CHAPAYOM : Rasa Thai yang SEBENAR!

by 9/09/2019 07:59:00 PM 1 Pengkritik
Pernah makan Tomyam dekat sempadan negara Thailand?
Suka makan pulut nangka atau pulut mangga?

Pernah rasa Chatime? Tealive? atau pun Boba Tea?
Semuanya ada disini! Saya boleh yakinkan anda yang CHAPAYOM akan jadi 1 destinasi jalan-jalan cari makan yang anda akan datang, dan ulang semula untuk rasanya kembali!

Apa itu CHAPAYOM?

Kedai : CHAPAYOM
Lokasi : LG07, Central I-City Mall, 40000 Shah Alam, Malaysia

Waktu Perniagaan
10AM - 10PM (SETIAP HARI)
Disponsor Oleh : Micky Jan & CHAPAYOM

Makanan Patut Dicuba : Nangka Sticky Rice, Thai Imported Noodles & Thai Milk Red Tea

Chapayom yang asalnya dari Thailand dibuka oleh pemiliknya bernama Kelvin. Kebanyakkan menunya diambil secara terus dari negera jiran kita, Thailand.

Daripada kita bebel panjang, jomla kita tengok dan mana tau, nak jenguk merasa kesedapannya yang membuatkan saya bermandi peluh laaaa dan ini ringkasan yang saya boleh katakan tentang CHAPAYOM!

1. Rasa pulut yang seperti wajik masa kenduri kahwin
2. Rasa air teh susu setanding jenama besar lain
3. Rasa asli dari Thailand



Menu 1 : Thai Milk Red Tea


Rasa : 4/5

*Peminat teh tarik mesti suka, disajikan dengan rasa susu, dan oh ya... Boleh minta untuk tambah boba dalam minuman sehingga 16 September 2019 ini sahaja tau promosi dia!

Menu 2 : Thai Imported Noodles


Rasa : Pedas sos tomyam seperti di sempadan negara jiran Thailand sampai bermandikan peluh la saya.

*Disertakan sekali 2 ketul fishball, 3 ketul crabstick sebagai penambah sedap. Mi dia diimport khas dari Thailand dan semestinya halal serta boleh dimakan ya untuk semua muslim.

Menu 3 : Papaya Somtam


p/s - Disebabkan saya jenis karnivor, dan bukan pencinta makanan sayur, maaf, ini bukan pilihan saya. Tapi rasa dia ok la. Sedap jugak..

Menu 4 : Mango Sticky Rice


Rasa 5/5

*Peminat pulut mesti suka punya. Rasa nasi pulut a.k.a sticky rice digabung dengan rasa mangga yang cukup umphh... Rasa pulut nasinya sama macam rasa wajik makan masa kenduri kahwin tau!

Menu 5 : Jackfruit Sticky Rice


*Sama rasa macam menu ke-empat, cuma dibalut dengan nangka, menambahkan lagi rasa umphhhh!!!

Menu 6 : Thai Milk Green Tea


Rasa air teh hijau, diadun dengan rasa susu, membuatkan rasa sebati yang membasahi tekak sehingga kenyang!

Banyak lagi menu yang boleh dicuba dan dirasa, seperti gambar dibawah


Ada 7 menu air susu yang disyorkan, tapi sebenarnya ada banyak lagi menu seperti di bawah yang boleh anda cuba dan rasa.

Harga? Harga yang berpatutan sama seperti jenama-jenama yang lain. Nak tau lebih lanjut tengok menu kat bawah ni ea...




Oh ya, korang leh mintak untuk kawal penggunaan gula dalam minuman korang tau! Nak lebih sihat, mintakla kurang gula ok!



Tau tak korang pun boleh menang jongkong emas dengan hanya beli minuman dari CHAPAYOM!!!??

Tak percaya, korang cuba la, mana tau, boleh jadi jutawan, bolehla share kemenangan dengan saya yaa.. Heeee

Selamat mencuba dan selamat jalan-jalan cari makan!

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

1 Pengkritik:

penyaman udara terpakai said...

Hari tu pergi dengan keluarga sebab rindu masakan thai.. memang sedap semua makanannya.

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.