Jadi, sempena hari kelahiran ke-5 Lazada, percayakah anda, Lazada yang kecil baru 5 tahun ni pun ada buat jualan sehingga 90% wei!! Jom kita terjah dan temuduga dengan Lazada dan apa yang ingin diperkatakan oleh Lazada sempena hari kelahirannya yang ke-lima
Apakah yang anda suka tentang Lazada Malaysia?
Kalau anda tanya saya, kenapa saya suka Lazada... kenapa?? Hurmmm...
Sebagai seorang bapa, jurutera, kaki gamers, kaki berjalan, jurugambar dan banyak lagilah, dengan Lazada, saya mempunyai banyak pilihan untuk membeli-belah hanya dengan 1 klik di tangan, dan wallaaaa... Esoknya barang dah sampai. Laju kan??
Untuk menyimpulkan ayat di atas, senang cerita, saya suka dengan Lazada kerana :
i. Harga yang membuatkan anda menelan air liur dan kadang kala tanpa berfikir dua, tiga kali, yang anda tahu, anda dah terbeli barang itu... Sungguh dahsyat penangannya.
ii. Tak perlu risau duit minyak, jalan jem dan beratur panjang sebab dengan sekali klik, anda dah jimat ketiga-tiga kriteria ni.
iii. Pilihan yang pelbagai dan komen dari pembeli dan pengguna yang membantu keputusan pembelian akhir.
Ok. cukup dulu 3 sebab di atas. Kalau sebut banyak-banyak, sampai esok pun tentu tak habis lagi.
Tiga Produk Utama dipilih dari Lazada Malaysia (3 Produk Pilihan Ku)
i. MamyPoko Pampers
Sebagai seorang bapa yang gemar mengembara dan melihat dunia, keinginan untuk berjalan bersama dengan anak dan isteri sudah pasti akan menjadi 1 impian yang perlu dikecapi. Tetapi, untuk mengembara bersama si kecil, pastinya persalinan pampers yang lebih selesa dan mudah akan menjadi pilihan saya dan isteri.
Sebenarnya, anakku Alia sudah pun mencuba pampers MamyPoko sebelum ini dan nak tau apa reaksinya?? Bolehla tengok pautan post blog di bawah. Yang pasti, si kecil sangat gembira dan kurang ragamnya.
ii. Sony Playstation 4 Slim PS4
Gamers sejati tak main permainan melalui telefon pintar, tetapi gamers sejati lebih banyak menghabiskan masa untuk berada di hadapan TV/Laptop/PC dengan konsol permainannya.
Hasrat saya untuk memiliki PS3 sebelum bermain PS4, tapi apakan daya, keinginan yang membuak-buak membuatku lebih memberi tumpuan untuk memiliki PS4.
Maafkan saya sayangku, tapi kalau boleh, saya nak PS4 sebagai hadiah hari lahir boleh?? Hehhehe
iii. Garmin Fenix 5S
Sebagai seorang pendaki bukit dan gunung, seorang pelari marathon dan juga peminat sukan lasak, tentunya, memiliki jam pintar terkini yang bukan sahaja boleh membuatkan anda menjadi lebih sihat, tetapi juga membuatkan anda terasa seperti GAYA, MUTU Dan KEUNGGULAN.
Walaupun harganya akan membuatkan diri saya terfikir, berbaloi ke menghabiskan gaji sebulan kerje untuk jam ini??
Jawapannya : "Berbaloi-baloi"
Tetapi nanti tunggulah, berbaloi lah telinga saya mendengar setiap leteran dari isteri tersayang... hahaha.
Bagaimana caranya anda fikir Lazada Malaysia boleh memperbaiki kelemahannya?
1. Asingkan dan tapiskan penjual-penjual dan produk bagi menjamin kualiti produk dan harganya
- Kebanyakkan produk yang murah kadang-kalanya kualiti tidak sebagus yang diletakkan dalam petak informasi.
2. Menambah-baik polisi penjualan bersama vendor dan penjual lain bagi melindungi hak pengguna dan pembeli.
- Sesetengah penjual menjual barang demi mengaut keuntungan di atas langit tetapi kualiti dan barang yang sampai kepada pengguna tidak sama dengan yang digambarkan.
3. Reaksi dan pandangan pengguna sebenar dan barangan serta produk yang mereka inginkan dan selalu beli.
- Kadangkala, ada produk yang mereka inginkan untuk dibeli di Lazada Malaysia, tetapi malangnya tiada dan kadangkala, ada produk yang mereka selalu beli tetapi harganya melambung lebih tinggi daripada yang dijual di luar dan pasar raya.
Jikalau dengan 3 penambahbaikan ini dapat dilaksanakan secara berperingkat, saya pasti, ramai akan lebih memilih Lazada Malaysia dan kurang menggunakan pesaing-pesaing yang sedang tumbuh bagaikan cendawan.
Apakah ucapan hari lahir kepada Lazada Malaysia?
Kepada Lazada Malaysia, selamat masuk Tadika, dah umur 5 tahun, bolehla lepas ni belajar ABC rajin-rajin ye. Jangan nakal-nakal dan menggatal nak cari teman wanita di usia muda ni, kalau boleh, berilah diskaun dan voucher serta kupon yang lebih mengasyikkan supaya kami tak kacau Lazada sewaktu sesi persekolahan naaa.
Akhir kata, Selamat Hari Lahir Lazada Malaysia dan selamat ulangtahun kelahiran yang ke-5, jangan lupa tiup lilin dan beli kek naaa.
0 Pengkritik:
Post a Comment