Assalammualaikum, salam sejahtera & salam semuanya
Insyaallah, 15 Jun 2012 hingga 27 Jun 2012, blog ini akan menjadi padang jarak, inikan lagi cerita jangan ambil padang kami.
Teman akan berada jauh menyeberangi lautan Hindi ke 1 tempat yang ingin ditujui mana² muslimin dan muslimat iaitu, Mekah & Madinah bagi menunaikan ibadah Umrah.
Maka, dikesempatan ini teman ingin mengambil segala peluang memohon kemaafan dari hujung kaki hingga hujung rambut sekiranya terdapat sebarang salah & silap teman kepada pembaca blog sepanjang teman bergiat dalam bidang blogging.
Let make it short. Doakan teman selamat pergi, selamat sampai ke tanah suci Mekah & Madinah & doakan juga teman selamat pulang kembali ke Malaysia. Insyaallah. Doakan juga teman dapat melakukan ibadah umrah dengan baik, dengan penuh keinsafan & penuh penghayatan kepada Allah S.W.T.
Insyaallah, teman akan mendoakan rakan², sahabat taulan, rakan sekerja, rakan tak kerja lagi & juga rakan yang masih belajar, semoga dimakbulkan doa kalian, dipercepatkan jodoh, ditemukan jodoh, dijodohkan mahupun mahu menjodohkan diri ngan sesiapa. & paling penting sekali, salam kalian & teman kepada junjungan besar Rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Semoga mendapat umrah yang mabrul. Insyaallah. Doakan. Aminnn
2 Pengkritik:
Semoga selamat pergi dan selamat kembali...
pikiranku cerah bila mampir kesini..senyum deh
Post a Comment