Ok... Hari ni... aku terasa tetiba lak berminat nak sertai contest ni... Contest daripada empunya blog, aqmar... Nak Join??? Jom r... tapi hadiah untuk sorang je r ea... hehehe...
Tiap contest mesti ader syarat² dia kan... kan³??? Harap² xder syarat tersembunyi lak ea... hehehe... jom tengok apa syarat² dia dan entry daripadaku untuk Permulaan Tahun 2011 "Aku Sukakan Sesuatu Yang Baru"...
syarat-syarat :
1) terbuka kepada semua blogger..(JOM RAMAI2 KITA JOIN!!)
2) copy the picture above and buat satu entry pasal contest nie dgn tajuk "aku sukakan sesuatu yang BARU" dan jgn lupa linkkan ke entry ini okey~
3) tidak perlu jadi follower (tapi kalau nak jadi juga, amat dialu-alukan)
4) tinggalkan url blog anda pada ruangan comment
5) Letak gambar banner beserta link contest ini di sidebar anda
5) Letak gambar banner beserta link contest ini di sidebar anda
6) Hadiah surprise menanti bakal pemenang dan hanya seorang yang akan dipilih.Tapi bergantung pada penyertaan,jika ramai penyertaan maka hadiah saguhati akan diadakan..
7) Pemenang akan dipilih melalui creative entry
8) Pemenang akan diumumkan secepat mungkin setelah tamat contest ini.Insya'Allah..
9) tarikh tutup : 29 Januari 2011
* senarai peserta contest [Klik Sini]
----Inilah Entri Daripada Saya----
Kalau nak diceritakan sesuatu yang baru, aku memang seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru... Banyak benda yang aku dah cuba dalam tahun 2010 ni, tapi 1 jer benda baru yang aku cuba akhir bulan november yang membuatkan aku seperti dahagakan untuk buat benda itu sekali lagi dan menawan yang lain...Nak tau apekebendanye tu???
Yaaaa... Itu adalah hobi baru aku, Hiking... Kalau diikutkan, sebelum ini aku lebih berminat kepada benda² yang berkaitan management especially kat USM Kampus Kejuruteraan ni. Aku lebih banyak join aktiviti yang tertumpu kepada management seperti menjadi AJK untuk karnival ini dan itu, persatuan ini dan itu, majlis² ini dan itu...
Sehinggalah salah seorang junior yang pernah duduk sebilik dengan ku menganjurkan aktiviti Hiking dan meminta pertolonganku untuk mengdesign banner dan poster untuk aktiviti ini... Dan aku tanpa segan silu (Dah design banner, mestila nak join punye kan...) meminta untuk namaku disenaraikan sebagai salah seorang peserta aktiviti ini... Aktiviti aper??? XPDC Gunung Korbu.
Dan alkisahnya laaa... Aku pun menjadi entah macam mana, overexcited pulak ngan aktiviti ini... Sampai sanggup berhabis duet dekat RM170 semata² nak beli beg hiking dueter, beli barang² untuk hiking, pegi hike Bukit Broga kononnya pemanas badan la sebelum pi hike Gunung Korbu... Dan bukan 1 Gunung yang aku tawan, tapi 2, iaitu Gunung Korbu dan Gunung Gayong... Nak tau kisah lebih lanjut tentang XPDC ku ini, baca entri yang ku buat khas untuk Korbu - Gayong.
Sebelum pergi hike tu, kawan aku yang memang dulu hikers tegar ader bitau aku dan psycho² la orang kata sebelum naik Korbu ni... Nak tau aper??? Cuba naik dulu... hahaha...
Dan dari permulaan hiking Gunung Korbu - Gayong la yang membuatkan minat baru, hobi baru aku ni semakin berkembang dan semakin membuatkan darahku berderau dan overexcited lagi, terutamanya biler nak drive balik KL, mesti lalu highway Ipoh dan nampak pemandangan Bukit - bukau, Gunung - Ganang yang terbentang luas... Dan tiap kali aku lalu, mesti xfokus nak drive, nak tengok gunung mana lagi yang aku belum tawan, bila nak tawan lagi, mana satu gunung Korbu...
Bayangkanla, macam dah jadi penagih dadah dah... tapi tukar, jadi penagih Hiking Gunung walaupun sebelum ini aku pernah tawan Gunung Ledang semasa di Kolej Matrikulasi Johor dahulu (Dulu Xde Feeling Macam Sekarang).. Rasa macam nak join jer kalau ader aktiviti hiking lagi... Siap cakap yang organiser Gunung Korbu buat lagi hiking tapi gunung lain pulak... hahaha... So apa pendapat anda??? Ok x entri "Aku Sukakan Sesuatu Yang Baru"???
Oh ya... untuk menjadi penagih, atau hikers tegar la orang kata, anda mestilah punyai minat, sanggup cuba sesuatu yang baru, dan mempunyai mentaliti yang tinggi yer... Dan xdilupakan, duet yang xpernah kosong dompet untuk beli barang² persediaan hiking... Panjang dah ni entri... hahaha... maap tuan empunya penganjur contest... terlanjur panjang pulak... hahaha...
Dan aku akhiri entri ini ngan ucapan...
SELAMAT TAHUN BARU 2011 - Apa Resolusi Anda Tahun Ini???
0 Pengkritik:
Post a Comment