Tahukah anda Honor 5X dapat bertahan selama 5 hari tanpa perlu dicas?
Tak percaya? Mungkin gambar, penerangan dan review yang seterusnya mampu membuatkan anda teruja dan seterusnya memilih untuk terus membeli dan menjadi pemilik Honor 5X.
Mungkin ada antara anda semua akan tertanya, bagaimana Honor 5X boleh bertahan selama ini?? Jom tengok dulu gambar dibawah dan saya akan menerangkan 1 persatu bagaimana Honor 5X mampu mencapai ketahanan bateri yang agak lama.
Sejarah ringkas penggunaan bateri boleh diketahui dan seperti di atas, baki penggunaan 9 jam dapat dilihat. |
Jadi, apakah yang membuatkan Honor 5X untuk bertahan selama ini?? Jom tengok apa yang ingin saya huraikan kelebihan Honor 5X dan juga fungsi kamera yang agak menarik untuk seorang yang bergelar jurugambar seperti saya.
Seperti yang diperkatakan, inilah cara penggunaan saya yang membolehkan Honor 5X bertahan sehingga hampir 5 hari :
1. Seorang pekerja yang jarang bermain data kecuali WiFi pada waktu malam.
2. Melayan Youtube menggunakan WiFi sahaja.
kesimpulannya, jiakalau anda seorang yang jarang bersosial di laman sesawang pada waktu kerja tetapi tidak pada waktu malam, Honor 5X tentunya pilihan bijak yang anda perlu miliki dan sekiranya anda seorang yang memang kaki sosial, seperti kebanyakkan telefon pintar yang lain, ketahanan baterinya mampu bertahan sekurangnnya hingga 2 hari.
Seterusnya, jom kita tengok pula fungsi kamera yang pelbagai terdapat pada Honor 5X yang boleh dikatakan juga sebagai peneman setia dan juga kamera kedua untuk seorang jurugambar amatur seperti saya.
7 pilihan tangkapan gambar yang disediakan untuk anda |
Salah 1 fungsi yang agak menarik ada pada Honor 5X ialah Slow-Mo, tetapi malangnya, ia hanya dapat dilihat dalam telefon pintar sahaja dan kadar pergerakkan gerak pelahan masih lagi kurang memuaskan jika dibandingkan dengan Iphone namun jikalau pihak Honor 5X dapat menambahbaik untuk keluaran yang akan datang, mungkin ianya akan menjadi pesaing utama telefon pintar yang lain.
Jom kita tengok fungsi kamera lain yang terdapat pada Honor 5X dan juga contoh-contoh gambar menggunakan fungsi yang ada.
1. Resolusi video HD dan FHD sehingga 1080p.
2. GPS tag yang boleh menanda kawasan dimana gambar tersebut diambil.
3. Penggunaan butang suara sama ada sebagai butang menangkap gambar, zoom atau focus.
4. Mod cantik dan juga mod pengesanan pergerakan terutamanya untuk video.
Tahukah anda, dengan menggunakan kawalan suara, hanya 1 sebutan "Cheese" Honor 5X boleh tolong menangkapkan gambar anda tanpa perlu menekan butang tangkap gambar pada telefon pintar anda.
Dan tahukah anda?? Anda boleh mengawal dan melihat shutter, aperture, ISO dan juga graf pada gambar yang telah ditangkap seperti dibawah.
Selain itu juga, anda boleh memasukkan suara didalam gambar hampir sama fungsi yang terdapat pada telefon pintar Samsung.
Tag kawasan yang ditangkap juga dapat dilihat hampir sama seperti menggunakan DSLR |
Tapisan gambar atau lebih dikenali sebagai filter sebelum anda nak berSelfie atau tangkap gambar mengikut citarasa |
Pilihan Watermark yang boleh diletak pada gambar anda seperti dibawah |
Contoh Watermark pada gambar |
Gambar Panorama |
Kamera hadapan 5Megapixel |
Kamera belakang 13Megapixel |
Fungsi All-Focus terutamanya untuk tangkap gambar jarak dekat seperti tangkap pic MACRO |
Fungsi HDR pada kamera Honor 5X |
Banyak lagi fungsi yang terdapat pada kamera Honor 5X yang agak menarik dan perlu diterokai lagi seperti Good Food, Beauty dan fungsi gambar banyak terutamanya untuk mereka yang suka mencari gambar yang paling menarik antara banyak seperti menangkap gambar ketika bermain Papan Luncur atau Roller blade.
Rasa teruja?? Jom tengok pula video Time Lapse yang sempat dirakam siang dan malam menggunakan Honor 5X
Terima kasih diucapkan kepada Huawei dan Honor kerana memberi peluang untuk mencuba dan melakukan review pandang pertama Honor 5X.
Harap teman dapat menyimpan dan seterusnya memberikan kejutan kepada isteri tercinta untuk hadiah hari lahirnya.
Oh ya, jangan lupa, esok, 15 Mac pada jam 3.08 petang akan ada jualan Honor 5X tau!!
Terima kasih membaca dan selamat membeli serta menjadi pemilik Honor 5X yang terbaru dalam simpanan telefon pintar anda!
Boleh lawan Iphone dengan Samsung ok! Sebabnya?? Ianya mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Honor 7 tetapi dikurangkan beberapa fungsi kerana harganya yang lebih murah berbanding Honor 7.
0 Pengkritik:
Post a Comment