Assalammualaikum... Salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan selamat petang semua
Alhamdulillah... Arini teman baru je habis menjawab paper final exam yang terakhir, iaitu Polymer Rheology... Antara salah 1 killer paper dalam 3rd Year Polimer selain Polymer Composite... K... Berbalik kepada tajuk asal post... The next post will mostly focus on the exam week and during the exam week of coz...
Ragam² manusia ketika menjawab exam, selepas menjawab exam dan juga sebelum mula menjawab exam
Tajuk utama... Pernah kah anda meniru??? Yeee... Meniru itu 1 kesalahan... Banyak benda yang xelok kalo meniru... xberkat la... dan macam² lagi... Teman tau sume itu... Tapi pasti anda semua pernah meniru kan??? Tipulah kalo nak cakap xde sape pernah meniru dalam dunia ni... Xkira la meniru time test ke, time exam ke, dan time² lain... Sape yang xpernah meniru tu... gua memang tabik spring sama lu olang r...
This is a true story... On how to cheat in a Final Exam without being caught by the examiners... And a Big² Absolute warning to all the readers, students and anyone who are trying to cheat in exam,
This is a true story... On how to cheat in a Final Exam without being caught by the examiners... And a Big² Absolute warning to all the readers, students and anyone who are trying to cheat in exam,
'Don't try this if u do not have enough courage and knowledge in cheating'
And another reminder to all of the students having their final exams, or finished their final exams... Do not cheat, or in Malay, tolong jangan meniru... Sekiranya anda tertangkap, anda kemungkinan boleh dibuang universiti atau dihadapkan ke Naib Canselor berkenaan isu ini, ditangguhkan pelajaran dan terpaksa extend kerana kesalahan ini dan juga yang paling penting, maruah anda dengan keluarga,rakan² dan pensyarah yang mengajar anda sekiranya anda tertangkap ketika meniru di dalam dewan peperiksaan...
1. Tulis rumus di atas kalkulator.
- Yaaa... Ini antara basic knowledge meniru dalam final exam... Terutamanya yang melibatkan penggunaan rumus² yang agak banyak dan malas untuk diingati...
- Sepertimana yang kita ketahui... Penutup kalkulator biasanya tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam dewan peperiksaan... Tapi tahukah anda, bahagian belakang calculator yang kosong (Kecuali kalau anda letak sebarang jenis pelekat kat blakang) itu boleh diconteng ngan pensil???
- Bagaimana caranya???
- Dengan menggunakan pensil lead, sila tulis ngan tulisan yang kecil yang anda boleh nampak di bahagian permukaan belakang calculator...
- Nak kasi jelas lagi rumus tu??? Gelapkan sedikit tulisan itu dengan menulisnya di tempat yang sama 3-4 kali...
- Sila gunakan semaksimum yang mungkin pada permukaan belakang... Mungkin xsemua rumus dapat anda tulis, tapi bak kata teman, pandai tiru, pandai fikir jalannya...
2. Buat nota ringkas, dan sorokkannya di dalam baju.
- Ini juga merupakan salah 1 cara lazim yang biasa orang lakukan dalam meniru di final exam... Kebiasaannya, mereka akan pergi ke tandas lebih dari sekali...
- Bagaimana caranya??
- Buatla nota ringkas macam mana pun... Lipatan macam mana gaya pun, yang pasti kena dengan gaya anda...
- Pastikan anda memakai baju berlapis-lapis. Kenapa??? Kalo anda nak sorokkan nota dalam baju, pasti akan nampak macam ada tertimbul sesuatu dalam baju kalo anda hanya memakai 1 lapisan baju sahaja... p/s - pakai sweater tebal di luar, baju bese di dalam ngan alasan, dewan peperiksaan sejuk... yang sememangnya sejuk, lebih² lagi kalo tetiba hujan time tu...
- Lakukan aktiviti meniru anda ini di tandas.
- Untuk mengelakkan anda terkantoi coz terdengar bunyi selakkan kertas ketika dalam tandas, sila masuk di dalam tandas tempat membuang air besar.
- Pastikan anda berlakon seperti membuang air xkira r besar or kecil... Bukak paip air... kasi ada bunyi air la... senang cite...
- Pastikan sebelum keluar, simpan elok² nota ringkas anda itu dengan kemas... Kalau terjatuh ketika hendak keluar tandas... Sendiri buat, sendiri tanggung...
- Berlakon seperti baru pas buang air besar (If amik masa yang agak lama) ketika keluar dari tandas.
- Kelemahan skill ini ialah : -
- Anda hanya boleh menggunakan tandas untuk masa yang terhad sahaja...
- Kemungkinan apa yang anda nak hafal, xakan masuk dalam kepala...
- If tersilap cara, anda boleh ditangkap dengan senang sekali.
3. Tiru orang depan.
- Ini merupakan salah 1 langkah meniru yang paling lemah sekali dan hanya boleh dilakukan ketika pegawai pemeriksa yang bertugas mengatakan, masa sudah tamat, sila berhenti menulis dan ikatkan kertas jawapan anda...
- Jikalau anda mendapat seorang rakan yang baik di kerusi hadapan anda, kemungkinan apabila anda bertanyakan soalan sebarang dua, dia akan membantu anda dengan memberi sedikit jawapan...
- Yaaa... Ini adalah langkah yang terakhir dalam meniru dan hanya dapat dilakukan dalam masa yang terhad dan jawapan yang bakal diperolehi mempunyai kemungkinan yang lemah if rakan di hadapan anda pun xtau macam mana nak wat...
- Dan jikalau anda bernasib baik, rakan di hadapan anda merupakan rakan rapat anda dan bijak pandai dalam kelas anda, kemungkinan, jawapan untuk anda perolehi sangatla baik dan jika anda sempat tulis sebelum pegawai pemeriksa mengutip kertas anda, anda mungkin bernasib baik dengan jawapan terakhir anda yang ditulis....
Ok.. Itulah 3 cara peniruan dalam Final Exam di universiti yang paling kurang peratusannya untuk ditangkap ketika di dalam dewan peperiksaan... Tapi bak kata orang... Meniru itu selalunya xberkat dan if anda dapat markah yang tinggi dengan meniru, dan lagi² if rakan anda tahu bahawa anda meniru, ianya akan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada rakan² lain...
Akhir kata, janganlah meniru di dalam peperiksaan... Kerana banyak keburukkannya jikalau anda meniru berbanding dengan kebaikkannya jikalau anda berusaha dengan jujur dan dengan titik peluh sendiri...
Usaha + Rajin + Tawakal = Kejayaan... Salam final exam dari saya kerana dah abis exam, semoga kita berjumpa lagi dalam post akan datang berkaitan dengan Exam Week...
2 Pengkritik:
kwn2 aku gulung nota tu kecik2 pastu isi dlm pen.. hehe..
uit2..blagak eyh dah abih exam..
tips nak cheat time viva lak..?
kuikuikui(",)
Post a Comment