Movie : Keramat
Sponsor : Penmerah.com
Date : 10th January 2012
Tayangan Seluruh Malaysia : 12th January 2012
Venue : MBO Subang Parade
Genre : Seram
Rating : 2/5
Source : Sinema Malaysia
Sinopsis
Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.
Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti.
Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?
Pengarah | ||||||||||||||||||
Lakonan:
| ||||||||||||||||||
Krew:
| ||||||||||||||||||
Penerbit:
|
p/s - sebelum kita tengok pic² sekitar par-tonton Keramat, meh teman nak habaq mai semua apa pandangan teman tentang cite ni.
Ini adalah pertama kali, teman nengok pra-tonton movie melayu sebelum ditayangkan di pawagam-pawagam berhampiran anda. Akibatnya
Keseluruhan, cerita ni takdela seseram cerita Flat 3A coz dengar cite, pengarah ini mengambil masa 2 tahun untuk siapkan filem ni coz nak tambah CGI n cite ni dirakam sebelum Diana Amir menukar angin untuk bertudung.
1 babak je yang mungkin leh jadi seram, pada permulaan ketika sampai di kampung, Nazmir masuk ke dalam rumah, dan terlihat seperti isterinya, Syazura masuk ke bilik dan tidur di atas katil double decker yang usang. Ketika dia dengan perlahannya menghampiri Syazura, tetiba dia dikejutkan ngan Syazura yang menegurnya di pintu masuk bilik itu.
Filem ini banyak kelemahan especially untuk orang yang dah kenal tempat² tertentu yang difilemkan seperti di bukit iklan UPM, iaitu ketika mereka berempat hendak turun dari van dan yang paling terang, nampak highway kat belakang. Sesampainya di bukit iklan UPM, dialog jadi tak logik sikit untuk orang yang dah familiar ngan kawasan tu coz cakap ni lah kawasan kampung diorang.
Yang menambahkan CGI is bila tetiba je pas kat bukit tu, leh lak masuk kawasan ladang tebu kann... Setahu teman la, xde ladang tebu kat UPM tu... Tapi xpela, nak dijadikan cerita menarik katakan.
Itu baru 1 kelemahan cerita ini coz sepatutnya, kesilapan dapat dicover ngan CGI seperti dilakukan atas bukit iklan UPM yang teruih leh p ladang tebu.
Jalan cerita seperti tergantung coz nak pengkahiran, xtau ustaz yang tolong tu p mana, hantu² yang dipanggil Bukhari just kuar sekor je. Kalo ikutkan dalam cite, dia siap panggil 2-3 ekor. Tapi, yang kuarnya, sekor je time dia nak halau dari badan isterinya, Munirah dan leh nampak lagi time dia nak bunuh abangnya di akhir filem.
Lakonan pelakon² cukup baik, cuma ceritanya tidak seseram namanya. Tapi pengakhirannya memang epic!!!
Leh tahan terkejut gak tetiba si Syazura tu kapak badan Bukhari n yang melawakkan, dah elok² kena tikam si Nazmir oleh Bukhari kat dada (Orang biasa dah nak nyawa² ikan dah), dia leh xrasa sakit sangat pon siap angkat Bukhari bawak p kat dia.
Ending dia, sume mati, Syazura bunuh semuanya, termasuk dirinya sendiri.
So... Kesimpulannya, andalah yang menentukan sama ada nak tonton filem ni sebagai filem terawal 2012 dalam koleksi tontonan di pawagam atau tidak. Segalanya terletak di tangan anda sendiri.
Dan teman nak ucapkan terima kasih kepada penaja utama, Penmerah.com coz sudi kasi tiket nak p tengok cite ni. Dahla 1st time p tengok pra-tonton filem melayu, dapat makan lagi, dapat tangkap pic ngan artis lagi... Haaa...
Pic sebelum & selepas pra-tonton akan diupdate dalam post special kemudian coz saya bergambar ngan Diana Amir!!! ehem³.. Diana Amir yang dah bertudung ok.
0 Pengkritik:
Post a Comment