Pernah dengar Bukit Batu Putih atau Cape Rachado?
Bagi seorang hikers, atau pendaki, nama ini pasti tidak asing bagi mereka tapi bagi mereka yang baru berjinak dengan dunia bukit dan gunung, Bukit Batu Putih bolehla dijadikan sebagai salah satu tempat pendakian yang perlu anda pangkah dalam pilihan bukit yang ada di Semenanjung Malaysia bukan hanya kerana pemandangan yang cantik, tetapi jarak perjalanan ke puncak yang singkat. Senang kata, singkat tetapi cantik
Antara soalan yang akan anda tanya tak kisahla bagi mereka yang baru berjinak, dah lama berjinak atau baru nak pergi mendakinya, dimanakah Bukit Batu Putih?
Petunjuk arah ke Bukit Batu Putih adalah seperti berikut
1. Rumah Api Tanjung Tuan
2. Tanjung Tuan
3. Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan
4. Cape Rachado
5. Hutan Rekreasi Tanjun Tuan
6. PNB ilham Resort
Kenapa singkat tetapi cantik?? Sebab perjalanan dari pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan menuju puncak hanya memakan masa sekurang-kurangnya 20-30 minit sahaja.
*Anda perlu membayar duit RM1 kepada renjer hutan (Nak naik tempat terjaga, jangan kedekut bayar duit seringgit je)
Selepas penat mendaki (30 minit je ulang-alik puncak ke starting point), bolehla anda singgah sebentar bergambar di Rumah Api Tanjung Tuan atau lebih dikenali sebagai Cape Rachado.
Untuk mereka yang tak tahu dimanakah Tanjung Tuan, ianya terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Anda boleh ke sini melalui lebuhraya Port Dickson dan perjalanannya akan melalui kem askar Pusat Latihan Armor Diraja Malaysia.
Jom tengok perjalanan kami dan juga pemandangan yang anda akan saksikan apabila tiba di puncak nanti. (Abaikan gambar yang bergegar dan tak jelas ok).
Sebelum anda melalui denai hutan, anda akan mendaki jalan tar sekurang-kurangnnya 10minit sebelum menuju jalan masuk melalui hutan. Perjalanan anda akan mendaki, dan menurun sedikit tetapi lebih releks sebab perjalanannya yang landai dan tidak banyak cabaran. 10-15 minit kemudian, anda akan sampai ke destinasi yang dituju, Puncak Bukit Batu Putih.
Cantikkan pemandangan di atas??
Beginilah saya bergambar bersama rakan sekerja dari Samsung.
Teringin mendakinya?? Tunggu dulu, bukan pemandangan lautan membiru dan angin sepoi-sepoi bahasa yang menghiasa pemandangan anda tetapi anda juga boleh melihat keindahan alam serta Cape Rachado yang terkenal dengan Rumah Apinya.
Nak lebih pemandangan?? Apa kata anda sendiri mendaki menuju puncak dan tangkaplah sebanyak gambar yang boleh.
P/S : Mendaki Bukit dan Gunung di Malaysia sekarang dah seakan satu trend untuk remaja sekarang dan jangan mengharap puncak itu akan sikit jumlah pelawatnya dan berharaplah ianya akan seramai anda pergi membeli-belah di pusat beli-belah di sekitar Malaysia.
0 Pengkritik:
Post a Comment