Pengalaman Seorang Ayah : International BabyWearing Week 2019

by 11/10/2019 05:19:00 PM 1 Pengkritik
Pada sabtu lepas, 2 November 2019, berkesempatan mendapat pengalaman sebagai seorang ayah ke event yang jarang diketahui ramai, iaitu International BabyWearing Week 2019


Bertempat di The School, Jaya One, 1 majlis yang agak menarik juga untuk dihadiri, minggu antarabangsa bagi menyokong pemakai-pemakai pendokong bayi di badan.

Sepanjang perjalanan yang bermula dari jam 9.30 pagi sehingga ke lewat petang jam 5.

Sebenarnya pelbagai lagi yang menarik untuk disaksikan, tetapi kerana kekangan masa, saya hanya sempat menghadiri sesi pagi hingga tengah hari, namun bagi saya, ianya amat bermakna dan berguna untuk seorang ayah dengan ceramah dan perkongsian dari panel² yang berwibawa dan juga ada perkongsian cara membuat sabun tau!

Kalau korang nak tengok lebih lanjut, boleh tengok ringkasan video yang teman buat sepanjang perjalanan majlis yang sempat dihadiri.


Selain itu, ada juga gerai-gerai jualan kecil yang dibuka khas untuk pendokong majlis ini serta untuk para penaja. 

Sesi pagi jam 10.15 pagi dimulakan dengan perkongsian cara dan helah macam mana untuk mereka yang menggunakan pendokong badan bayi dan juga cara yang sepatutnya kita pakai untuk memberi keselesaan bukan sahaja kepada ibu atau ayah yang membawanya, malah untuk bayi juga.

Selepas sesi perkongsian oleh Elvinna Shah, perkongsian seterusnya oleh Child Passenger Safety Malaysia tentang undang-undang kerusi keselamatan untuk kanak-kanak yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2020.


Satu perkongsian yang agak menarik yang perlu saya kongsikan seperti dibawah :

1. Maksimum kerusi keselamatan kanak-kanak yang ditanggung insurans dan dibenarkan hanya 2 sahaja.
2. Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang ketiga adalah dibawah tanggungan sendiri jika berlaku sebarang kemalangan.
3. Kedudukan sebenar yang sepatutnya diamalkan untuk kanak-kanak bawah 2 tahun adalah dengan mukanya menghadap ke kerusi.
4. Anak yang paling bongsu diberikan keutamaan untuk duduk didepan sekali, manakalah yang dibelakang sepatutnya untuk anak yang seterusnya.
5. Buat masa ni, tiada penguatkuasaan yang tegas untuk cara-cara pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak, namun, apa yang ingin JPJ dan Polis lihat adalah pemasangan kerusi keselamatan kanak-kanak akan menjadi wajib untuk mereka yang mempunyai anak-anak dibawah umur 6 tahun.
6. Untuk geografi Malaysia, kerusi keselamtan kanak-kanak dari eropah adalah yang paling sesuai keranan Malaysia mengadaptasi dan menggunakan undang-undang seperti di eropah.

Perkongsian seterusnya adalah sesuai untuk ibu-ibu mengandung tentang cara yang bagus untuk melahirkan anak dan bagaimana untuk melaluinya dengan keadaan dan emosi yang tenang.

Sesi pagi diakhiri dengan cara membuat sabun oleh Lembah Barakah Organic Orchad.

Di sesi petang pula, kita ada jadual seperti dibawah

Namun, kekangan masa membatasi untuk saya menghadiri sesi sepanjang hari. Tapi apa yang dapat disimpulkan, ianya 1 majlis yang agak menarik lebih-lebih lagi untuk saya sebagai seorang bapa.

Apa pun, saya menantikan untuk majlis yang sama pada tahun hadapan dan berharap lebih menarik lagi perancangan yang akan dikongsikan dan juga perjalanan majlis yang menarik.

Oh ya, tak lupa juga, ada sesi percubaan memakai pendokong bayi tau yang disediakan di sudut belakang pentas untuk mereka yang ingin mencuba, dan membelinya untuk anak-anak mereka.

Terima kasih dicuapkan kepada The Asian Parent atas jemputan ini dan eden dapat menang 500 point wei!

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

1 Pengkritik:

Ikhwan said...

Nampak menarik event ni

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.