Surat Untuk Ibu

by 5/07/2011 01:22:00 PM 2 Pengkritik
Sempena hari ibu or in englishnya, Mother's Day... Saya, selaku anak kepada seorang ibu kesayangan ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Happy Mother's Day to all the mother's around the world... Xkesahla anda dipanggil dengan apa jua panggilan pun daripada Umi, Ummi, Ibu, Mak, Mami, Mummy or yang seangkatan sekalipun... Ibulah permata hatiku...

Oh yaa... Inilah ibu kesayanganku... Puan Kamariah Binti Abdul Razak


Sebelum aku menerangkan detail mengenai ibuku dan apa yang ingin dikatakan anak sulungnya ini, ingin aku beritahu kepada anda semua... Saya pernah dijaga oleh 2 orang penjaga yang berbeza ketika saya masih kecil dan juga ketika masih bersekolah rendah dan menengah lagi...

Kepada mama n papa yang telah menjaga diri ini sejak dari kecil yang kini masih berada di Flat PKNS Petaling Jaya berdekatan Bintang Supermarket, anak jagaanmu ini ingin mengambil kesempatan mengucapkan Happy Mother's Day dan hopefully to see you again... Dah berpuluh tahun kita tidak berjumpa sejak anak jagaanmu ini berpindah dari perumahan flat PKNS ke perumahan Kastam Kelana Jaya... Maaf tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan abang or anak mama senang cite coz xbape kenal ngan abang except anak pompuan mama yang bersekolah sama dengan saya ketika sekolah agama di Sekolah Agama Al - Hidayah. Insyaallah, anak jagaanmu ini akan datang berjumpa dan bertemu denganmu dalam masa terdekat ini...

Kepada ayah n mak yang telah menjaga diri ini sejak sekolah rendah lagi sehinggalah anak jagaanmu ini berdikari duk rumah sendiri sorang tapi adik masih lagi mak jaga ketika itu coz dia baru masuk tadika ketika itu... Happy Mother's Day to mak... Akhirnya kita dapat berjumpa kembali setelah lebih kurang 6 tahun tak berjumpa dan akhirnya berjumpa di hari bersejarah ketika kepulangan ibu n abahku dari menunaikan haji di KLIA. Kita bergambar bersama, berborak bersama, bercerita dan berkongsi cerita bersama... Bertanya mengenai ikhwan, shahrul dan mira... Teringat ketika dibawah jagaan mak n ayah, aku memang nakal... Menggunakan telefon rumah mak untuk menelefon ntah permainan apa ntah yang slalu keluar di paparan kaca tv dan juga paper, bermain rollerblade di luar rumah bersama ikhwan dan shahrul, pergi ke sekolah walaupun sekolah rendah lain dengan mira tapi sekolah agama sama... Tq kerana telah menjaga diri ini selama ini... Banyak lagi yang ingin diperkatakan, tapi biarlah simpan untuk ingatan kita bersama...

Last but not least, to my lecturer and also my final year project supervisor and not forget also my P.A. since the 1st day i step in becoming a student in USM Engineering Campus. U like a 2nd mother to me and never give up in giving me advice, knowledge, scolded me when i'm wrong although i seems to ignore it afterward... I will remember your word of being a human being in 5 years time and come to see you again to prove it... DEFINITELY!!!... Although i have been a bad student and ignorance student under your supervised, i will try to change the tide and becoming someone that everyone will look into in 5 years time... Sorry for everything that i've done since the 1st year becoming your P.A. student until now... N Mostly i dissapointed you in  my study and not only my mother but also my family... Tq for still looking out for me and helping me all that you can... I Appreciate it very much for what u have done... And hopefully dat i will impress you during the VIVA FYP on this monday evening. Insyaallah... I will try not to dissapoint you again.

And now... This dedication is for my lovely mother... The one that i love most beside my father and my brother and not to forget my big family from both sides.


Sedikit Biodata mengenai ibu kesayanganku

Nama : Hajah Kamariah Binti Abdul Razak
Status : Berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang comei belaka lagi nakal.
Umo : 52 tahun genap tahun 2011
Suami : Haji A Aziz Bin Hashim
Pekerjaan : Setiausaha di bahagian Human Resources British American Tobacco (Syarikat pembuat rokok Dunhill, Pall Mall N etc.)
Anak : Khairi N Hafiz (Nama Sebenar biarlah dirahsiakan... hahahahaa)
Nama Mak : Hajah Halimah (Bukan hantu kak Limah balik kampung tapi lebih dikenali sebagai opah limah).
Kedudukan dalam keluarga : Anak sulung daripada 5 orang adik beradik.
Tempat Kelahiran : Perak Darul Ridzuan (Kedudukan Sebenar xingat sangat... Sori ibu... :D)

Itulah serba sedikit latar belakang mengenai ibu kesayanganku ini

Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku,
Xpernah lekang mengajarku dan mendidikku,
Xpernah lepas menyayangiku dan juga menjagaku,
Xpernah penah menjadi seorang ibu kepada aku.

Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku,
Sungguh besar pengorbananmu,
Menahan keluh kesah 9 bulan mengandungkanku,
Sehingga subuh baru ku melabuhkan diri di dunia ini untukmu.

Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku,
Namun anakmu ini seringkali mengecewakanmu,
1 demi 1 air mata mu menitis disebabkan perangaiku,
Namun aku xpenah sedar betapa besarnya kasih sayangmu padaku.

Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku... Xpandai dah aku nk wat pantun or sajak or sengkatan dengannya untuk ibuku tersayang ni... So... inilah yang mampu abang katakan untuk ibu....

Ibu... Terima kasih kerana selama ini telah mendidik abang dan apit, menyayangi kami berdua walaupun kadang-kadang kami seringkali mengecewakan hati ibu kesayangan kami ini... Terima kasih kerana sentiasa menahan kerenah anak-anakmu yang nakal ini... Yang selalu meminta duet kaler hijau kalo nak keluar ngan awek, pinjam nak pakai keta MYVI ibu semata-mata nak kua ngan awek, minta ibu tolong watkan kek semata-mata nak kasi kat awek n tipu ibu kadang-kadang sebab nak kua ngan awek... Betapa nakalnya abang ini di mata ibu, tapi ibu tetap menyayangi abang. I Love you ibu walaupun dalam setahun hanya sedikit perkataan I Love U Mom ku ucapkan kepada ibuku... Tapi dalam setahun berjuta kali perkataan itu telah aku sebutkan kepada awekku...


Ibu... Terima kasih kerana xpenah lokek mengeluarkan duet untuk memenuhi permintaan abang dan apit kalau nak beli sesuatu barang... Walaupun kadang-kadang barang yang kami adik-beradik minta ini agak ntah pape pada ibu, tapi ibu tetap menghulurkan duetnya untuk anak-anaknya...



Ibu... Terlalu banyak kata-kata untuk diucapkan mahupun diungkapkan dalam post blog abang ini... Tapi tiada satu kata pun yang mampu menyamai kasih sayang ibu sepanjang 24tahun abang hidup di dunia ini... Abang dah banyak kali kecewakan ibu, buat ibu menangis, buat ibu marah abang, buat ibu macam-macam sampai kadang-kadang telinga abang kena pulas, kena rotan, kena pukul di tangan dan kena cubit... Tapi abang masih lagi kurang sedar dan ingin berubah... Maafkan abang ibu... Abang macam dah jadi seorang anak yang derhaka pada ibu dan keluarga.

Tapi abang nak ibu tau... Walau sejahat mana pun abang, senakal mana pun abang, sedegil mana pun abang n walau tak dengar cakap ibu, ibu tetap di hati abang dan apit... Ibu tetap orang yang kami paling sayang... Dahulunya kasih sayang kami pada keluarga tidak sedalam sekarang... Yaaa.. Mungkin kerana anak-anakmu ini telah mula membesar dan belajar jauh darimu... Yang membuatkan kami rindu dan makin sayang kepadamu ibu... Apit belajar di seberang laut di Sarawak dan abang pula di Penang... Maka tinggallah berdua ibu dan abah tanpa bertemankan lagi apit di rumah.

Walau jauh manapun kami dipisahkan oleh lautan or jarak perjalanan yang memakan masa lebih kurang 5 jam dari Putrajaya, kami tetap mempunya seorang ibu yang kami sayang, yang kami akan balik untuk luangkan masa bersama, makan masakan ibu, tengok cite bersama, borak bersama, dan macam-macam lagi...

Banyak lagi sebenarnya untuk diperkatakan... Tapi biarlah ianya antara ibu n abang n abah dan apit dan juga keluarga kita... Akhir kata untuk ibuku tersayang daripada abang, anak sulung keluarga ini...

Mama... I Love You... Mama... I Care....

I Love You Ibu... Happy Mother's Day

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

2 Pengkritik:

Wadi AR said...

mak otai tuu :)

Hafiz Aziz said...

love u too ibu!
rindu kat rumaaah.
apit paling jaaauuh. huhuh

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.