Justice League - Permulaan yang belum sempurna

by 11/16/2017 02:06:00 AM 0 Pengkritik
Sponsor : HUAWEI
Tarikh : 15 November 2017
Tayangan Sebenar : 16 November 2017
Lokasi : TGV KLCC
Genre : Adventure / Action
Rating : 4/5

P/S : NANTIKAN SEHINGGA AKHIR KERANA ADA 2 KREDIT TAMBAHAN DALAM PERKEMBANGAN CERITA INI NANTI

Terima kasih diucapkan kepada Huawei atas jemputan tayangan perdana Justice League yang amat ditunggu-tunggu untuk peminat adiwira ini.

Sinopsis

Apabila bumi berada dalam ancaman bahaya akibat 3 kotak kuasa yang boleh mengubah nasib penduduk bumi, 5 orang ditambah dengan 1 yang belum tentu pasti bangun dalam mempertahankan serta menyelamatkan umat manusia.

Kisah bermula dengan usaha Batman a.k.a Bruce Wayne dalam mencari sekumpulan pahlawan untuk dikumpul bersama mempertahankan bumi dari sejenis makhluk jahat yang menggelarkan diri mereka DARKSEID! 

Batman, Wonder Woman, Aquaman, The Flash & Cyborg dibantu oleh Alfred bersatu melawan anasir jahat dalam mempertahankan bumi daripada musnah.

Mampukah mereka dapat berkumpul menjadi 1 kumpulan Adiwira yang dipanggil Justice League? Adakah Superman akan muncul kembali memainkan watak penting dalam perkembangan cerita ini?

Semuanya akan terjawab dalam penceritaan lebih kurang 1jam 45minit.

Apakah pendapat saya tentang cerita ini??
Jikalau anda sudah membaca beberapa artikel ulasan tentang Justice League, anda mungkin akan setuju dengan apa yang mereka katakan selepas menyaksikannya sendiri.

Kenapa 4 bintang??

1. Jalan cerita lebih banyak lawak pada permulaan 45 minit sebelum masuk ke babak berlawan.
2. Lebih menekankan watak Wonder Woman jikalau anda dah tengok dan baca ulasan dari laman yang lain.
3. Watak Batman seperti kaku dan hanya tangkap muat seperti kurang menyerlah berbanding ceritanya yang sebelum ini iaitu Batman vs Superman.
4. Aksi berlawan kurang dan kurang fokus pada perkembangan watak sampingan lain seperti Aquaman, The Flash dan Cyborg.
5. Jikalau anda membaca ulasan di laman-laman sesawang lain, anda akan lebih setuju yang Wonder Woman lebih menyerlah dan menjadi penyeri jalan cerita.
6. Kredit tambahan amak baik jika nak dibandingkan dengan Thor Ragnarok dan mungkin boleh melonjakkan bintang dari 4 ke 4.5.
7. OST yang agak menarik dan catchy kena dengan babak dalam setiap penceritaan.
8. Mengharapkan movie seterusnya dari DC akan lebih baik serta dapat melawan Marvel Avengers.

Apa kata anda pula???

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.