Ana Raffali Juara AJL 25

by 1/10/2011 12:54:00 AM 0 Pengkritik
Anugerah Juara Lagu 25


Akhirnya... Anugerah Juara Lagu yang menyambut Jubli Peraknya telah melabuhkan tirainya dengan kemenangan yang tidak disangka-sangka dan WOwwww tetiba lak ramai kan yang tak suke Ana Raffali menang??? Apa Kesss??? hahaha...Dihoskan oleh 3 orang iaitu Ally Iskandar (Bekas Cikgu Sekolah Rendahku), Cheryl Samad dan Faizal Ismail... Yang penting aku tetap minat Ana Raffali dan yang lain²... Walaupun mereka kalah, tapi mereka tetap menang di hati peminat² setia... Ok Gituu??? Jom kita tengok siapa pemenang² AJL25 serta siapa yang membuka dan menutup persembahan itu??? Mari kita lihaaattt


Persembahan dibuka dengan dendangan lagu daripada pemenang² AJL terdahulu dari tahun 86 ke 92 ke 94 dan diakhiri dengan pemenang AJL pada tahun 1997. Dimulakan dengan persembahan bertenaga daripada Francessca Peter - Sekadar Di Pinggiran, diteruskan oleh Nash - Pada Syurga Di Wajahmu dan diakhiri dengan M.Nasir yang mendendangkan 2 buah lagu iaitu Tanya Sama Itu Hud-hud dan Ghazal Untuk Rabiah.

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 25

Persembahan Terbaik
- Faizal Tahir (Hanyut)

(Memang best dan meletup lah persembahan FT... Siap menyelam dalam air lagi... tak pernah ada artis Malaysia buat lagi... Suara, jangan cakaplah... haha... Congratz FT walaupun tak menang hadiah utama, tapi tetap menang di hati peminat²)

Vokal Terbaik
- Hafiz (Noktah Cinta)

(Suara dia malam ni memang sedap... tak boleh dinafikan... tak macam yang sebelum ini... kureng... Tahniah Hafiz coz menang 2 anugerah malam ini)

Tempat Ke-3
- Hafiz (Noktah Cinta)

Tempat Ke-2
- Black ft. Meet Uncle Hussain (Drama King)

(Gandingan mantap yang menghasilkan buahnya... yaaa... Tahniah²)

Tempat Pertama
- Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku)

Persembahan ditutup dengan nyanyian lagu daripada Sharifah Aini, Ziana Zain dan Siti Nurhaliza.

Itu dia senarai penuh pemenang Anugerah Juara Lagu yang diundi oleh juri² diketuai M.Nasir... Kemenangan yang tidak disangka dan WOWWWWWwwww... Macam tak percaya... Ramai orang ingat Faizal Tahir boleh menang... Tapi nak buat macam mana kan??? Tuah di tangan manusia siapa yang tahu... Tuah untuk Hafiz dan Ana Raffali... Kemenangan pertama mereka...

p/s - Dengar citer Ana Raffali kena boooo... Betul ker??? Sianlah dia... Adat kot menang kalah suatu pertandingan... Apa² pun... I Luv Ana Raffali, Her Voice and Her Song...

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.