Snow White & The Huntsman Review

by 6/14/2012 04:45:00 AM 1 Pengkritik
Movie : Snow White & The Huntsman
Courtesy : @Churp2
Date : 29th May 2012 (Premiere Screening) 
Official Release : 31th May 2012 
Location : GSC Mid Valley 
Genre : Drama / Action / Adventure 
Rating : 3/5 
 Synopsis (Source : ChurpChurp)
In the epic action-adventure Snow White and the Huntsman, Kristen Stewart (Twilight) plays the only person in the land fairer than the evil queen (Oscar® winner Charlize Theron) out to destroy her.
 But what the wicked ruler never imagined is that the young woman threatening her reign has been training in the art of war with a huntsman (Chris Hemsworth, Thor) dispatched to kill her.
Sam Claflin (Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides) joins the cast as the prince long enchanted by Snow White’s beauty and power.
The breathtaking new vision of the legendary tale is from Joe Roth, the producer of Alice in Wonderland, producer Sam Mercer (The Sixth Sense) and acclaimed commercial director and state-of-the-art visualist Rupert Sanders.

An advice, kalau anda dah banyak kali tengok cerita dongeng yang ada watak snow white di dalamnya, anda boleh mengharapkan yang cerita ini lebih gelap & tak sesuai untuk tontonan anda kerana ianya sama sekali jauh & meleset dari sangkaan anda tentang snow white yang asal.



Bermula di sebuah istana, seorang raja yang baru shaja kematian isterinya selepas melahirkan anak kesayangannya, Snow white, terpaksa mengharungi peluh menerajui bala tenteranya ke medan perang. Namun, apa yang dia tak tahu, ialah, dirinya akan dipukau pada 1 pandangan seorang wanita yang telah menjadi tawanan.
Alkisahnya, bermula pertabalan seorang permaisuri bila 2 hati terpikat menjadi 1. Namun, apa yang si raja tak ketahui ialah, dia akan dibunuh dengan kuasa magis pada malam pertama. Kesian. Hanya dapat kiss leher je. Tak sempat nak pi adegan menggairahkan.

Maka bermulalah 1 penaklukan istana oleh si permaisuri yang membawa masuk bala tentera abangnya untuk menawan istana ini yang didiami oleh Snow White yang masih kecil lagi. Malangnya, jejaka teman tapi mesra Snow White terpaksa melarikan diri bersama ayahnya mencari perlindungan sehinggalah, 1 hari.

"Mirror, mirror on the wall, who is the fairest of them all"

Alkisahnya, di dalam sebuah penjara, Snow White dikurung. Namun, kerana dek kebijaksanaannya & kerakusan nafsu abang si Permaisuri, Snow White berjaya meloloskan dirinya & diketahui oleh tawanan yang akhirnya dilepaskan oleh permaisuri kejam ini & seterusnya berita Snow White masih hidup mula kedengaran di pihak kebenaran.

Sementara melarikan diri, Snow White akhirnya masuk ke sebuah kawasan hutan yang memang berhantu penuh asap kabus & suasana yang boleh membuatkan semua bulu roma tegak keseraman. Demi mendapatkan kembali Snow White, Queen Raveena mengupah The Huntsman untuk memburunya kerana beliau pernah masuk ke dalam hutan misteri ini. Maka, bermulalah pertemuan 2 insan yang akan merubah jalan cerita snow white yang asal.
Misi membunuh akhirnya bertukar menjadi misi menyelamat

tanpa disangka, teman tapi mesra Snow White ketika kecil menyertai kumpulan memburunya selain daripada Huntsman & akhirnya mereka ditemukan dengan 8 orang kerdil yang akhirnya jadi 7 sebab sorang dah terbunuh.

Snow White akhirnya dibawa pulang ke sebuah istana milik teman tapi mesranya sejak kecil lagi. Namun, 1 kejadian yang tak disangka, Queen Raveena menyamar menjadi teman tapi mesra Snow White & meracuninya dengan sebiji epal berkhasiat digemari ramai. Apakah yang bakal terjadi?? Siapakah yang mencium Snow White & seterusnya membuatkan si gadis paling cantik sekali ini terjaga dari lamunan mimpi???

Tentunya babak ini sangat lain daripada cerita dongeng Snow White yang biasa kita dengar, baca, lihat & tonton. Tibalah masanya untuk merampas kembali istana dari permaisuri jahat yang sememangnya memerlukan hati Snow White untuk kekal muda.
Apakah yang bakal terjadi selepas itu?? mampukah Snow White menumpaskan Queen Raveena ngan bantuan 7 orang kerdil???

Semuanya terjawab di pengakhiran cerita di mana mungkin babak akhirnya tak seindah babak-babak cerita dongeng Snow White. Tapi semuanya terletak di tangan penonton a.k.a anda sendiri untuk menilainya. Tapi bagi teman, ianya bukan suatu cerita yang menarik kerana otak teman telah diracuni ngan cerita dongeng Snow White yang indah² belaka.

Selamat menonton!

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

1 Pengkritik:

Unknown said...

bole laaa nk tgk pas ni..

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.