Kalau anda bertandang ke Chukai, Kemaman, Terengganu, anda perlu singgah di restoran ini
Kebetulan teman ke Terengganu untuk menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan my ex-gf, maka dengan kesempatan bercuti bersama keluarga di Kemaman, seperti biasa, perut mesti lapar, maka mencari tempat makan terbaik & sedap itu semestinya!
So apa yang specialnya di Warung Otak-otak Che Wan???
Kalau nama pun Otak-otak, warungnya che Wan ini, maka semestinya Otak-otak yang menjadi tumpuan. Secara jujurnya, Otak-otak Che Wan yang diperbuat sepenuhnya daripada ikan tenggiri yang cepat habis kerana pelanggan yang mai tak putus-putus (Kecuali masa tutup je).
Sesuatu yang perlu anda cuba, dengan rasanya yang penuh rempah seperti jikalau anda pernah makan Otak-otak Kempas, tapi lebih sedap lagi otak-otak ini. Maaf orang Kempas. Tapi otak-otak ini lebih sedap rasanya.
So apa lagi yang ada di warung ini?? Takkanlah nama kedai gah tapi hanya hidangan otak-otak je kan???
Selain otak-otak yang sedap & terkenal, Warung Otak-otak Che Wan juga ada menjual Satar, Pais & makanan lain untuk dinikmati pelanggannya. Ini adalah antara yang terkenal menjadi pilihan pelanggan yang hadir untuk menjamu selera
Satar |
Mengikut ibu n abahku yang pernah mai ke Ganu untuk makan, ada tempat lain yang lebih sedap Satarnya daripada sini. N for real, ini kali pertama aku makan Satar n didalamnya terdapat cili padi tapi bukan untuk semuanya. Hanya beberapa Satar sahaja antara 8 yang diberi.
Semestinya jikalau anda sudah berada di Terengganu, semestinya kopok lekor / Keropok Leko / Kepok Lekor menjadi antara makanan yang paling banyak dijumpai di tepi-tepi jalan.
Susah nak memastikan yang mana 1 kedai sedap, but i think la, untuk mendapatkan rasa keropok lekor yang lebih sedap tentunya di negeri asal buatannya.
Akhir sekali tentunya Pais, antara makanan yang turut dipesan pelanggan bersama dengan Otak-otak, tapi disebabkan bukan minat teman, maka tak merasa untuk makannya.
Maka sampai di sinilah sahaja Jalan-jalan cari makan untuk kali ini, nantikan pula post makanan seterusnya, especially isi cangkerang ketam yang terkenal di Chukai, Kemaman & juga Trip to terengganu terutamanya tempat-tempat yang teman kunjungi.
Sekian sahaja di sini, terima kasih kerana membaca, selamat makan sampai kenyang!
1 Pengkritik:
Waaaaa..coolnya bleh pg wedding gf..
Tabik la sunbae..=D
Post a Comment