Suka makan makanan berasaskan dan berupa seperti anda berada di Korea Selatan??
Dengan Kiple, impian anda bakal menjadi kenyataan. Bagaimana??
1. Download aplikasi "KIPLE" dengan menggunakan referral code "putra87"
*Kenapa guna referral code?? Sebabnya anda akan dapat RM10 dan saya juga akan dapat RM10. Berbaloi-baloi!
2. Beli "SPECIAL DEALS" seperti di bawah. (2 harga kupon pilihan)
* 2 Harga kupon yang ditawarkan, RM50 dan RM100 tetapi apa yang istimewanya, anda hanya perlu membayar sama ada RM38 atau RM75 seperti di atas.
Dah beli, mesti nak cuba dan pergi menjamu selera bukan? Apa menu yang ada? Di mana tempat yang menawarkan tawaran diskaun semenarik ini?
Jom baca apa yang ingin saya kongsikan tentang makanan, tempat dan aplikasi Kiple yang akan digunakan bersama.
Restoran : BBQ Chicken Malaysia
Tempat : Unit No. 6A-1, Jalan SS6/6, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Perniagaan : 11 pagi - 9.30 malam
Rating : ★★★★★
Cara Bayaran : Kupon Kiple RM50 + Duit RM 21
Sebelum saya memperkenalkan pilihan makanan dan menu yang disajikan, ingin saya tegaskan dan beritahu bahawa tempat untuk ke BBQ Chicken @ Kelana Jaya ini agak terpencil dan mungkin anda akan terlajak dan tak perasan yang restoran ini wujud.
Petunjuk ke BBQ Chicken @ Kelana Jaya
1. Jalan ke Pintu masuk utama Giant Hypermarket Kelana Jaya dan Shell
2. Bersebelahan restoran makanan cina terkenal di Kelana Jaya
Saya tak tahu kenapa BBQ Chicken @ Kelana Jaya dibuka di kawasan ini, tetapi apa yang dapat disimpulkan adalah kemungkinan tarikkannya untuk para pekerja di syarikat hadapan dan juga berdekatan dengan hotel dan kedai mamak yang memberi pilihan kepada mereka yang menginap di hotel sepanjang baris kedai itu.
Sebelum kita pilih makanan apa untuk dihadam, marilah kita belajar serba sedikit sejarah pembukaan BBQ Chicken Malaysia.
Dah tahu sejarah, apa lagi, jom la kita makan!!!
Korean Premium Tea : Citron Honey |
Untuk permulaan perjalanan memenuhi nafsu makan yang membuak-buak, saya memilih Teh Eksklusif daripada Korea, Citron Honey sebagai pembasah tekak sebelum kita bermula dengan pembuka selera.
Teh yang bercampur lemon, madu sesuai diminum ketika musim hujan seperti sekarang, mungkin ada antara anda yang ingin mencuba teh yang berbeza, dan jangan risau, kerana ada 3 pilihan teh lagi seperti di bawah :
1. Aloe Honey
2. Ginger Honey
3. Jujube
Harganya agak berpatutan juga dengan harga yang ditawarkan iaitu RM7.90 secawan
Seterusnya pembuka selera pilihanku
Pane Cream Pasta |
Dengan tanda harga RM24.90, rasa pasta dengan roti sungguh tidak mengecewakan! Semestinya salah 1 menu yang perlu anda semua cuba dan rasa!
Dan sebagai penutup selera, saya telah memilih BBQ Chicken Combo 2 berharga RM27.90 yang mengandungi ayam seperti di bawah :
1. 6 ketul ayam Basakhan (Crispy)
2. 6 ketul ayam Gangjeong
Memandangkan ini kali pertama saya mencuba makanan korea selatan di restoran korea dan yang lebih menumpukan menu tertentu, saya memberinya 5 bintang atas servis yang mesra, pembayaran dengan Kiple dan duit yang senang dan mudah serta suasana kedai yang agak tenang, selesa dan menyegarkan.
Keseluruhan harga untuk ketiga-tiga menu diatas ialah RM70.80sen, RM50 dibayar menggunakan aplikasi Kiple manakala baki RM21 dibayar menggunakan wang dari dompet.
Oh ya, Pembayaran menjadi lebih mudah dengan Kiple dan nampak peralatan yang digunakan seperti anda ingin membuat pembayaran melalui kad kredit tetapi sebenarnya, hanya perlu scan barcode sahaja!
*P/S : saya pernah mencuba makanan dari Korea semasa latihan 2 minggu bersama Samsung.
Pasti anda tertanya, mana menunya?? Tunggu kupasan khas seterusnya untuk BBQ Chicken Malaysia serta menu yang terdapat dan pilihan makanan yang disajikan.
0 Pengkritik:
Post a Comment