My 1st Fighter Aircraft Model

by 6/07/2012 12:01:00 PM 0 Pengkritik
Mula-mula keluar Combat Tanks model, pastu keluar yang ni pulak???
Spitfire
Entah macam mana boleh pulak ternampak model ni keluar kat Low Yat masa tengah survey harga nak beli Speedlight. Alang-alang dah nampak & edisi sulung untuk Fighter Aircraft, maka teman pun bertekad untuk mengumpulnya juga.

Untuk edisi pertama Fighter Aircraft, koleksi model yang diberi adalah dari jet pejuang Perancis, Spitfire dengan harga promosi RM9.90. Harga untuk edisi kedua pada RM19.90 dan edisi seterusnya pada harga biasa seperti keluaran Combat Tanks iaitu RM29.90.

Antara jet pejuang yang akan diberi untuk edisi-edisi berikutnya seperti BF109, Mustang, MIG-29, Harrier & banyak lagi. Sementara itu, jom tengok rupa model koleksi jet pejuang pertama teman, Spitfire.

Jom tengok lagi rupa dari sisi lain model terbaru koleksiku, Spitfire


Tiap edisi Fighter Aircraft disertakan dengan buku yang menerangkan sejarah jet pejuang, serta tiap inci kegunaan jet pejuang tersebut dan juga borang langganan. Tak lupa juga model jet pejuang yang akan keluar untuk edisi seterusnya.
 
 
Kepada peminat-peminat koleksi model jet pejuang yang ingin dapatkannya dengan harga yang murah, bolehlah ke kedai-kedai buku berhampiran anda mahupun 7-Eleven bagi yang menjualnya.

Untuk edisi ke-2 Fighter Aircraft akan menampilkan model jet pejuang Messerchmitt BF109

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.