Selamat tinggal 2008, & selamat datang 2009 dalam kalendar yunani serta hidupku...
Hari berganti hari, masa mencemburui kita, sedar x sedar, pejam celik kita dah melangkah ke tahun 2009.. Tahun 2008 banyak membantuku dalam mencari kegembiraan dalam hidup ini..
Cerita hidupku terlalu panjang jika hendak diceritakan.. Namun diringkaskan, cerita cinta, suka & duka, pengalaman baru, rakan-rakan yang xpernah aku perolehi sebelum ini, semuanya membantu dalam menempuhi dugaan dan cabaran sebagai hamba Allah..
Tahun 2008 memang 1 kenangan dalam sejarah hidupku yang xakan dapat dihilangkan dalam kamus serta cerpen hidupku.. 1 demi 1 cabaran dan dugaan datang menimpa..Alhamdullillah segalanya dapat ditempuhi dengan bantuan rakan-rakanku..
Amat perit kalo diingat kembali.. Aku xpernah menetapkan resolusi tahun baru sebelum ini.. kerna semuanya sebelum ini hanya mulut yang berkata-kata tapi niat dan perbuatan jarang sekali berkuasa..Namun penghujung 2008 sedikit sebanyak membantu dalam membentuk resolusi hidup serta masa depan yang akan aku coret dengan tanganku sendiri..
Ramai yang bertanya, apa resolusi atau azam tahun baru kita?? Tapi pada diriku.. Azam dan resolusiku dah termeterai ketika ku korbankan segala-galanya yang teruk bagi diriku di Hari Raya Korban.. 1 kenangan terindah yang xkan dapat dilupakan..
Namun apa jua resolusi dan azam yang kita bakal coret dan niatkan.. pastikan kali ni ianya bukan sekadar keluar dari mulut tapi perlu bersertakan niat dan perbuatan.. Biarlah 2008 meninggalkan kita tapi janganlah kita tinggalkan kenangan 2008 itu sebegitu sahaja kerna pengalaman lebih mengajar kita dalam menempuhi tahun 2009 yang kita sendiri pun belum tahu bagaimana cerita ini akan tertulis..
Last but not least.. Hepi New Yer, Selamat Menyambut Maal hijrah 1430 & pastikan hidup enjoy, kurangkan tensen, & let action speaks louder than words.. Peace To da World..
1 Pengkritik:
Testing2 Comment..
Post a Comment