Anda suka makan??? Anda peminat makanan timur terutamanya keropok lekor atau orang ganu panggil kopok leko???
Mungkin, kopok leko ni boleh anda cuba. Baru sahaja teman cuba rasanya malam tadi
Destinasi???
Terletak di Presint 15 a.k.a Presint Diplomatik, diantara kedai farmasi dan juga Mydin Putrajaya.
Nama kedai tersebut??? - Leko Leko Putrajaya.
Didatangkan dengan 2 pilihan rasa, Black Pepper Leko & juga Leko Cheesy Mayo
Bagaimana rupa dan rasanya??? Jom lihat gambar di bawah dan ulasannya
Black Pepper Leko |
Teman hanya dapat rasa black pepper leko sahaja malam itu dan ianya sangat lembut, sangat sedap & lazat. Lebih² lagi dimakan panas² teruih lepas beli kat kedai.
Mungkin esok hari or lusa teman akan cuba Leko Cheesy Mayo. Dengar kata penjual selepas ditanya salah seorang pembeli, yang paling sedap rasanya is Cheesy Mayo. Hurm... tapi betul gak. Makan dengan cheese macam Cheesy wedges KFC tu kan sedap. Inikan pula makanan tradisional dari timur bergelar Keropok Lekor.
Untuk harganya pula, amat berpatutan. Size sederhana sahaja dan kira besar, lagi besar daripada anda beli di pasar malam. Kopok lekornye pun bersaiz besar juga. Harga saiz kecil bagi Black Pepper Leko bermula dari RM2.50, saiz sederhana dari RM3.50 dan saiz besar dari RM5.90.
Untuk Cheesy Mayo pula, harganya adalah tambahan seringgit daripada setiap saiz Black Pepper
Leko leko Putrajaya dibuka dari jam 11pagi hingga 11malam
Dengan tema "Tera Sekali Nok Lagi", memang kena dengan rasanya. Untuk info lanjut mengenai Leko leko Putrajaya, sila ke FB mereka di
Selamat mencuba, selamat merasa & Tera Sekali Nok Lagi Deh!!
2 Pengkritik:
wah, terbaek... bgus mengkomersialkn makanan tempatan..
kopok leko dia mcm lain sket. nnt nk try lah
Post a Comment