Sony Ericsson W8 : It's At Your Finger

by 7/20/2011 01:30:00 AM 0 Pengkritik
Kepada yang baru sahaja ingin mengenali Sony Ericsson W8, bolehlah lihat melalui link dibawah


 Ok... Dalam part 1, kita sudah lihat plan yang ditawarkan oleh DiGi dan juga beberapa spesifikasi utama yang terdapat pada Sony Ericsson W8. Seterusnya, saya akan membawa anda lebih dekat kepada "WooWWW factor" yang ada pada smartphone ini.

W8 walkman ada beberapa "Features" yang agak mengagumkan untuk digunakan antaranya

Boleh Ubah Skrin Halaman Utama


Nampak 4 nombor di atas??? 4 menu utama yang boleh dibuah mengikut kehendak anda. Musik??? Aplikasi navigasi??? Youtube??? Hanya dengan 4 pilihan kegemaran anda untuk diletakkan di halaman utama skrin, sesuaikan mengikut citarasa anda.

p/s - Jikalau anda penggemar dan pengguna Nokia seperti saya, applikasi sebegini tak dapat dilihat dalam HP Nokia coz saya telah menggunakan jenama Nokia termasuk touchscreen HP adik saya dan juga ibu dan abah saya... Nokia 5800, C5 dan N7

Menaip Lebih Mudah


Menekan message dan juga status facebook mahupun e-mail lebih mudah dengan papan kekunci maya pada skrin yang membuatkan anda lebih terasa seperti menggunakan mini IPhone atau smartphone jenama lain.

WiFi Network


Dengan sokongan WiFi, Internet mahupun GoogleMaps dapat dilayari dengan mudah, dan pantas sama ada di kafe, lapangan terbang mahupun di kedai mamak. Unifi juga boleh digunapakai and guess what??? The speed are equal just like you used Unifi on your PC!!!

Ini belum cukup WowwwWW!!! Jom kita tengok yang lebih Wow lagi


Android Market - Anda Tentukan Sendiri



Ingin keluar??? Ingin tahu??? Atau mungkin duduk lepak di hujung minggu... Muat turun aplikasi pilihan dan kegemaran di pasaraya Android... Percuma atau berbayar, pilihan di tangan anda. Saya pilih percuma... Kenapa??? Android mempunyai banyak aplikasi percuma yang boleh dimuat turun secara ekslusif atau tidak dan jika dibandingkan dengan IPhone, aplikasi untuk Iphone adalah terhad terutamanya aplikasi yang diberi secara percuma kepada pengguna.

Antara beberapa aplikasi android percuma yang telah didonlod dan dicuba pakai seperti :-
  • Foursquare
  • Angry Bird
  • Tweeter
  • Talking Tom
Dan lain² lagi... Yaaa... Percaya atau tidak... Aplikasi yang biasanya terdapat di Iphone juga boleh digunapakai dengan Android W8 Walkman. Sangat best kan???

Untuk orang yang baru berjinak ngan Android seperti saya, it is surely an awesome application to have on your phone.. Tak percaya??? Lihatlah beberapa perbandingan yang ada untuk aplikasi percuma pada android dan OS Iphone...

aGPS - Penunjuk Arah Maya
Perjalanan lebih mudah dengan bantuan aGPS yang sedia ada dalam telefon pintar ini. Ingin ke lokasi or tempat makan pilihan anda??? Segalanya tidak mustahil dengan bantuan aGPS... Bagaikan menggunakan Google Maps di PC anda tetapi lebih kecil melalui tapak tangan dan jari anda sahaja.


Kedudukan anda melalui gambar yang ditangkap juga boleh diketahui melalui fungsi aplikasi Geo-Tagging. Sangat best kan???

It's Social Networking

Sumber : Pakcik Google
Facebook?? Tweeter??? Segalanya ada di Android W8. Pilih untuk memasuki laman sosial ini  sama ada melalui Opera Mini, Web browser atau lebih mudah dan senang, disatukan dalam 1 aplikasi diamana hubungan kita dengan rakan lain disatukan bersama. Post FB, Tweeter, Message di phone mahupun panggilan yang diterima disatukan di bawah 1 bumbung bernama Timescape™.

p/s - Tiap 1 status di FB yang keluar, disertakan dengan profile gambar yang berkualiti dan menarik. Sangat mengagumkan kualiti gambar yang dipaparkan melalui skrin.

Walkman™ player - Musik pilihan utama



Inginkan musik tanpa henti??? Inginkan lagu disusun mengikut variasi citarasa anda??? Segalanya boleh melalui walkman player... Tak lupe juga bunyinya yang memang best... Tak kisahla anda pakai apa jenis pun headphone mahupun earphone, bunyinya pasti membuat telinga anda mendengar dengan lebih baik. Nak lagi best??? Gune portable speaker yang diberi bersama dalam pakej untuk bunyi yang lebih mengagumkan


Ingin ketahui lebih lanjut berkaitan lagu??? Infinite button jawapannya... Dengan Infinite Button, anda akan dibawa ke laman youtube dengan beberapa carian yang hampir sama dengan informasi lagu tersebut... Ianya makin mudah dan anda tak perlu lagi untuk mencari melalui button search di google...


Yaaa... Tak cukup dengan tawaran DiGi SmartPlan, DiGi Music pula menanti anda... Dengan tawaran lagu 5000++, jom kita lihat plan yang ditawarkan.

  • Dengan DiGi Music Pluz, anda boleh memuat turun 10 lagu secara percuma setiap bulan... Yaaa.. 10 lagu pilihan anda setiap bulan ok...
  • Kadar bayaran serendah RM5/Month, anda boleh memuat turun sama ada melalui PC/Mac ataupun melalui telefon pintar anda... Murah Bukan???
  • Muat turun seterusnya selepas 10 muat turun percuma habis digunakan hanya dikenakan bayaran RM1
Nak tau lebih lanjut??? Layari DiGi Music Pluz

Review seterusnya akan membawa anda ke sambungan part 2 dan review terakhir iaitu kepuasan penggunaan telefon pintar walkman pertama dunia dengan aplikasi Android.

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.