Yaaaaa... Berjumpa lagi kita dalam rancangan yang sama... yerrr.. rancangan aper??? xlain dan xbukan... Sambungan pengalaman mendaki Gunung G7 Malaysia, tapi 2 jer yang ditawan yer... Iaitu Gunung Korbu dan Gunung Gayong... Kisah ini bukan untuk Psycho, tapi kenyataan yang perlu ditempuhi sebaik mendaki Korbu.
Kali ni kita akan bersama² membaca perjalanan dari 1st checkpoint, iaitu dari bawah sampai ke checkpoint² seterusnya seperti " Dataran Pacat ", " Kem Seroja ", " Kem Kijang ", " Puncak Botak ", " Last Waterpoint ", " Puncak Cuban " dan terakhir sebelum tiba di puncak Korbu ialah " Puncak Korbu Raya "... Betul ke susunan checkpoint ni?? hohoho...
Ada beritau tak yang XPDC kami ini disertai oleh seorang pensyarah dari skul Kimia USM Kampus Kejuruteraan yang lebih dikenali di facebook ngan nickname MHU. Dan kami juga telah mendapatkan khidmat 3 orang abang guide yang memang best lagi sporting la dari Radak Adventure untuk menjadi tukang tunjuk jalan kami hiking Korbu, salah 1 gunung di Malaysia yang dikatakan trekknya yang paling sukar sekali. Betul atau tidak??? Cubalah... Mesti nak lagi... hahaha...
|
Jalan sebelah kanan is permulaan nak hiking Korbu, Sebelah kiri is kebun orang asli. |
|
Baru naik xsampai 1 KM dah penat... hoho... 500m pun tak pasti sampai lagi. |
Pendakian dari tapak permulaan ke Dataran Pacat mengambil masa lebih kurang 4-5 jam disebabkan beg ku yang sarat penuh, memang xdapat la nak ikut seperti geng² yang laju ke depan yang ambil masa dalam 3-4 jam camtu kalau xsilap... dah r beg bawak khemah, memang berat la banding beg orang lain.
Perjalanan dari checkpoint permulaan akan melalui laluan sungai, trek yang sempit, dan ada 1 laluan itu, anda perlu berpaut pada sebatang akar pokok untuk menyeberang ke sebelah... Tapi kalau pergi sekarang, mungkin dah tak perlu kot coz laluan baru dah buat atas tempat tu disebabkan akar tu dah takder lagi dah...
|
Laluan sungai yang perlu dilalui |
Selepas melalui beberapa laluan sungai, halangan dan berhati² juga coz on the way nak ke Dataran Pacat, akan lalu 1 kayu yang besar yang menempatkan sarang penyengat... Jangan pegang kayu/batu itu kalau anda tak mahu disengat yer sume... Dan kepada yang baru mula belajar hiking, jangan risau kalau xde air, coz air sungai boleh juga digunakan sebagai pengganti air minuman...
Sesampainya di Dataran Pacat, kami solat dulu, makan² dan mandi-manda sekali sejukkan badan sebelum meneruskan langkah ke Kem Seroja...
|
Air Terjun D Dataran Pacat... Sejukkk... tapi bestt... |
|
Abg Guide Am Namanya... |
Kami semua bermalam di kem Seroja sebelum bertolak keesokkan paginya untuk meneruskan perjalanan ke Puncak Korbu... Jom tengok suasana ketika di kem seroja dan grup² yang memang dari mula hike, sampailah ke puncak, grup ni lah yang jadi lead ke depan...
|
Kesan kaki kena pacat... Xle kena pacat?? tahan je laa... coz memang banyak pacat dari start nak sampai dataran pacat ke puncak korbu raya... |
|
Memang Suspect R Abg Am... Penah Naik Gunung Tahan tu... Tengok badge kat beg dia... |
|
Inilah tukang masak kami dari ari pertama sampaila ari terakhir d Korbu... Tanpa mereka, Xmakan la kami sedap² macam sardin, nasi goreng, mee hun dan sebagainya... |
Perjalanan keesokkannya bermula pada jam 10 pagi... 1st checkpoint yang akan dituju, is Kem Kijang... Kenapa dipanggil kem kijang??? Dengar citer dari abg guide r, diorang kata, dulu, orang² asli ade nampak kijang lalu kat sini... itu yang dipanggil kem Kijang... Sepanjang perjalanan hike Korbu, grup kami terbahagi lebih kurang 3 grup, grup yang laju, muka² akan ditunjukkan dalam pic nanti, grup yang sederhana (Berpecah²) dan grup yang lambat, iaitu grup aku atau lebih dikenali as Grup SLow N Steady... hahaha... Sebab stamina xckup kuat kalau nak kejar grup yang laju tu...
|
Muka² Grup yang memang stamina kuat lah... |
|
Selamat datang ke Kem Kijang |
Sepanjang laluan daripada Kem Seroja ke Kem Kijang dan seterusnya... halangan yang akan ditempuhi ialah pendakian dari 45darjah, sehinggalah 90 darjah yang akan dilalui sepanjang perjalanan... ini bukan psycho... tapi perjalanan yang perlu ditempuhi... kalau xckup stamina, jadilah macam grup kami yer, Grup Slow N Steady...
Nak tau ape yang terjadi dan gambaran² pendakian seterusnya??? ikuti kisah sambungan di ep.4 akan datang... cewaaahhh... dah macam drama lak kan... hahaha... banyak story sebenarnya nak naik Korbu-Gayong... hehe... amacam??? Suka???
0 Pengkritik:
Post a Comment