Magnum : A Day Without Pleasure is A Day Lost
Cawangan Magnum : IOI City Mall Putrajaya
Tahap Kesedapan : 5 Bintang
Menu Utama : Aiskrim Magnum
Harga : RM8 (Coke Light) > RM77 (Magnum Crowne Jewel)
Suka aiskrim magnum?? Ingin cuba kelainan makan aiskrim Magnum di Magnum Cafe??
Tentunya ramai yang suke makan aiskrim terutamanya magnum, tetapi, ada apa dengan Magnum Cafe??
Magnum cafe setakat yang diketahui di Malaysia hanya ada di Mid Valley Megamall dan IOI City Mall Putrajaya dan teman berkesempatan mencubanya sendiri di bersama isteri tercinta akibat dah lama mengidam nak makan tetapi Line beratur yang panjang membantutkan perjalanan ke Magnum.
Sebenarnya, beratur panjang yang anda semua nampak tu untuk "Make My Magnum" dengan permulaan harga RM9.90, anda boleh pilih sendiri bagaimana aiskrim pilihan anda dicipta mengikut citarasa yang disediakan ataupun, boleh juga memilih 8 signature aiskrim seperti di bawah :
Langkah 1 : Pilih dari inti, perasa dan bagaiman anda mahu aiskrim itu dicelup |
Langkah 2 : Taburkan dan hiaskan mengikut citarasa yang anda mahu |
Signature Aiskrim 1 : Sweet Fantasy / Pop Attack / Black Forest / Golden Flower |
Signature Aiskrim 2 : Super Goji / Fruity Loops / Recess / Cookie Monster |
Tetapi... Tahukah anda yang beratur itu hanyalah pembuka selera kepada apa yang anda bakal lihat, terliur dan rasa jikalau anda terlajak ke depan sedikit dan sebaliknya duduk di dalam untuk mecuba beberapa menu yang agak menarik dan menyedapkan lidah anda?
Nantikan rangkuman kedua Magnum Putrajaya dan kali ini teman akan bawa anda ke dalam merasai Aiskrim Magnum yang dibuat khas dalam pelbagai bentuk dan perisa serta harga yang ditawarkan dan juga video bagaimana "Make My Magnum" dibuat oleh pekerja Magnum IOI City Mall Putrajaya.
Selamat mecuba dan merasa, serta ingatlah, Aiskrim itu bukan hanya sedap di luaran, tetapi dalaman isinya yang perlu diterokai.
0 Pengkritik:
Post a Comment