AFF Suzuki Cup

by 12/17/2010 01:27:00 AM 0 Pengkritik
Malaysia 2-0 Vietnam (1st Leg)


Tanah Tumpah Darahku... Itulah motto yang tertulis disebalik baju jersi terbaru Malaysia...Suasana selanjutnya click lah untuk bace yerr... :D


Saat yang dinanti-nantikan, perlawanan 1st leg separuh akhir AFF Suzuki Cup yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan pertama kali dalam entah mungkin 50 tahun sebelum ini baru terjadi fenomena seperti ini di stadium ketika perlawanan pasukan kebangsaan Malaysia.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang dibanjiri penonton hampir 50ribu orang termasuk penyokong Vietnam yang datang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia bertemu Vietnam. Itu Suasana di stadium, tapi aku pula tengok di rumah... Walaupun waktu itu aku di kampung, namun once a Kaki Bola, will always be a Kaki Bola... hahahaha..

1st half perlawanan agak menggairahkan dengan kedua-dua pasukan dilihat seperti mempunyai banyak peluang di depan gawang gol, especially Vietnam yang seringkali mengasak pintu gol Malaysia yang dikawal Khairul Fahmi. Namun, pabila masuk babak 2nd half, 2 gol berjaya disumbat oleh Safee Sali. Gol pertama dijaringkan melalui tandukan hasil hantaran cantik daripada Safiq Rahim dan gol kedua juga hasil daripada rembatan Safiq Rahim yang tidak dapat diselamatkan penjaga gol Vietnam, dan sebaliknya memberi ruang untuk Safee merembat dan menghadiahkan gol ke-2 untuk pasukan kebangsaan sehingga wisel penamat.

Walaupun pelbagai tohmahan, kritikan mahupun komen² pedas yang sebelum ni diterima pasukan kebangsaan Malaysia, tapi semuanya berjaya diketepikan and aku tetap berbangga dengan pasukan kebangsaan yang kebanyakkannya dibarisi pemain muda, Harimau Muda A dan juga kehilangan beberapa tonggak utama negara. Tetapi dengan semangat, dan keinginan untuk mengharumkan nama negara, bekalan 2-0 dilihat mencukupi untuk dibawa ke 2nd leg AFF Suzuki Cup semi final di vietnam nanti bertemu pula dengan penyokong fanatik tuan rumah, Vietnam.

Hopefully, skuad kebangsaan kita dapat menonjolkan aksi yang mantap dan bertenaga seperti di Stadium Nasional dan kemungkinan, akan bertemu kembali dengan Indonesia yang berjaya menumpaskan Filipina 1-0 walaupun mempunya ramai awang import dalam pasukan kebangsaan mereka.

Go Malaysia Go!!! Melangkah Ke Final AFF Suzuki Cup dan cuba untuk melakar sejarah... Mudah-mudahan, berjaya membawa pulang piala AFF Suzuki Cup dan sekali lagi menaikkan mutu bola sepak negara di mata dunia...

Dari reporter - putra87 (Menonton Di Depan TV Di Kampung)

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.