Sebelum kita mulakan post ini, admin, selaku senior, super duper senior gamaknye yang dah setahun lebih bergraduasi di Kampus Kejuruteraan USM tercinta ingin mengambil kesempatan mengucapkan "Tahniah" kepada bakal pelajar baru yang akan mengikuti kursus Kejuruteraan Polimer di Kampus Kejuruteraan USM.
Oh ya, bagi mereka yang akan mengambil kursus kejuruteraan di USM, jangan terkejut jika anda tak berada di Pulau Pinang, pulau mutiara, tapi di tanah besar semenanjung yang dikelilingi pokok kelapa sawit & kampus yang sunyi sedikit berbanding di USM Induk.
Post ni didedicate atas permintaan pembaca blog ini, yang ingin tau apa peluang kerja untuk bakal graduasi kursus Polymer Engineering USM
Untuk mereka yang baru familiar dengan Polimer a.k.a Polymer in english,
Polimer = Ikatan panjang hasil gabungan 2 atau lebih rangkaian kimia yang bergabung menjadi polimer.
Polimer boleh dibahagikan kepada 5 cabang, bukan hanya getah & plastik, tetapi lateks & juga polimer komposit serta semikonduktor.
Semestinya kalau dah amik kos Polymer engineering anda mesti mahu meneruskan perjalanan menjadi seorang engineer jugak, tapi jangan terkejut if diceritakan yang ada antara senior yang bekerja lari dari bidang yang dipelajari. Nak tahu kenapa???
Jom tengok syarikat potensi & peluang pekerjaan yang mungkin ditawarkan dahulu sebelum tengok apa yang berlaku sebenarnya di dunia realiti
p/s - Ini cume sebahagian sahaja, selebihnya masih luas untuk diterokai di dunia luar sana
Tahukah anda sebenarnya hampir 90% di dunia ni terdiri daripada polimer???
Antara peluang pekerjaan yang ditawarkan untuk graduan kos kejuruteraan polimer seperti
- Process Engineer
- QA Engineer
- QC Engineer
- R&D Engineer
- Product Engineer
- Design Engineer
& banyak lagi peluang pekerjaan yang berkaitan dengan kejuruteraan & berikut, diberikan antara contoh kerja berdasarkan cabang-cabang polimer yang akan dipelajari sepanjang 4 tahun menuntut di USM
Getah
Kebiasaannya untuk getah, peluang pekerjaan agak luas, terutamanya di kilang² pembuatan tayar seperti Michelin, Dunlop & Lain²
Selain itu, getah bukan sahaja di kilang pembuatan tayar, pernah dengar mengenai but kasut yang Phua Chu Kang pakai tu??? Yup, di situ juga antara prospek tempat pekerjaan yang mungkin dapat anda terokai sehabisnya 4 tahun pengajian.
Sebenarnya banyak lagi tapi mari kita teruskan ke cabang ke-2 polimer pula
Plastik
Plastik adalah antara bidang pekerjaan yang paling banyak sekali terdapat di Malaysia. Komponen kereta, motor, & lain-lain boleh dikatakan terdapat penggunaan plastik di dalamnya.
Selain itu, dalam tahun terakhir, anda akan belajar cara menggunakan injection moulding atau pembentukan suntikan plastik cair membentuk komponen & alat dalam sesuatu benda seperti telefon bimbit anda.
Lateks
Anda pernah tengok "Kondom" & juga sarung tangan yang biasa Doktor pakai dalam pembedahan???
Yup. ke-2nya dibuat daripada lateks. & berdasarkan perkongsian ilmu latihan industri antara senior & junior, ada juga kondom untuk perempuan ye. Jangan terkejut!
Polimer Komposit
Tau "Kevlar Vest" & "Carbon Fiber"??? Yup. ianya dibuat daripada polimer komposit & bukan itu sahaja, jikalau anda pernah dengar fiber, itu antara salah 1 permainan yang mungkin anda akan bermain dengannya di dalam projek tahun akhir if anda amik di bawah Dr. tertentu.
Semikonduktor
Biasa tengok cip dalam komputer mahupun dalam mana-mana board elektronik, pasti anda tak tahu yang antara bahan-bahan yang digunakan seperti silikon berasal daripada polimer.
Anda dah tau antara cabang-cabang dalam kos polimer & peluang pekerjaan, jom baca pula antara syarikat yang terkenal yang menjadi tempat pelajar Polimer mahupun polimer kejuruteraan & teknologi polimer mendapatkan kerja.
- Intel
- AMD
- TexChem
- Proton
- Perodua
- Petronas
- Shell
- Dunlop
- Michellin
Jangan terkejut if teman cerita yang banyak juga senior-senior yang bekerja lari dari bidang kerana peluang pekerjaan itu luas & kadang-kala, ada antara mereka yang belajar kejuruteraan ini hanya kerana desakan keluarga & juga permintaan keluarga & bukan dengan kehendak & impian mereka
p/s - Ini hanyalah antara banyak-banyak tempat yang ada, tetapi secara realitinya, masih luas & banyak lagi syarikat yang memerlukan kepakaran daripada graduan Polimer kejuruteraan
Hope anda semua dapat pengenalan serba sedikit tentang kos yang akan dipelajari selama 4 tahun & jangan mudah berputus asa mengejar impian anda, walaupun sebagai jurutera mahupun sebagai pekerja professional yang lain.
7 Pengkritik:
Tahniah kepada pelajar baru ja ka? Pelajar lama? haha..
btw, konvo nt jgn lpa dtg :D
thanks senior ! :D
mohon share ye :)
Terima kasih, banyak info...
Lagi2 update laaa lg tentang prospek kerjaya . Nak gain minat dalam bidang ni ��
Thank youuu..sekarang ni tempoh isi upu utk lepasan stpm & setaraf...saya ade letak dlm top 6 di upu...btw ramai tak perempuan belajar bidang ni
@Nur Alyaa ramai je perempuan. Sebabnya, perempuanlah yang lebih berminat dengan kimia-kimia ni nak dibandingkan dengan lelaki. Tapi perlu tahu, ni kimia khusus polimer. dan bukan kimia keseluruhannya.
Post a Comment