Anda Cuba!!
Menu : Soft Shell Crab with Salted Egg Butter Milk
Harga : RM18
p/s - Setanding rasa pertama kali saya mencuba ketam kulit lembut terkenal di Terengganu yang pernah masuk rancangan Jalan Jalan Cari Makan
Rating : ★★★★★
Tengok pun dah rasa terliur kan??? Belum rasa lagi!! Seperti nak tambah 1 kali lagi tetapi kalau rasa tiada fulus, jangan berangan ok sebab makan kena apa?? Berhenti sebelum kenyang ye kawan-kawan
No. 2 Menu Sarapan Pagi Kegemaran Rakyat Malaysia
Menu : Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah
Harga : RM16
Rating : ★★★★☆
Antara menu yang menjadi pilihan ramai pelanggan yang datang ke sini untuk bersarapan
No. 3 Menu Sarapan Pagi Kegemaran Rakyat Malaysia
Menu : Nasi Lemak Daging Rendang
Harga : RM16
Rating : ★★★★☆
Tak perlu untuk anda menunggu sehingga Hari Raya Aidilfitri untuk menyiapkan rendang, tetapi tunggu sahaja di Philtre Coffee untuk anda merasa suasana rendang yang sedap.
No. 4 Menu Pantai Timur
Menu : Nasi Kerabu Dengan Ayam Percik Panggang
Harga : RM16
Rating : ★★★★☆
Untuk saya yang tak berapa suka makan Nasi Kerabu, mencuba rasanya membuatkan menu ini, dan tempat ini terpahat di memori deria rasaku.
4 menu, 4 citarasa Malaysia yang perlu anda cuba. Tapi ianya tak berhenti di situ sahaja, kami juga dihidangkan dengan pilihan menu barat bagi mereka penggemar spageti dan seangkatannya.
Menu : Chilies Seafood Aglio Olio
Harga : RM18
Rating : ★★★★☆
Disebabkan masakannya yang agak berminyak mengurangkan tesktur rasa kesedapan sepertimana Aglio Olio lain yang pernah saya cuba.
Menu : Grilled Salmon dengan Asam Pedas Peranakan
Harga : RM17
Rating : ★★★★☆
Rasa salmon yang dipanggang lain dari yang lain dan mungkin ada yang tidak menyukainya tapi bagi saya, cukup rasanya untuk mendapatkan 4 bintang.
Menu : Cheese Wantan
Harga : RM10
Rating : ★★★★★
Untuk penggemar wantan, dumpling dan masakan berunsurkan cina, ianya antara menu yang wajib diulangi makannya jikalau anda betul-betul lapar dan masih berbaki dalam dompet dan memenuhi perut anda.
Menu : Hail Berry Waffle
Harga : RM17
Rating : ★★★☆☆
Antara menu yang menjadi perbualan, pertukaran pendapat dan perbincangan hangat antara kami dan En. Victor untuk memperbaiki lagi mutu dan kualiti waffle supaya berlainan dan setanding dengan restoran yang lain.
p/s - Mereka mempunyai tempat letak uncang atau serbuk teh yang agak menarik dengan pelbagai bentuk dan rekaan.
Selain teh, mereka juga menyediakan kopi yang merupakan antara minuman utama yang dihidangkan sesuai dengan nama kedainya dan kami juga telah ditunjukkan cara-cara kopi dibuat melalui proses penapisan.
Bukan hanya kopi, Aiskrim pun turut sama ada dijual dan terbahagi kepada yang beralkohol dan juga tidak beralkohol. Seeloknya jikalau anda seorang muslim, pilihla yang tidak beralkohol supaya tidak timbul ragu-ragu dan syak wasangka ye kawan-kawan.
p/s : En. Victor kata harga mungkin akan dirujuk semula memandangkan perniagaannya yang semakin berkembang dan akan dikenakan GST.
Tapi jangan risau, walau apapun, kami harap kualiti dan mutu makanannya tetap akan kekal dan membuatkan pelanggan untuk datang kembali dan duduk semeja merasa kesedapannya.
0 Pengkritik:
Post a Comment