Once Upon A Time
There is a Legend tale of 5 JWEL in the modern times where lust, eager for the throne with 5 different plots and twists as thick and delicious as each creamy bites.
The depth and complexity of each royalty mirrors the intensely sophisticated taste of the JWEL royal ice cream.
(Source : www.facebook.com/jwelmy )
Maka, di sini bermulalah kisah 5 bangsawan dengan citarasa berbeza & tarikan rakyatnya yang berbilang rasa. Disinilah, kisah takhta JWEL bergelar Ice Cream terbaru oleh F&N di pasaran Malaysia!
Bertempat di The Curve pada 11 Januari 2015, 5 bangsawan telah turun menemui rakyat jelata untuk memilih rasa yang menawan hati mereka dan seterusnya dinobatkan sebagai Raja Negara JWEL!
Jadi, apa kisahnya 5 bangsawan ini?? Perisa apa yang menarik hati 5 bangsawan negara JWEL untuk bertanding berada di kedudukan teratas takhta pilihan hati rakyat??
Jom baca kisah seterusnya & nikmati, alami, serta kecapi rasa yang istimewa setiap 5 bangsawan yang berbeza!
Bangsawan Pertama : The Baron of The Black Forest
Jikalau anda ingat hanya kek sahaja yang boleh berperisa Black Forest, nyata fikiran anda saat ini akan meleset sama sekali dengan rasa bangsawan yang sungguh dalam, sungguh mengasyikkan dan membuatkan badan bergetar kegirangan merasai kesedapan Black Forest yang diadun menjadi sebatang Ice-Cream dengan 1 gelaran, The Baron of the Black Forest.
Bangsawan Kedua : The Countess of Tiramisu
Tiramisu, lebih dikenali dikalangan penggemar kek. Namun begitu, dek kerana ketamakan bangsawan yang menggelarkan dirinya The Countess of Tiramisu untuk memartabatkan nama Tiramisu di negara JWEL, rasa yang menyengat & lain daripada dunia lain menjadi taruhan untuk bertakhta di hati rakyat jelata Malaysia.
Bangsawan Ketiga : The Duchess of Double Chocolate
Merasakan selapis coklat sudah membuatkan anda melayang-layang keudara menikmati rasanya, kini, rasa itu digandakan dengan kehadiran The Duchess of Double Chocolate untuk menambahkan lagi deria rasa anda dan seterusnya bukan sahaja melayang ke udara, tetapi mampu terbang ke angkasa jikalau boleh lah... Mampukah rasa ini bertakhta di hati???
Bangsawan Keempat : The Earl of Caramel
Rasa yang seakan-akan meminum kopi dan memakan kek dengan perisa Caramel sudah mampu membuatkan anda termimpi-mimpi untuk memilikinya dan seterusnya membiarkan rasa itu cair di mulut dan deria rasa anda. Kopi dan kek sudah pun menambat hati seluruh rakyat dengan Caramel, tetapi mampukah rasa ini diulangi kejayaannya oleh The Earl of Caramel??
Bangsawan Kelima : The Duke of Vanilla
Rasa yang tak perlu lagi diperkatakan, sudahpun hangat di pasaran dan menarik jutaan rakyat untuk meminatinya. Namun, mampukah The Duke of Vanilla mengatasi rasa 4 bangsawan yang lain untuk terus kekal bertakhta di hati rakyat Malaysia???
Siapakah yang bakal menduduki takhta teratas rasa kegemaran rakyat Malaysia untuk perisa Ice-Cream JWEL??
Tahukah yang anda boleh mengundi rasa JWEL Ice-Cream pilihan untuk dinobatkan juara & seterusnya membawa pulang sebuah IPAD Air & Voucher RM200??
Layari website dibawah untuk keterangan selanjutnya
Pilihan rasa hatiku?? Tentunya Caramel yang bertakhta di hati! Namun semuanya bergantung pada undian anda! Mampukah perasa pilihan anda menjadi pilihan utama?? ataupun sekadar rasa yang memenuhi syarat sahaja??
Anda yang tentukan... Selamat menikmati rasa kesejukan JWEL pilihan anda!
1 Pengkritik:
Jemput visit page FB By Aloha https://www.facebook.com/byaloha ye.
Kat sni ada jual sabun herba produk keluaran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ada banyak manfaat. Sabun muka untuk masalah jerawat. dan sabun badan utk masalah jerawat badan, bau badan, lenguh2 badan, gatal2 kulit, naikkan seri muka n mcm2 lagi =)
Post a Comment