The Mandalorian - Pilihan Penstriman Pertama Disney+ Hotstar

by 6/01/2021 11:08:00 PM 10 Pengkritik
Secara rasminya, Disney+ Hotstar strim secara langsung di Malaysia bermula 1 Jun 2021

Dengan pakej langganan RM54.90 untuk 3 bulan, pada saya, ianya amat berbaloi buat masa ini.

Sebelum kita cerita apa yang buat saya rasa berbaloi langgan, apa rancangan siri TV atau Filem pertama yang anda tonton seusai klik langgan?

Pilihan striman pertama saya ialah "THE MANDALORIAN".

Sebagai peminat quadrologi (Tak tau nak sebut sebat dah sampai siri ke8) Star Wars, tentunya siri yang pada awal pembukaan Disney Plus di Amerika pasti menjadi pilihan utama saya.

Baru je selesai menonton Episod 1, jalan cerita yang agak menarik walaupun permulaannya agak perlahan, tetapi diakhiri dengan suatu pengakhiran ke episod 2 yang makin menarik. Nak tau apa jadi? Korang kena tonton laaa.. Apa lagi!

Berbalik pada tajuk asal, kenapa saya rasa ianya berbaloi buat masa sekarang:

1. Pilihan TV siri dan Filem yang banyak dan menarik.

* Terutamanya dari Marvel dan Disney yang tak dapat kita tonton di laman penstriman lain seperti Netflix boleh didapati di sini.
*Alternatif kepada Netflix sementara tak banyak siri dan filem menarik yang disiarkan di Netflix buat masa ini.
*Siri TV yang sebelum ini perlu melanggan dengan menggunakan VPN, sekarang boleh ditonton di Malaysia!
*Iflix pun dah tak menarik sejak siri KL Gangster berakhir.


2. Harga RM54.90 untuk 3 bulan.

* Netflix untuk langganan premium, RM55 sebulan.
* RM54.90 jika dipecahkan kepada bulanan, korang hanya perlu bayar dalam RM18.30 sahaja.
* IFlix langganan murah, tetapi pilihan rancangan yang kurang.

Bagi saya, 2 ni dah cukup untuk saya melanggan. Ada juga baca review dan komen tentang Disney+ seperti siaran HD sahaja tapi pada saya, ianya dah cukup sebab saya layan pun dengan telefon pintar dan laptop sahaja.

So apa pendapat korang? Ada yang dah langgan? Apa siri pertama yang korang layan?

Share la sikit dengan saya... :D

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

10 Pengkritik:

Rawlins GLAM said...

Masih lagi berkira-kira sama ada nak subs ke tidak, sebab kebanyakan movie dah berjaya tengok dah. Haha. Tapi sangat-sangat menarik tawaran yang disediakan tu.

Ruby said...

RM54.90 untuk 3 bulan murah juga ni. I like. Netflix premium bleh 5 akaun. Akak share akaun ngan mak akak di kampung. 4 lagi ngan adik beradik. Pastu akak baru unsubscribe iQiyi dan VIU. Nak cubalah Disney+. Bleh repeat tengok cerita princess.

Hafiz Hafizol said...

Yang nie boleh share device gak ke? jom lah share sesama hahaha..

Fadima Mooneira said...

Wah.......dah leisure dgn Disney Hotstar dah. Awesome! Saya masih blum lagi tengok any movies on Disney Hotstar. Insya'Allah ia akan jadi hiburan time i leisure after vaccine this Friday. hehehehehehehe........

Ummi | Ummi Goes Where? said...

Berbaloi juga ya harga tu untuk 3 bulan. Bagi orang yang minat genre ni memang sesuai sangat la langgan untuk musim lockdown ni.

AyuArjuna BiGoshh said...

Menarik pakej yg ditawarkan terutama time pandemik ni anak2 akan berada lama di rumah

Alia Farhan said...

Murah la kalau rm54.90 tu utk 3 bulan kan... Akak dekat rumah mmg xda astro... So mmg melayan netflix ja la.. Boleh la consider tambah ni lagi satu 😝

Sis Lin said...

Ini kalau anak Sis tau, memang langgan lerr, tapi tak tau le kalau 3 beradik tu dah melanggannya, sebab mereka je pakar benda gini..Omak tukang tonton aje.. sebab anak-anak yang ada di netflix di HP, Sis tgk kat tv jer hahahah

Nadia Johari said...

Bgus sangat sebab diapa suka cerita disney mesti nak langgan kan. Lagi utk anak2.. Murah pulka tu untuk 3 bulan

Kitkat Nelfei said...

Macam excited pulak nak subscribe to this channel for now.. berbaloi juga for 3 months...

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.