Prometheus Review

by 6/07/2012 12:57:00 PM 2 Pengkritik

Movie : Prometheus 
Courtesy : @NuffnangMY 
Date : 4th June 2012 (Premiere Screening) 
Malaysia Screening : 7th June 2012 
Location : GSC One Utama 
Genre : Sci Fi/ Thriller/Action 
Rating : 1.5/5 
"The Search for Our Beginning ould Lead To Our End"

Sinopsis
 Ridley Scott, director of “Alien” and “Blade Runner,” returns to the genre he helped define.

With PROMETHEUS, he creates a groundbreaking mythology, in which a team of explorers discover a clue to the origins of mankind on Earth, leading them on a thrilling journey to the darkest corners of the universe.

There, they must fight a terrifying battle to save the future of the human race.

Ini yang mampu teman kaborkan perasaan menggelegak teman duduk tak senang menyaksikan filem yang ambil masa panjangnya 2jam. Ye. Anda tak salah baca, 2 jam lamanya anda akan duduk dalam aircond sejuk pawagam berdekatan anda.

Sila baca dengan teliti mengapa teman berkata filem ini hanya berhak dapat rating 1.5/5 daripada teman.

Semuanya bermula di sebuah planet berdekatan dengan sebuah air terjun yang amat deras kelajuannya. Sebujur tubuh sedang berdiri sambil membuka bajunya. Sepertinya mengambil satu cecair yang cuba dicucuk di badannya. Tetapi, malang mana pernah berbau kecuali kentut kan, cecair tersebut seperti membunuhnya, membuatkan setiap inci tubuhnya merekah dan urat timbul dengan jelasnya dari setiap tubuh badan. Akhirnya jatuh jua ke dalam air selepas terjatuh dari air terjun itu.

Tahun 2081. Ye ke?? Tak ingat pulak teman tahun berapa. Beberapa saintis sedang menggali artifak dan terjumpa 1 penemuan. Penemuan yang akan membawa mereka ke 1 tempat yang penuh dengan pengembaraan dan juga misteri yang akan membawa kepada penemuan yang tidak diduga dan disangka.

1 Penemuan yang berkaitan dengan artifak2 dari peradaban dahulu kala berkaitan 1 planet di mana ianya dikhabarkan tempat bermulanya kelahiran manusia.

2091. Sebuah kapal yang bernama Prometheus sedang dalam perjalanan ke destinasi yang tak tahu lagi mana. Seorang, yang pada awalnya takkan tahu yang dia sebenarnya, adalah sebuah robot yang dicipta menyerupai manusia. Setibanya di destinasi yang dituju, semua krew kapal dikejutkan dari tidur yang lama, 10 tahun lamanya.

2 saintis yang muncul pada awal cerita, Elizabeth Shaw dan rakannya, juga teman lelakinya. Mengetuai misi menjejaki asal-usul manusia dan penciptanya.
Satu penemuan berupa kuil yang mempunyai terowong gua yang amat panjang yang membuatkan robot bernama David yang paham bahasa makhluk asing, menekan beberapa butang yang mengakibatkan 1 hologram penceritaan bagaimana beberapa makhluk sedang berlari dari sesuatu. Sepertinya ada sesuatu yang mengejar mereka.

Maka bermulalah 1 pengembaraan. Bertemu 1 tempat yang tidak disangka. Dan tanpa disangka, robot bernama David juga mempunyai 1 agenda tersendiri yang akan merosakkan misi mereka semua.
Penemuan 1 tempat yang tersimpannya pelbagai jenis cecair yang tidak diketahui.

Malangnya, ribut datang melanda, dan mereka terpaksa mempercepatkan proses lawatan dan hanya mengambil apa yang patut seperti saintis Elizabeth mengambil sampel kepala yang tersadai dan juga David secara senyap mengambil bekas berisi cecair tak diketahui.

2 orang lagi saintis, seorang ahli geologi dan seorang ahli biologi terperangkap di dalam terowong masa yang membuatkan mereka terjumpa banyak badan alien yang mati. Ini membawa mereka kembali semula ke tempat seperti di gambar di atas. Tetapi, muncul 1 entiti yang membunuh mereka. & bakal membunuh semua krew yang ada.


Dipercepatkan cerita, David si robot telah mencelupkan tangannya dalam cawan dengan 1 cecair tak diketahui untuk diberikan pada teman lelaki Shaw yang dilakonkan oleh Jon Holloway. Yang akhirnya membawa kepada kematiannya apabila dia secara tetiba melihat sesuatu tak kena dengan matanya sehingga mereka sampai ke tempat kajian yang membuatkan mereka mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke kapal.

Tetapi atas arahan Ketua & pemilik kapal serta kerelaan hati watak lakonan Jon Holloway, badannya dibakar. & 1 demi 1 kejadian berlaku.

Saintis Elizabeth Shaw mengandungkan 1 entiti yang baru mereka lakukan hubungan intim tak sampai 1 hari dah membesar menjadi 3 bulan. Ini membuatkan Elly mengambil keputusan untuk membuat pembedahan Ceaserian sendiri menggunakan Medi-Pod yang dijumpainya terletak di bilik pemilik kapal Prometheus.

Tapi apa yang ditemuinya adalah 1 makhluk asing hodoh yang akan diceritakan pada babak akhir filem ini.

1 demi 1 kejadian bermula, salah seorang saintis yang hilang pada awalnya di dalam terowong masa kembali ke kapal dalam keadaan yang mengerikan. Membunuh 1 demi 1 krew kapal yang akhirnya membuatkan krew2 kapal lain berkerjasam membanteras kuman yang degil ini.

David telah menjumpai 1 tempat dimana makhluk asing ini bersemadi dan salah seorangnya masih hidup lagi.

So apa yang jadi pada mereka selepas itu???

Hampir kesemua krewnya mati. Kapten dan 2 orang anak kapal bertekad menghalang kapal makhluk asing dari berlepas ke planet bumi dengan membuat pelanggaran secara terus, Pemilik kapal yang juga anak kepada orang yang biayai ekspedisi ini mati dihempap kapal alien.

David terbelah kepalanya menjadi penanggal oleh makhluk asing itu. Tetapi hanya dia yang dapat membantu Elly untuk mencari planet asal alien dan bertanyakan kenapa mereka hendak menghapuskan manusia dari muka bumi.

Makhluk asing dalam kandungan Elly tetiba membesar dan melawan makhluk asing yang mencipta cecair itu. Tetapi kalah. Semua watak mati kecuali Elly yang akhirnya melarikan diri mencari planet pencipta kuman degil ini.

Babak terakhir menceritakan bagaimana permulaan penciptaan makhluk yang dipanggil "Alien"

Alkisahnya, baru teman tau yang Prometheus ini adalah prekeuel atau cerita awal bagaimana terjadinya dan terciptanya makhluk bernama Aliens yang akan berlawan dengan Predator dan memakan manusia² setibanya mereka di planet bumi.

Segalanya di tangan anda untuk menilai cerita ini. Yang pasti teman ceritakan, ceritanya meleret panjang sehingga 2 jam & tak tau awalnya apa motif cerita ini dibuat. tahun 2091 baru tahu kewujudan Aliens tapi kalau ikutkan cerita Aliens² yang pernah keluar, mereka lebih tahunnya kebelakang.

Anda yang menilai sendiri & anda yang menonton sendiri

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

2 Pengkritik:

iPai said...

oh .. tak best ek

bhrain90 said...

baru tgk movie nie..
bg aku best, banyak detik cemas cuma penghujungnya tak seperti tergantung.ini yang aku tak suka..
ada perkara yang tak logik akal..

Lazada

Lazada Malaysia
Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.