by
1/14/2017 11:55:00 PM
0
Pengkritik
Food Review
Jalan² Cari Makan
Philtre Coffee
Review
The Reviewer
Kedai : Philtre Coffee
Lokasi : Jalan SS21/35, Damansara Utama
Waktu Perniagaan
8AM - 12AM (Ahad - Khamis)
8AM - 1AM (Jumaat - Sabtu)
Tutup Hari Isnin
Rating : ★★★☆☆
Cara Bayaran : Kiplekash Worth RM100 (2 Kupon RM50 hanya untuk RM70)
Pernahkah anda cuba tempat makan baru tetapi yang berbezanya, Pekedai bekerjasama dengan sebuah pembangun aplikasi yang masih baru lagi di Malaysia untuk membayar tanpa mengeluarkan wang dari dompet anda???
Jawapannya tentulah tidak! Sebelum saya pergi lebih jauh memperkenalkan aplikasi ini, marilah kita mencuba kafe baru, tempat makan baru dan suasana baru yang diperkenalkan bersama dengan aplikasi ini.
Apa yang menariknya tentang Philtre Coffee ini???
1. Tenang, Selesa dan Releks
2. Pilihan Makanan
3. Harga (Tak terlalu mahal dan tak terlalu murah)
4. Servis Pelanggan Yang Mesra (Faktor Penarik)
Jom kita tengok menu dan juga promosi yang ditawarkan oleh Philtre Coffee
Pilihan minuman kopi dan teh |
Pilihan Ice Cream, Sandwich dan juga makanan yang ditawarkan |
Pilihan set makanan yang ditawarkan |
Minuman premium untuk penggemar Kopi tegar |
Set sarapan pagi (Jimat Kos) |
Minuman Istimewa oleh Philtre Coffee |
Promosi yang ditawakan serta minuman botol pelbagai jenis |
Anda dah tengok antara beberapa harga dan promosi yang ditawarkan terutamanya untuk para pelajar dimana anda boleh mendapatkan diskaun sehingga 10% tetapi, tahukah anda apa lagi yang ditawarkan di sini??
Seperti yang tertera di atas, Philtre Coffee ada menawarkan set sarapan pagi, tetapi, berapa harga roti itu secara individunya??
Antara pilihan roti yang ditawarkan adalah Swirl Raisin, Croissant dan Sausage Roll
Selain pilihan roti di atas, kek pun ada dijual tau!! Tetapi masa kami datang untuk makan, hanya beberapa pilihan sahaja yang masih tinggal
Dan tentunya anda pasti dahagakan air lain selain teh dan kopi?? Jangan risau, di Philtre Coffee, anda boleh juga mendapatkan minuman ringan, jus dan kopi khas daripada Philtre Coffee.
Anda dah lihat harga dan pilihan makanan yang ada, jom lihat pula apa yang saya dan rakan-rakan pilih untuk cuba makan malam itu dengan menggunakan kupon daripada Kiple
Chamomile teh pilihan Hisyam |
Teh Earl Grey pilihanku. Nampak tak uncang teh istimewa yang berbentuk rumah tu?? |
Kopi Long Black pilihan Adzmir |
Minum dah order, jom tengok apa pula kami order untuk memenuhi kelaparan yang berbunyi-bunyi seperti gendang perut kecapi
Aglio Olio Prawn untukku |
Beef Lasagna untuk Hisyam |
Spaghetti Beef untuk Adzmir |
Apa kata kami untuk Philtre Coffee?? Seperti yang tertera di atas 3/5 bintang diberi kerana rasa makanannya yang perli diperbaiki lagi.
Sebagai kaki makan, blogger kaki makan dan orang yang suka makan, rasa makanan yang kami pilih masih belum boleh menandingi rasa di tempat lain. Jikalau Philtre Coffee terbaca post ini, Kami harapkan penambahbaikkan dari segi kualiti dan rasa makanan dan siapa tahu, lebih ramai akan datang dan mencubanya nanti lebih-lebih lagi dengan pengenalan kerjasama aplikasi Kiple dan Philtre Coffee.
Nantikan video pendek jalan-jalan cari makan kami yang menampilkan Philtre Coffee dan lain lagi
Selamat mencuba dan selamat mengopi!!!
0 Pengkritik:
Post a Comment