Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua
24 May 2012 - 1 Majlis pelancaran Samsung Galaxy S3 telah diadakan di Imperial Ballroom, One World Hotel dengan 2 pilihan warna yang ditawarkan. Tetapi, harga sebenar masih belum ada berita disebabkan ianya baru sahaja diserahkan kepada kesemua rangkaian perkhidmatan telekomunikasi untuk ditentukan. Dianggarkan ura-ura harga oleh penulis sendiri akan diumumkan hujung bulan ini.
"Dicipta untuk manusia, Diilhamkan daripada alam semulajadi"
Penulis, putra87® mempersembahkan, Samsung Galaxy SIII
Terima kasih kepada Cik Lily Putih coz menjemput teman menghadiri sidang media pelancaran Samsung Galaxy S3. Dan terima kasih Darren dari Nuffnang untuk Goodies Bag!
Dengan 2 warna yang ditawarkan, Marble White & Marble Blue, ianya sangat seksi! Ini yang dapat teman simpulkan daripada percubaan terus oleh teman sendiri,
Penambahbaikan daripada SGS2 + Burst Photo Shoot daripada HTC + Versi Serupa SIRI Iphone 4S = Samsung Galaxy SIII
Jom saksikan belakang tabir dan lebih banyak gambar untuk tatapan anda bagi mereka yang teringin memiliki S3 seperti teman.
Antara spesifikasi Samsung Galaxy SIII yang jauh lebih awesome!
- Paparan skrin 4.8 inci HD Super Amoled dengan OS Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
- 8 Mega Pixel Auto Fokus kamera dengan flash & Zero Shutter Lag (Tak tau nak translate)
- 1.9 Mega Pixel Camera (Depan)
- Fungsi perkongsian gambar secara terus melalui S-Beam.
- Fungsi Burst Photo Capture dengan Kelebihan boleh tangkap gambar sambil bervideo
Ok. kalau anda semua nak tau lebih lanjut, bolehla cuba melayarkan bahtera keyboard dan mouse anda ke
Rupa belakang Samsung Galaxy S3 |
Jom tengok sekitar pelancaran serta aksi bloggers yang turut hadir sama mencuba dan bermain dengan keluaran telefon pintar baru Samsung, Samsung Galaxy SIII
Percubaan bergambar dengan Samsung Galaxy S3 |
Pengenalan Samsung Galaxy S3 & Reka bentuknya |
Pemberian S3 kepada wakil² perkhidmatan telekomunikasi seperti DiGi, Maxis & Celcom |
Makanan untuk malam tu memang awesome!!! Tak tangkap gambar pun, sebab memang sedap tak terkata wa kata sama lu!!!
Akhir kata, ni anggaran harga dari teman, a.k.a penulis blog ni untuk Samsung Galaxy S3, harganya tidak akan kurang dari RM2000 dan tidak akan lebih dari RM2500. Ini hanya anggaran semata-mata, segalanya tertakluk pada perkenalan harga oleh setiap syarikat telekomunikasi seperti DiGi, Maxis & Celcom.
Yang pasti, ianya penantian yang berbaloi untuk teman tidak membeli Samsung Galaxy S2 dengan kedatangan S3 ke Malaysia lebih awal.
Enjoy!!!
2 Pengkritik:
jelousnyaaaaaaa... HAHA :(
hebatnyer... haha kalau ada peraduan samsung galaxy 3, jangan lupa khabor kat hang yer... haha
Latest in room8five: Pasar Ikan Bakar, Awana Genting
Post a Comment