Kata - Kata Hikmah Seorang Lelaki
Mereka cendekiawan, mereka sasterawan tersohor, mereka juga pejuang bangsa, dan mereka mempunyai falsafah hidup yang menjadi ikutan.
" Orang yang berjuang selalunya menghadapi dua kemungkinan ; hilang atau terbilang "
" Jangan dilihat apa yang tiada, lihatlah apa yang masih ada "
Datuk A. Samad Said
" Sepuluh kepala, sepuluh tangan dan satu mulut. Ertinya, berfikir sepuluh kali, berbuat sepuluh kali tapi bercakap sekali saja "
Arena Wati
" Orang cemerlang sentiasa mencari penghalang atau pembantut kecemerlangan. Kebanyakan orang enggan menerima hakikat yang mereka sebenarnya bermasalah "
Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
" Kota tidak akan ada kalau pedalaman tidak ada. Orang kota akan mati kalau tak ada pak tani, nelayan, buruh-buruh di kampong "
Dato' Shahnon Ahmad
" Kalau tuhan mahu orang perempuan berkuasa atas orang lelaki, barangkali Hawa telah dijadikan daripada kepala orang lelaki; kalau perempuan nak dijadikan hamba orang lelaki, Hawa tentu dijadikan daripada telapak kaki orang lelaki. Ini daripada rusuk. Bermakna orang perempuan sedampingan dengan orang lelaki. Bukan tuan, bukan hamba tetapi rakan. Dan tak berbeza di mata Tuhan "
Datuk Noordin Hassan