Pernah tak antara anda semua bermain gasing ketika kecil??? Permainan yang ketika itu terkenal pada zaman 90an.
Apa!!! Tak pernah???
Tapi post kali ni bukan bertujuan menengahkan permainan gasing moden, tapi lebih kepada permainan gasing tradisional. Walaupun peraturan dia yang kurang faham disebabkan hanya dapat pergi melihat pertandingan untuk 1 hari sahaja. Seperti kata Pak Uteh ku yang juga merangkap pengadil perlawanan, ianya mengambil masa lebih dari 3 hari untuk memahami peraturan pertandingan Gasing Pangkah.
Permainan Gasing Pangkah merupakan permainan tradisional dahulu kala yang saiznya lebih besar dari gasing moden sekarang dengan talinya yang lebih besar, keras dan perbezaan jenis gasing yang dipakai untuk bermain.
Walaupun begitu, peraturan gasing tradisional masih diterapkan dalam permainan gasing moden cuma perbezaan pertandingan mengikut mata, strategi berpasukan dan juga peraturan masa yang diguna pakai.
Nak tau lebih lanjut tentang pertandingan gasing pangkah yang teman dapat saksikan antara pemain² Ramuan Cina dan Remaja apa entah teman pun tak ingat nama dan juga pertandingan antara Singapura bertemu Felda tak ingat nama juga??? Jom ketahui kisah selanjutnya dan jenis gasing yang digunakan.
Pertandingan Gasing Pangkah yang dianjurkan Komuniti 1 Malaysia Daerah Ledang di Kesang Laut bukan sahaja dimainkan oleh orang Melayu, tetapi juga menarik minat pemain dari bangsa dan kaum lain seperti kaum india dan juga dari negeri jiran, Singapore.
Permainan dimainkan oleh 4 orang dengan seorang reserve di pihak pemusing dan juga di pihak pemangkah.
Pemain dari kaum India |
Pemain dari kumpulan Ramuan Cina |
Untuk perlawanan penentuan gasing kumpulan mana bertahan lama berpusing, setiap pemain diberikan masa lebih kurang 1-2 minit untuk membetulkan posisi gasing masing² sebelum dibiarkan untuk beberapa minit melihat gasing kumpulan mana yang jatuh dahulu.
Mata perlawanan juga dikira berdasarkan jumlah gasing lawan yang berada dalam petak semasa penentuan gasing siapa paling lama dan juga pangkahan gasing lawan.
Aksi kumpulan Ramuan Cina membuat putaran gasing |
Seperti yang ditulis di atas, Pertandingan Gasing Pangkah ini juga menarik perhatian penggasing dari negara Jiran, Singapura untuk turut sama bertanding.
Antara beberapa skill dan strategi yang dapat dirungkaikan ketika teman pergi menyaksikan perlawanan ini ialah
- Kumpulan yang memusing gasing akan merapatkan gasing mereka antara 1 sama lain. Ini kerana, ketika lawan hendak memangkah gasing, 1 gasing hanya boleh memangkah 1 gasing sahaja.
- Setiap pemangkah gasing tidak boleh terkeluar daripada garisan memangkah yang telah ditetapkan.
Uncle cina singapore yang selalu wat silap |
Kumpulan Felda yang kalah tipis 3-0 |
Aksi penggasing Singapura memangkah |
Pemain Ace Singapore |
Aksi Penggasing Singapura memangkah |
Keputusan akhir perlawanan yang sempat teman saksikan sebelum bermulanya separuh akhir berpihak kepada kumpulan Ramuan Cina menewaskan kumpulan remaja 13-1 dan Singapura yang menewaskan kumpulan Felda 3-0.
Tahukah anda bagaimana nak membezakan antara gasing pangkah dan gasing pusing???
Gasing pangkah dibezakan dengan rupanya yang mempunyai paku di kepala. Dan kebiasaannya penggasing membezakannya dengan warna berbeza yang dipakai setiap kumpulan.
Antara hadiah yang ditawarkan kepada pemenang seperti pemotong kayu (Gasing Tradisional diperbuat daripada kayu dengan paku dipacak ditengahnya) dan juga piala berupa Gasing.
Untuk mereka yang ingin sendiri pergi merasai suasana pertandingan Gasing Pangkah, mungkin boleh bertandang ke negeri Johor Darul Takzim terutamanya dikawasan tepi laut dan muara sungai kerana setiap pertandingan dilangsungkan di dalam sebuah kandang pertandingan khas.
p/s - Kepada sesiapa yang pernah bermain dan mencuba Gasing Tradisional, serta arif & tau tentang peraturan pertandingan, jangan malu & segan berkongsi.
Terima kasih dan martabatkan sukan Tradisional untuk generasi masa hadapan
1 Pengkritik:
Terima kasih tuan, menarik artikel ini. Saya salah seorang yang meminati sukan ini. Teruskan memartabatkan sukan kita.
Post a Comment