Blogger Terjah Yuna Sparkle Project

by 5/26/2012 08:18:00 PM 1 Pengkritik
Monday, May 21 2012 - 10 orang bloggers dengan jemputan daripada Nuffnang telah datang ke DELIcious, Marc Residence, Jalan Pinang, Kuala Lumpur untuk menyaksikan, pelancaran musik video Yuna yang dinamakan The Sparkle Project. Gabungan Samsung Galaxy Note + Yuna, buat pertama kalinya sebuah musik video dirakam sepenuhnya menggunakan telefon pintar yang diintegrasi dengan kanta kamera disambung bersama untuk mendapatkan kualiti yang lebih menarik.
2 bloggers teman tak tahu link blog depa, jadi, terjahlah 8 bloggers yang sempat, bukan sempat lagi, memang hadir untuk melihat ketinggian yuna (high heels) yang memang membuatkan kami terasa lebih rendah daripada biasa.


Ianya 1 penghormatan untuk bersama-sama menghadiri majlis secara langsung, berdepan dengan Yuna dan mendengar kelunakan & vokal yang memang terbukti menyinar sehingga ke benua Ameria Syarikat. 2 lagu yang disampaikan secara langsung pada pelancaran hari itu (walaupun dah dengar nyanyi di Anugerah Juara Lagu) iaitu, Sparkle yang juga merupakan tajuk lagu untuk projeknya bersama Samsung dan juga lagu yang sedang meningkat naik, sama naiknya hubungannya dengan pelakon dan pengacara Qi Razali.

Disamping pelancaran rasmi musik video rasmi kepada artis dan juga para peminat yang dijemput, penyampaian hadiah kepada 6 orang pemenang yang terpilih daripada penghantaran penyertaan sama ada melalui video, ayat atau gambar yang boleh menjadi idea untuk video klip rasmi Sparkle. 6 buah Galaxy Note menjadi habuan 6 pemenang pada hari itu. Sangat menarik, tapi apakan dayanya, teman tidak menghantar pun sebarang penyertaan.

Sementara itu, jom tangkap leleh dengan musik video Sparkle oleh Yuna
 Jom tengok apa yang berlaku antara 10 bloggers yang hadir dalam menerjah bukan sahaja Yuna, mahupun pelancaran rasmi The Sparkle Project, tetapi tak dilupakan mengisi perut dengan makanan yang sedapnya boleh masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan.


Rupa tempat pelancaran di DELIcious
in close-up
Bergambar di luar dahulu sebelum bermula majlis The Sparkle Project
Yunalis Zarai disebalik dinding biru
 Sebelum majlis sempat bermula, tengok si Diandra Arjunaidi seperti #ForeverAlone , maka, kami, Cik Lily Putih & Rabiatul Adawiyah dengan selambanya meminta izin untuk bergambar kenangan dengan salah seorang talent yang dicungkil oleh Yuna sendiri, Diandra Arjunaidi.
 
Diandra Arjunaidi is beautiful!!! Terpikat lak teman.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Mr. Vincent Chong, Head of Mobile Phone Division, Samsung Malaysia Electronics dan seterusnya, ucapan dari Yuna sendiri.
Mr. Vincent Chong, Head of Mobile Phone Division
Yuna & Musik direktor Sparkle
Yuna memberikan sepatah berkata-kata
Bloggers Nuffnang yang turut hadir petang itu
 Dan sepertinya makanan tidak dihidangkan, tetapi, kerana perut masing² yang lapar seperti seorang Food bloggers, maka, nah, inilah makanan yang dijamu & ditelan serta ditambah 2-3 kali oleh kami
Kek coklat yang tambah hampir 4 pinggan kami makan
Coklat bulat yang sepenuhnya dibuat dari coklat.
Sup Cendawan Liar
Kek ini kurang sedap, hanya makan 1 untuk rasa sahaja
Pinggan teman
 Makanan dalam pinggan teman ada Spagetti rasa asam laksa, ikan, ayam, roti, keropok, nasi kerabu yang sedap bila campur kuah ikan dan ayam, kailan ikan masin, telur & banyak lagi. Sedap wooo.

Dah puas makan, masanya untuk kami mengucapkan selamat tinggal & semoga berjumpa lagi dengan Yuna di masa hadapan. Sempat lagi tangkap gambar Yuna sementara diinterview oleh Astro Awani dan gambar Yuna seorang diri semasa hendak bayar tiket parking kereta yang agak mahal. RM20 beb!!! Flat rate lepaih kul 6 petang. Sebelum balik, sempat la lambai tangan dengan Yuna yang ketika itu dalam keretanya, Kia yang bontot keretanya nampaknye kena basuh ye. :P
Yuna diinterview Astro Awani
Terima kasih kepada Nuffnang & Samsung menjemput teman bersama dengan rakan-rakan bloggers ke majlis pelancaran musik video Sparkle oleh Yuna
Terima kasih juga kepada Yuna walaupun masa terhad, tapi sempat bergambar bersama kami walaupun sedih tak dapat bergambar berdua dengan Yuna

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

1 Pengkritik:

Lily Jaafar said...

Heart YUNA. nice shot! eh Salam...jalan2 akak terserempak dgn blog anda. Salam kenal2 ;)

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.