Alhamdulillah, & terima kasih kepada Kak Ruby sebab menjemput untuk bersama² ke "Food Review" Buffet Ramadhan & tak lupa juga kepada Palace of Golden Horses kerana menghulurkan tangan menjemput teman mencuba makanan antara yang terbaik untuk berbuka puasa sambil menderma.
Bertempat di Carousel International Coffeehouse di Palace of The Golden Horses, atau lebih dikenali sebagai Lambaian Desa, dengan bertemakan masakan tradisional melayu bertemankan pilihan hingga 250 pilihan untuk berbuka puasa, pastinya ia menjadi tempat terbaik untuk berbuka bersama keluarga.
Orang kata, sambil makan, sambil menderma 1 amalan mulia. Itulah yang cuba dilakukan oleh Palace of Golden Horses dengan menghulurkan tangan mereka ke Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri pada 17 Julai 2012 dengan menjemput mereka bersama² memeriahkan "Food Review" ditemani rakan media & bloggers bersempena bulan Ramadhan ini.
Tahukah anda, 3% daripada hasil jualan di hujung bulan ramadhan di Carousel International Coffehouse ini akan disumbangkan kepada Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri. Menarik bukan??? Sambil berbuka, sambil itu juga kita menderma & menghulurkan tangan kepada yang memerlukan.
Pilihan makanan dari Kerabu, Serunding & ulam tak lupa juga bubur lambuk. Makanan kegemaran ramai seperti Nasi Briyani & Ayam Percik dihidang bersama Patin Tempoyak & Daging Salai Masak Lemak Sri Pahang pasti membuatkan anda terliur di bulan puasa ini.
Yang membuatkan Lambaian Desa ini lebih menarik ialah "Warung" pelbagai menu pilihan oleh chef seperti Laksa Johor, Mee Rebus & Mee Kari Nyonya & juga popiah mengembalikan suasana makanan tradisional Malaysia.
Oh ya! Terdapat juga warung panggang yang menghidangkan hidangan seperti Kambing Bakar & satay serta warung sup seperti sup gear-box, gulai kawah, rojak, kurma & kuih-muih. Lebih menarik lagi, terdapat 5 menu yang diubah tiap hari mengikut selera berlainan seperti "Malam Selera Selatan", "Malam Selera Utara", Timur, Barat & Mines.
Sempena bulan² puasa ni, pasti banyak juadah yang jarang kita jumpa n pasti nak try walau sekali kan??? Jom tengok antara juadah makanan yang sempat di tangkap ketika sesi "Food Review" di Lambaian Desa
|
Gulai Kawah |
|
Pilihan Roti John ayam atau daging |
|
Pucuk Paku Goreng Belacan |
|
Rendang Ayam Cili Padi |
|
Sambal Tempe Jawa |
|
Udang Goreng Berempah |
|
Udang Masak Ros |
|
Wok-Fried Baby Kailan |
Dan tak lupa juga kepada mereka yang ingin menderma kepada Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri ini dalam bentuk sumbangan dan bantuan boleh dibuat di atas nama "Tabung Kebajikan Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri"
Maybank Islamic berhad (162834034545)
CIMB Bank (1267-0005898-52-4)
Akaun Baru CIMB : 12670000969055
(Pusat Jagaan Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri)
Ataupun menghubungi En. Shukry di 019-653 9701
& kepada mereka yang ingin ke Ramadhan Buffet, Percuma seorang untuk setiap 4 orang bayaran penuh. Tak perlu risau tentang halal kerana Carousel International Coffeehouse mempunyai sijil Restoran-Halal
Untuk sebarang informasi atau tempahan di Lambaian Desa, bolehla menghubungi
0 Pengkritik:
Post a Comment