Lazada

Me'Nate Steak Hub : #FoodReview

by 9/05/2015 11:03:00 PM 0 Pengkritik
Kerana Azwan Ali, Habis Terkenal Teruih Me'Nate Di Mata Masyarakat Malaysia


Nama Restoran : Me'nate Steak Hub
Lokasi : 16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, Ampang, Selangor, Malaysia


Pilihan makanan : Dari semurah Pasta hingga yang paling mahal mencecah harga ribuan
Kepuasan : 9/10

Peringatan
Jangan anggap restoran ini seperti kedai makan western yang biasa anda selalu terjah kerana anda takkan percaya dengan harganya yang mungkin akan membuat anda mencari setiap pelosok poket seluar hinggalah ke celah-celah beg dompet untuk membayarnya. Pastikan anda mempunya fulus melebihi RM100 untuk makan disini berdua or selebihnya.

p/s : Air adalah percuma dan boleh diisi sebanyak mana sehingga kembung perut (Pastikan tiada sisa ditinggalkan atau anda bakal dikenakan bayaran)

Kebetulan hari tersebut adalah hari kelahiran ibuku, maka teman mencadangkan untuk makan di restoran yang hangat menjadi perbualan, gosip dan juga pergaduhan seantero alam maya sehinggakan yang mengrekemen tempat tersebut dipanggil dan dijemput untuk makan secara PERCUMA oleh pemiliknya

Nak tau menu makanan yang menjadi pilihan kami dan juga harga yang ditawarkan???

Tahukah anda, korang boleh pilih sendiri jenis daging keinginan hangpa semua dan juga harga sudah tersedia papar pada pilihan daging anda itu!!


Menu 1 : Lamb Sirloin - 356g (RM46.30)

Pilihan makanan ku untuk petang itu setelah dimasak well-done


Menu 2 : Angus Sirloin Steak - 250g (RM70)

Pilihan makanan abahku petang itu setelah dimasak well-done

Menu 3 : Lamb Ribeye - 206g (RM61.80)

Menu pilihan ibuku petang itu setelah dimasak well-done

Sudah meleleh kah air liur kalian semua?? Jom terbeliakkan pula mata anda semua melihat Menu yang ditawarkan!!
Roast & Braised Menu
Pilihan Steak Wagyu (Berdasarkan per 100gram)
Menu sampingan untuk sesiapa yang rasa tak mampu nak order lebih dari 2 jenis steak yang dijual

Pilihan air jikalau ingin memesan secara berasingan (Kalau rasa nak jimat, amik je pilihan air percuma yang disediakan)
Pilihan jenis steak yang ditawarkan. Ada 3 jenis penjagaan lembu mengikut harganya. Untuk info lanjut tanya waiter ok.
Selain sandwich yang turut ditawarkan, gambar rajah cara masakkan pilihan anda juga tersedia sebagai panduan
Jadi apa kata anda semua?? Ingin mencuba sekali seumur hidup untuk merasa makanan barat yang disediakan oleh chef yang pernah bekerja dibawah selia Ratu Elizabeth di United Kingdom?

Pandangan teman, tak rugi untuk pergi merasa dan mencuba kesedapannya kerana rasanya sangat sedap berbanding makanan barat yang pernah teman makan sebelum ini. Tentunya Menate Steak Hub wajar diberikan 9/10 bintang kerana kesedapan steaknya dan mana tinggal lagi 1 bintang??

 Itu kerana tak banyak pilihan air yang ditawarkan.. Maklumlah.. Percuma.. Jangan banyak songeh OK!!

p/s - Sesiapa ingin menggunakan gambar atau artikel ini untuk dikongsi bersama yang lain, sila letak kredit nama teman OK!

putra87­™

Blogger - Engineer - Freelance Photographer

An Engineer, Lifestyle Blogger, A Freelance Photographer, Traveller, Food Hunter, and A Dad To Be.

0 Pengkritik:

Related Posts with Thumbnails

Disclaimer

BM
Semua penulisan & post adalah bertujuan perkongsian bersama. Segala gambar & gaya penulisan diambil dari sumber² yang dikreditkan bersama atau atas penulisan penulis sendiri. Sebarang penyalahgunaan, ketidaktelusan & pengambilan gambar untuk kegunaan lain tanpa kebenaran penulis, penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

BI
All of the articles, stories, info and materials are either taken from other website, blog, and other sources or self-wrote... Any sharing of this info is allowed but with the consent of this blog writer. Any misused, misguided, mischief articles taken from this blog without writers permission is prohibited. Admin and writer will not be responsible for any legal action taken by the authorities to those who concerns.